Tuesday, March 31, 2009

SUKA DUKA EXPLORE MASJID

Explore Masjid anjuran JAIS sempena Sambutan Bulan Dakwah

Para peserta yang turut serta di dalam pertandingan Explore Masjid

Semua peserta tidak sabar untuk memulakan pertandingan

Pada 28 Mac 2009 yang lepas saya bersama zaujati dan Cikgu Let telah mengambil bahagian di dalam program Explore Masjid anjuran JAIS sempena Sambutan Bulan Dakwah. Antara objektifnya ialah untuk membiasakan kepada peserta untuk berkunjung ke masjid. Mana yang tidak kenal di mana letaknya masjid, boleh tahu selepas program ini. Kami pun ada antara masjid dan surau yang belum berkesempatan untuk pergi. Alhamdulillah dengan adanya program ini kami dapat juga ziarah di samping mendapat pengalaman tentang pengendalian aktiviti ini. Insyallah, jika ada kemampuan di pihak kami akan menganjurkan program yang sedemikian pada masa akan datang.

Chek point yang terpaksa kami lalui adalah seperti berikut : Masjid Assyakirin - Masjid Hidayah Surau Mustaqimah - Surau Annur - Masjid Al-Falah - Surau Kemunting - Surau Darus Salam - Masjid Daerah. Soalan yang diberikan amat mencabar, kreatif betul pembuat soalan ini. Soalan yang saya paling ingat M.L.M.G di Masjid Hidayah. Apa jawapannya? hahahaha....My LeManG. Yup...kreatifkan pembuat soalan tu?

Kami dilepaskan pada pukul 7.30 pagi. Sebanyak 17 kumpulan yang menyertai pertandingan ini. Kami adalah kumpulan pertama tiba di chek point 2 iaitu Masjid Hidayah. Konon-kononnya kami menang la tu, tapi hampeh...

Chek point demi chek point kami lalui sehingga kami dapat menyudahkan tugasan kami dengan melepasi kesemua chek point. Kami telah selesai tugasan kami pada pukul 12.12 tengahari. Selepas tu hanya berserah pada takdir, kalau ada rezeki dapatlah hadiah, tapi itu bukan niat utama.

Selepas keputusan diumumkan kumpulan kami tidak tersenarai untuk menerima sebarang hadiah, tension juga sebab kita tak dapat mengukur usaha kita daripada dapatan markah yang diperolehi. Apapun kami pasrah atas ketentuan ilahi. Selepas kami berhubung dengan JAIS, tahulah kedudukan kami di mana. Kami mendapat tempat ke 12 dengan markah yang diperolehi 36. Markah johan hanya 44 sahaja. tak jauh, walaubagaimana pun itu rezeki mereka.

Insyaallah, jika ada peluang dan kesempatan lagi, kami akan ikut serta lagi untuk menjayakan sebarang aktiviti dan program yang dianjurkan oleh pihak JAIS.

Para peserta dibekalkan dengan makanan sebagai alas perut

Soalan pertama dibuka di Masjid Assyakirin

Soalan dihantar kepada urusetia Masjid

Para peserta sibuk untuk menghantar awal kepada urusetia di chek point

Ketika berada di destinasi seterusnya iaitu di Surau Annur Sg Plan

Kumpulan kami adalah kumpulan yang ke4 menghantar tugasan
yang diberi iaitu pada pukul 12.12 tengahari

Kumpulan johan, mereka ddidepan kami menghantar pada 12.10 tengahari.
Kumpulan kesemuanya perempuan menaiki Toyota Vios hitam dari
Jabatan Kimia Bintulu. Syabas...
..tahniah atas kemenangan

Sunday, March 29, 2009

BANTULAH SAUDARA KITA DI ULU KOTA

Disediakan Oleh: Ustaz Mohd Amir Ridhwan Abdullah

Pegawai HIKMAH Wilayah Tengah Sarawak


PENDAHULUAN


Segala puji bagi Allah yang telah mengutuskan RasulNya dengan petunjuk dan agama yang benar bagi sekalian agama walaupun golongan musyrik mengingkarinya. Sesungguhnya jalan kebenaran adalah luas terbentang. Jalan kebenaran adalah jalan para Nabi dan Rasul. Hanya jalan itu dapat membawa kejayaan dan kebahagian kepada manusia dunia dan Akhirat. Usaha dan misi Nabi Muhammad SAW dan para sahabah yang mengajak manusia mentaati kehendak Allah dan keselamatan yang hakiki perlu diteruskan sehingga Hari Kiamat. Atas maksud inilah usaha dakwah telah dilaksanakan di berbagai kawasan Wilayah Tengah Sarawak, khususnya di Ulu Kota, Pakan, Bahagian Sarikei, Sarawak.


Berkat kesungguhan dan pertolongan Allah, penduduk masyarakat Iban di Ulu Kota telah ramai memeluk Islam. Namun apa yang perlu kita lakukan setelah membawa mereke ke dalam Islam? Apa yang perlu kita lakukan terhadap mereka tatkala dan saat mereka menghadapi kesulitan dan ksesusahan? Inilah perlu difikirkan oleh umat Islam yang ada kerisauan tentang umat ini. Mereka adalah Saudara kita…

Firman Allah SWT di dalam Kitab Suci Al-Qur’an yang mulia:

[10] Wahai orang-orang yang beriman! Mahukah Aku tunjukkan kamu sesuatu perniagaan yang boleh menyelamatkan kamu dari azab seksa yang tidak terperi sakitnya? [11] Iaitu, kamu beriman kepada Allah dan RasulNya, serta kamu berjuang membela dan menegakkan ugama Allah dengan harta benda dan diri kamu; yang demikian itulah yang lebih baik bagi kamu, jika kamu mengetahui (hakikat yang sebenarnya). (Surah as-Saff, ayat 10-11).


1. LATARBELAKANG PENDUDUK SAUDARA BARU DI ULU KOTA PAKAN


1.1 LOKASI/ PERJALANAN


Rumah Bandok, Ulu Kota merupakan sebuah perkampungan kecil yang terletak jauh di pedalaman Bahagian Pakan dan Julau Sarikei. Jarak perjalanan dari Sarikei ke rumah panjang Ulu Kota mengambil masa lebih 3 jam.


Keadaan jalan agak sukar - berbukit dan berlumpur serta berlubang, menyukarkan perjalanan untuk sampai ke Ulu Kota. Bagi memudahkan perjalanan yang mencabar, para penduduk dan orang yang melawat biasanya menggunakan pacuan 4 roda (4×4W) serta lasak. Ini juga merupakan salah satu perkara yang menghalang pihak kami untuk pergi ke sana pada setiap bulan. Lantaran itu kadang-kadang kami terpaksa bekerjasama dengan badan-badan tertentu untuk ke sanan seperti YADIM dan BaitulMal. Walaubagaimanapun mereka juga agak terbatas kerana banyak tugas lain yang perlu diselesaikan di tempat lain dan mengikut peruntukan yang telah ditetapkan setiap tahun.


Keadaan jalan yang curam dan sukar didaki.

Gambar 1: Keadaan jalan yang curam dan sukar didaki.

Jalan yang berlopak dan berlumpur serta sukar dilalui.

Gambar 2: Jalan yang berlopak dan berlumpur serta sukar dilalui.

Sebahagian halangan sungai yang bersebelahan dengan rumah panjang.

Gambar 3: Sebahagian halangan sungai yang bersebelahan dengan rumah panjang.

1.2 DEMOGRAFI PENDUDUK


Penduduk di Ulu Kota merupakan kaum Iban Sarawak dan penduduk tetap yang mendiami perkampungan Ulu Kota. Jumlah penduduk rumah panjang sekitar 500 orang dengan 2 buah rumah panjang bersebelahan. Bagi yang beragama Islam seramai 33 orang. Manakala yang telah menganut agama Kristian dianggarkan seramai 50% daripada 500 orang penduduk rumah panjang.


Ustaz Mohd Amir sedang menyampaikan taklimat tentang Islam kepada semua yang hadir (Saudara kita dan yang belum Islam).

Gambar 4: Ustaz Mohd Amir sedang menyampaikan taklimat tentang Islam kepada semua yang hadir (Saudara kita dan yang belum Islam).

Penduduk Saudara kita dan bukan Islam di Ulu Kota semasa mendengar taklimat dari Ustaz Mohd Amir.

Gambar 5: Penduduk Saudara kita dan bukan Islam di Ulu Kota semasa mendengar taklimat dari Ustaz Mohd Amir.

Sebahagian lagi penduduk saudara kita dan bukan Islam di Ulu Kota Semasa mendengar taklimat dari Ustaz Mohd Amir.

Gambar 6: Sebahagian lagi penduduk Saudara kita dan bukan Islam di Ulu Kota yang mendengar taklimat dari Ustaz Mohd Amir.

Penduduk rumah panjang sedang menjamu juadah hidangan bersama rombongan. Turut serta yang tidak beragama Islam.

Gambar 7: Penduduk rumah panjang sedang menjamu juadah hidangan bersama rombongan. Turut serta yang tidak beragama Islam.

1.3 SUMBER EKONOMI UTAMA


Sumber ekonomi utama penduduk di sini ialah pertanian. Namun ada juga dalam kalangan mereka yang telah berhijrah ke bandar untuk mencari pendapatan dan bidang pekerjaan yang lain.


1.4 SIKAP DAN HUBUNGAN PENDUDUK DENGAN ORANG LUAR


Semasa lawatan sebelum ini, terdapat ibu bapa Saudara kita berminat anak mereka dihantar ke sekolah agama bagi mendalami Ilmu-Ilmu Islam. Pada peringkat awal, kami dapati bahawa penduduk rumah panjang di sini amat baik dan sentiasa mengalu-alukan kedatangan kami dan orang luar termasuklah yang sudah beragama Kristian. Malah ada sebahagian daripada penduduk rumah panjang lain juga turut mengalu-alukan kedatangan kami dan ingin mengetahui tentang agama Islam. Bahkan ada juga yang telah beragama Kristian berhasrat memeluk Islam pada masa akan datang.


Suasana di luar kawasan rumah panjang.

Gambar 9: Suasana di luar kawasan rumah panjang.

Suasana dalam ruai rumah panjang Ulu Kota.

Gambar 10: Suasana dalam ruai rumah panjang Ulu Kota.

Bersama Ketua Rumah Panjang TR Bandok ak Ugon (tiada agama) dan Encik Brayan (baju berbelang). Encik Brayan pernah berhasrat untuk memeluk Islam. Beliau tinggal di rumah panjang lain yang terletak lebih kurang 1 Km daripada rumah yang didiami Saudara kita.

Gambar 11: Bersama Ketua Rumah Panjang TR Bandok ak Ugon (tiada agama) dan Encik Brayan (baju berbelang). Encik Brayan pernah berhasrat untuk memeluk Islam. Beliau tinggal di rumah panjang lain yang terletak lebih kurang 1 Km daripada rumah yang didiami Saudara kita.

1.5 MASALAH YANG DIHADAPI MUALLAF/ SAUDARA KITA DI ULU KOTA


Sebagaimana dijelaskan sebelum ini, hubungan penduduk rumah panjang dengan orang luar sememangnya amat baik sebelumnya. Malah kemasukan kepada agama Islam di kampung ini semakin bertambah setiap kali kami mengadakan lawatan dan ziarah. Secara umumnya semua penduduk rumah panjang telah boleh menerima kehadiran kami dengan baik.


Namun akhir-akhir ini berlaku kekecohan dan permasalahan yang ditimbulkan oleh pihak Missionnary (Kristian) di kampung ini berikutan kebimbangan mereka terhadap bertambahnya penganut Islam di Ulu Kota.


Pihak Kristian yang mulanya diwakili oleh guru sekolah yang tinggal di situ telah bekerjasama dengan pihak gereja untuk melakukan suatu agenda bagi menghalangi penyebaran Islam di situ.

Lantaran itu penduduk Islam di sini telah difitnah dengan berbagai keadaan dan dipulaukan oleh masyarakat mereka.

Suasana yang tidak menyenangkan golongan Saudara baru di Ulu Kota.

Gambar 12: Suasana yang tidak menyenangkan golongan Saudara baru di Ulu Kota.

Persekitaran rumah panjang, pandangan dari luar.

Gambar 13: Persekitaran rumah panjang, pandangan dari luar.

Suasana rumah panjang yang bersebelahan daripada rumah yang didiami oleh Saudara kita dan bukan Islam yang lain.

Gambar 14: Suasana rumah panjang yang bersebelahan daripada rumah yang didiami oleh Saudara kita dan bukan Islam yang lain.

1.6 MEMOHON SUMBANGAN PEMBINAAN RUMAH DAN SURAU


Rentetan dari konflik dengan pihak Kristian di rumah panjang mereka ini, menyebabkan mereka telah mengambil langkah untuk berhijrah ke penempatan baru (lihat gambar di bawah), dengan harapan agar dapat melaksanakan ajaran Islam dengan baik dan terhindar dari gangguan pihak tertentu.


Pada masa sekarang pihak Saudara kita yang diketuai oleh Encik Azhar bin Abdullah, sedang mengusahakan pembinaan rumah mereka yang sementara dan dibina daripada bahan buluh-buluh dan seumpamanya. Ini kerana mereka tidak mempunyai peralatan seperti mesin pemotong kayu balak, tiada dana yang mencukupi untuk membeli atap dan sebagainya. Pihak kami amat terharu melihat keadaan mereka ini.


Sebelum ini pihak BaitulMal ada menyumbangkan RM2,000 bagi membina Surau. Jumlah ini amat jauh daripada mencukupi untuk membina sebuah Surau apatah lagi untuk membina sebuah rumah. Pada masa sekarang belum ada mana-mana pihak yang telah menghulurkan sumbangan untuk membantu mereka dalam membina rumah baru.


Kawasan cadangan tapak rumah dan surau saudara kita Ulu Kota bertempat di Jalan Alun.

Gambar 15: Kawasan cadangan tapak rumah dan surau saudara kita Ulu Kota bertempat di Jalan Alun.

Kawasan cadangan tapak rumah dan surau saudara kita Ulu Kota.

Gambar 16: Kawasan cadangan tapak rumah dan surau saudara kita di Ulu Kota.

Keperluan mereka masa terdekat ini adalah seperti berikut:
1. Atap zink bagi pembinaan rumah
2. Tiang kayu
3. Alat/ mesin pemotong
4. Papan
5. Tong air


KESIMPULAN


Penduduk Saudara baru di Ulu Kota adalah Saudara seagama dengan kita, dan saudara yang diikat atas dasar I’ktiqad yang satu yakni penyaksian bahawa Tiada tuhan yang patut disembah dengan selayaknya melainkan Allah dan Muhammad adalah utusan Allah. Ikrar inilah yang mengikat hubungan kita dengan mereka. Mereka adalah Saudara kita yang menghadapi tekanan dan permasalahan di tanah air sendiri. Oleh itu, saya menyeru kepada semua yang ingin membantu, bantulah mereka ini agar dapatlah mengurangkan bebanan yang mereka hadapi.


Mereka ini memerlukan rumah dan Surau. Namun kos untuk melaksanakannya agak besar dan sulit bagi mereka. Justeru, sumbangan berupa bahan binaan atau wang ringgit daripada sahabat-sahabat, saudara-saudara sekalian adalah diperlukan untuk membantu mereka ini.


CATATAN: SEBARANG PERTANYAAN, BOLEH BERHUBUNG DENGAN:


1. Ustaz Mohd Amir Ridhwan Bin Abdullah
Pegawai HIKMAH Wilayah Tengah Sarawak.
E-mail: daieallah@hotmail.com
Telefon: 019-8643076


2. Encik Azhar Bin Abdullah (Ketua Saudara Kita Ulu Kota)
Telefon: 013-5786991


3. Saudara Mukhtar Suhaili

Pengerusi AMAL Sarawak

Tel : 016 -890 9717

email : al_akhyar81@yahoo.com

http://muhtarsuhaili.wordpress.com/


4. Saudara Ibrahim Mat Isa

Pengerusi JK Pembelaan Saudara Kita Ulu Kota

merangkap Pengerusi Unit Kebajikan & Kemasyarakatan AMAL Sarawak

Tel : 019 - 4535 119

Email : abuierfan@gmail.com

http://abuierfan.blogspot.com/


SUMBANGAN WANG TUNAI BOLEH DISALURKAN TERUS KE DALAM AKAUN SAUDARA KITA DI ULU KOTA IAITU:


Akaun Simpanan Hong Leong Bank JKKK Kampung Saudara Kita, Ulu Kota, Pakan

Akaun Simpanan Hong Leong Bank JKKK Kampung Saudara Kita, Ulu Kota, Pakan

Akaun Simpanan Agro Bank Jawatankuasa Pembinaan Surau Al-Azhar, Kampung Saudara Kita, Ulu Kota, Pakan

Akaun Simpanan Agro Bank Jawatankuasa Pembinaan Surau Al-Azhar, Kampung Saudara Kita, Ulu Kota, Pakan, Sarikei, Sarawak

Gambar terkini rumah tempat berteduh yang didiami oleh Saudara Kita di Ulu Kota, Pakan, Sarikei.

Gambar terkini (diterima pada 6 Februari 2009) rumah tempat berteduh yang didiami oleh Saudara Kita di Ulu Kota, Pakan, Sarikei.

Tuesday, March 24, 2009

HUJUNG MINGGU KAMI

Ierfan memandu kereta ke rumah Pakci Mat

Oopppsss....terlewat untuk kemaskini blog kami. Maaf banyak-banyak. Cerita kami kali ini, ialah aktiviti hujung minggu di rumah Abang Mat dan Kak Jan. Apa lagi bersembang, buat keropok dan makan-makan.

Abang Mat ini jenis orang yang suka buat kebajikan, ada saja makanan untuk kami. Kali ini kami makan nasi lemak special, laksa penang dan keropok lekor. Ramai juga sahabat-sahabat yang dah sampai awal dari kami. Tak kisah...makanan masih banyak lagi.

Sebenarnya aktiviti sebegini amat digalakkan bagi mereka yang mampu. Bukan apa, makan itu perkara sampingan, yang paling penting, berbincang-bincang dan bertukar-tukar pandangan. Dari situ, jalinan ikatan ukhuwah akan terbina dengan ikatan yang kukuh. Insyaallah. Teruskan usaha ini.a

Moga-moga minggu ini, ada lagi jemputan...hahaha....sedikit mengharap.

Ust Rahim gembira...pengalaman baru

Ust Muzakkir ( berkacamata ) baru sampai ke Bintulu

Umi Ierfan sedang mengoreng keropok,
sedap makan waktu panas-panas

Ust Lotfi kepenatan



Sunday, March 22, 2009

RAMAI GURU SAKIT JIWA

Profesion perguruan terdedah kepada risiko tinggi untuk mengalami tekanan mental.


PESAKIT mental terpaksa berjumpa pakar psikiatri secara berkala.

BEBANAN kerja sebagai guru semakin kompleks kerana selain mengajar, mereka juga terpaksa menyediakan soalan-soalan peperiksaan dari semasa ke semasa, mengisi buku kedatangan, buku disiplin dan ringkasan mengajar, borang kesihatan dan rekod kemajuan murid, kelab dan persatuan, serta mengendalikan persiapan hari sukan.

Justeru, guru-guru dikatakan terdedah kepada risiko tinggi untuk mengalami tekanan sehingga boleh membawa kepada penyakit mental yang serius seperti bipolar, kebimbangan melampau dan kemurungan.

Kajian oleh Kesatuan Perkhidmatan Perguruan Kebangsaan (NUTP) mendapati 70 peratus daripada 9,000 guru di seluruh negara tertekan bukan sahaja kerana beban tugas tetapi juga terpaksa berdepan dengan kerenah pengetua, kerani, ibu bapa dan juga pelajar.

Bagi Noreha (bukan nama sebenar), selain terpaksa berdepan dengan masalah rumah tangga, dia turut tertekan dengan kerenah pengetua sekolah tempatnya bertugas.

Guru berusia 46 tahun itu yang ditemui di Wad Psikiatri, Pusat Perubatan Universiti Malaya (PPUM) berkata, dek kerana tekanan, dia sering diketepikan dalam pelbagai aktiviti sekolah.

"Sebelum ini saya memang sudah mengalami tekanan. Pengetua pula selalu mempertikaikan cuti yang saya pohon sedangkan surat daripada doktor disertakan.

"Bila kerja semakin bertambah, dicampur pula dengan tekanan daripada orang atas dan kerenah anak-anak, saya semakin runsing," katanya.

Noreha yang merupakan penanda kertas peperiksaan Matematik untuk peperiksaan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) dan Penilaian Menengah Rendah (PMR) memberitahu, dia sebenarnya seronok menjadi guru.

"Saya memang suka mengajar, lebih-lebih lagi apabila murid banyak bertanya dan cemerlang dalam peperiksaan. Tetapi keadaan sekeliling seperti pengurusan sekolah dan rakan sejawatan banyak memberi tekanan.

"Ada juga yang faham keadaan saya, tetapi lebih ramai yang mengatakan saya gila. Mereka tidak faham mengapa saya perlu cuti untuk pergi berjumpa pakar psikiatri. Mereka juga anggap saya terlalu ikutkan perasaan," jelasnya.


HARAPAN yang tinggi terhadap keputusan peperiksaan pelajar turut memberi tekanan kepada golongan guru.

Noreha yang berasal dari Pulau Pinang tidak menafikan pihak sekolah ada memberi pelepasan kepadanya tetapi apa yang menyesakkan fikirannya ialah cutinya sering menjadi buah mulut orang.

Ada yang mendakwa Noreha sengaja menjadikan tekanan yang dialaminya sebagai alasan untuk bercuti.

"Secara fizikalnya saya memang sihat, tetapi dalaman saya berkecamuk. Saya bukan buat-buat sakit. Ikutkan hati, saya tak mahu masuk hospital dan tinggalkan keluarga dan kerjaya saya," katanya.

Ibu kepada dua orang anak ini juga memberitahu, dia cuba untuk mengawal perasaannya daripada terus tertekan, tetapi adakalanya semakin dia cuba untuk tenang, semakin agresif pula jadinya.

"Kadang-kadang saya tak rasa tertekan. Saya rasa sihat, tetapi orang sekeliling tak anggap begitu, mereka mula sorokkan pisau. Kebelakangan ini saya kerap dimasukkan ke wad berbanding dulu," katanya.

Kerja tujuh hari seminggu

Berbeza dengan Norehan, akibat terbeban dengan kerja sebagai guru JQAF, Zaimah Mishan, 42, pernah mengalami sakit jiwa.

Dia yang mengajar sekolah aliran agama tidak mampu untuk menanggung beban tersebut lebih-lebih lagi banyak masa dihabiskan di sekolah berbanding bersama keluarga.

"Saya pernah mengalami masalah jiwa iaitu kecelaruan bipolar sehingga saya tidak mampu mengajar. Enam bulan saya dirawat dan direhatkan.

"Ramai melihat guru JQAF tidak banyak kerja memandangkan mereka hanya mengajar agama tidak seperti sekolah aliran kebangsaan. Namun, mereka juga dibebani dengan komitmen luar," katanya.


NOR ZURAIDA




Zaimah yang pernah mengajar di beberapa buah sekolah berkata, ada pengurusan sekolah yang memahami tanggungjawab guru JQAF namun ada juga sekolah yang menyamakan guru JQAF seperti guru-guru lain.

"Semasa saya mengajar di sekolah A, saya pernah bekerja tujuh hari seminggu, dari pagi hinggalah petang sampaikan tiada masa untuk suami dan anak-anak.

"Hari Isnin hingga Jumaat, saya mengajar seperti biasa. Kadang-kadang saya diminta menggantikan guru lain mengajar subjek bukan aliran JQAF.

"Hari Sabtu pula, ada kegiatan kokurikulum yang mana semua guru terlibat dan hari Ahad pula saya selaku guru JQAF diwajibkan terlibat dalam Kem Bestari Solat," katanya.

Menurut Zaimah, beban terlalu berat yang tidak dipantau oleh pegawai yang sepatutnya itu ternyata memberi kesan kepada guru-guru JQAF.

"Kami terbeban, tersepit, letih, dan hampir kena mental block. Masa yang ada untuk berehat ialah waktu malam, itu pun kami terpaksa bawa pulang buku latihan murid-murid untuk ditanda.

"Itu tidak termasuk kursus atau kertas kerja yang perlu dibereskan untuk aktiviti gerak kerja," katanya.

Zaimah yang baru lima bulan mengajar semula selepas bercuti panjang menjelaskan, keadaan dirinya ketika 'sakit' dahulu bertambah teruk lebih-lebih lagi apabila suaminya berkahwin lain dan anak-anak enggan berjumpa dengannya.

"Bila saya tertekan dengan kerja, suami kata dia nak kahwin lain dengan alasan saya terlalu sibuk dengan kerja. Keadaan saya bertambah teruk waktu itu.

"Bila sakit saya datang, anak-anak tidak mahu dekat dengan saya. Hanya keluarga saya yang datang memberi sokongan untuk saya jalani terapi dan rawatan di hospital.

"Selepas bercuti lama, saya mengajar di sekolah lain. Alhamdulillah, selepas menjalani rawatan dan sesi kaunseling, saya sudah boleh mengawal tekanan di tempat kerja. Suami dan anak-anak pula sudah kembali pada saya," katanya.

Berisiko mendapat penyakit kritikal

MENURUT Pakar Perunding Kanan Psikiatri, Pusat Perubatan Universiti Malaya (PPUM), Prof. Nor Zuraida Zainal, setiap tahun dianggarkan 22,000 pesakit mendapatkan rawatan di klinik dan wad psikiatri hospital berkenaan. Kira-kira 10 peratus daripada mereka terdiri daripada golongan guru.

“Guru sekarang tidak seperti guru zaman dahulu. Guru sekarang terbeban kerana banyak tugasan baru yang perlu dilaksanakan selain mengajar.

“Di samping sibuk dengan aktiviti persatuan, panitia, kelab, rumah sukan, kursus dan gerak kerja luar sekolah, guru-guru juga perlu berdepan dengan tekanan lain.

“Mereka turut berhadapan dengan perangai pelajar dan kerenah ibu bapa serta pengetua yang sentiasa menaruh harapan tinggi untuk melahirkan pelajar cemerlang dalam peperiksaan,” katanya.

Ramai ibu bapa, tidak kira di bandar atau di luar bandar, masih menganggap bahawa sekolah dan pusat tuisyen ialah tempat untuk mendidik anak mereka dan menyerahkan tanggungjawab itu sepenuhnya kepada guru.

Apabila ada anak yang gagal, sesetengah ibu bapa terus menuding jari kepada guru sedangkan kejayaan para pelajar tidak hanya bergantung kepada pengajaran di sekolah.

Bercakap mengenai gejala tekanan yang sering dialami oleh pesakit-pesakitnya yang juga guru, Nor Zuraida memberitahu, kebanyakan mereka menghidap kecelaruan bipolar iaitu kewujudan pelbagai karakter yang berlawanan dengan keadaan guru terbabit sebelumnya. Ini diikuti kebimbangan melampau dan kemurungan.

“Mereka yang mengalami kecelaruan bipolar nampak sihat seperti biasa, malah pada tahap hipoaktif, mereka menjadi rajin dan produktif dalam melakukan sebarang kerja walaupun tidak mempunyai waktu rehat yang cukup.

“Tetapi kerja yang dilakukan tidak pernah habis dan ini yang mendatangkan sangsi kepada orang di sekeliling mereka,” katanya.

Tiga faktor utama yang menyebabkan tekanan ialah keturunan, faktor sekeliling seperti kerja dan jaringan sosial seperti keluarga, rakan-rakan dan masyarakat.

Sekiranya terdapat keturunan yang mempunyai masalah jiwa, risiko untuk guru mendapat tekanan menjadi lebih tinggi.

Malah, jelas Nor Zuraida, guru yang tertekan berisiko empat kali ganda lebih tinggi untuk mendapat penyakit kritikal seperti sakit jantung, darah tinggi, kencing manis dan buah pinggang.

“Tanda-tanda awal penyakit ini bermula dengan kemurungan. Guru akan mula hilang tumpuan mengajar, bosan, pendiam dan jika berlarutan mereka tidak mampu lagi untuk mengajar dan melakukan aktiviti harian.

“Sekiranya wujud keadaan-keadaan seperti ini, pihak pengurusan sekolah perlu memahami dan membantu guru berkenaan dengan mengurangkan waktu dan kelas mengajar serta memberi kelonggaran untuk menjalani terapi dan kaunseling,” jelas Nor Zuraida.

[ Berita asal : http://www.kosmo.com.my/kosmo/content.asp?y=2009&dt=0322&pub=Kosmo&sec=Rencana_Utama&pg=ru_02.htm ]

Saturday, March 21, 2009

KOLAM DI SK OKM


Selepas membuat jambatan ke surau sekolah, tugas saya seterusnya ialah meratakan tanah dengan merobohkan kolam yang menjadi tempat air bertakung. Sebagaimana yang saya pernah ceritakan tempohari, sekolah saya ini boleh dikatakan sudah berumur, mana taknya sudah 89 tahun usianya. Kalau dibandingkan dengan manusia, jarang-jarang manusia dapat hidup dalam umur sebegini. Tapi itulah sekolah ku...SK Orang Kaya Mohammad, Bintulu.

Sebagai NYDP PIBG, ianya menjadi tanggungjawabku untuk membantu pentadbiran sekolah untuk mengatasi perkara-perkara yang boleh PIBG bantu. Guru besar telah meminta aku mengusahakan supaya diluaskan tempat letak kereta atau melebarkan kawasan halaman untuk aktiviti kokurikulum. Pada mulanya aku ingin mencari kontraktor sahaja, berapa dia minta bayar aja, tapi nasihat kawanku supaya diajukan kepada BDA, alhamdulillah selesai kerja ku. Terima kasih Cikgu Let.

Tepat pukul 2.5o petang, case BDA telah memulakan operasi merobohkan binaan kolam ikan. Ada 3 orang pekerja bagi merobohkan binaan kolam ikan itu. lebih kurang satu jam, selesai kerja menolak, mencabut pokok dan meratakan tanah. Tinggal lagi, aku kena pastikan batu diletakkan di sini kerana takut nanti hari hujan habis becak jalan, suka la budak-budak nanti.

Apapun, aku bersyukur kerana aku dapat berbakti untuk sekolah ku. Selain mengajar, aku juga bertanggungjawab dan berusaha untuk memperbaiki infrastuktur sekolah setakat bidang kuasa aku....Naib Yang Dipertua PIBG.

AKTIVITI SELEPAS PTK

Ini aktiviti kami selepas PTK. Bawa Ierfan jalan-jalan kat taman pemainan, bukan main suka lagi dia. Ya la jarang-jarang kami bawa dia kat sana. Saya pula ambil kesempatan untuk berjogging...jadi sambil riadah la. Kami keluar ke taman permainan seawal jam 6.40 pagi. ( waktu Malaysia Timur ) hahaha..jgn terkejut...awal tu...tapi orang dah ramai kat sana

IERFAN BERCANDA DI KOLAM


Pertamanya maaf sebab tidak sempat untuk mengemaskini blog hampir 2 hari. Ini adalah kerana kesibukan untuk study PTK. Jadi tak ada mood untuk kemaskini blog.

Hari sebelum exam PTK diadakan iaitu pada 18 Mac 2009 ( Rabu ), saya beri peluang kepada Ierfan untuk bercanda kat kolam renang, Ierfan memang sangat suka main air, tapi masa tidak mengizinkan untuk bawa dia ke kolam. Jadi nak dijadikan cerita, sebab keesokan harinya, Ierfan akan tinggal kat rumah, memandangkan kami akan exam PTK, jadi kami bagi peluang kat dia untuk mandi dalam kolam. Hampir sejam juga dia berendam, mcm-mcm aksi dia buat, sampai biru bibir, mata pun dah merah. Mungkin puas tu kot....Lepas solat Maghrib dia tidur sampai jam 7.30 pagi baru dia jaga. Mungkin sebab kepenatan tu.

Apapun, kami mengharapkan Ierfan akan puas dan seronok dengan aktiviti dia, dan mudah-mudahan PTK yang kami telah lalui ini akan berhasil dengan najah yang baik. Insyaallah.
 

Labels

About This Blog

Labels

Labels

Powered By Blogger

Labels