Monday, May 25, 2009

Seminar Peningkatan Sahsiah & Profesionalisme

Banner " Seminar Peningkatan Sahsiah & Profesinalisme Guru Islam

Bintulu - Jawatankuasa Kecemerlangan Sahsiah & Akademik telah berjaya menganjurkan Seminar Peningkatan Sahsiah dan Profesionalisme Guru Islam dengan kerjasama JAKIM Cawangan Sarawak, JAIS Cawangan Bintulu, Baitulmal Cawangan Bintulu dan Badan Harakah Islamiah BDA ( BAHARIS ). Program yang diadakan di Mini Auditorium Perpustakaan BDA ini telah di hadiri oleh 150 orang guru Islam yang terdiri dari sekolah-sekolah rendah dan menengah di seluruh Bintulu.

Aktiviti pengendalian seminar ialah dengan slot ceramah yang telah disampaikan oleh 3 orang penceramah yang berautoriti di dalam bidang-bidang mereka. Penceramah dan tajuk yang disampaikan oleh mereka ialah :

Ustaz Haji Ibrahim Haji Hailee ( Penolong Pengarah Bahagian Dakwah, JAKIM Sarawak )
Tajuk : Kepentingan nilai dalam organisasi

Ustaz Haji Mohd Yusri Zain ( Baitulmal Sarawak )
Tajuk : Keperluan mengeluarkan zakat pendapatan

Ustaz Haji Ellias Haji Zakaria ( Pensyarah Universiti Sains Malaysia )
Tajuk : Ciri - ciri pendidik pewaris nabi

Perasmian penutup telah disempurnakan oleh Pegawai PPD, Puan Fatimah Matair. Turut hadir juga para penasihat JAKSA yang terdiri daripada En Abdul Muin Abdul Kassim, Ustaz Ahmad Mukkarom Hilal dan En Shafian Japar. Turut serta juga AJK tertinggi JAKSA iaitu Ustaz Mahdi Lamit dan Ustaz Salehuddin Abu Samah. Persembahan penutup dimulakan dengan alunan zikir Asma ul Husna, tayangan montaj program JAKSA dan persembahan kumpulam nasyid dari murid-murid SK Jepak.

Pihak jawatankuasa memohon kemaafan di atas segala kekurangan dan kelemahan di dalam penganjuran program. Terima kasih yang tidak terhingga kepada agensi-agensi yang bekerjasama untuk menganjurkan program tersebut. Tidak dilupakan juga kepada semua guru-guru yang telah memberi sokongan untuk hadir sebagai peserta dan kepada semua AJK pelaksana program anggaplah sumbangan tenaga ini sebagai amal jariah untuk menyebarkan dakwah. Mudah-mudahan segala usaha dan kerja kita ini akan mendapat ganjaran dari Allah dengan keikhlasan kita bekerja. Teruskan menyokong program JAKSA.

" Guru Bersahsiah Mulia Pembina Generasi Bertaqwa "


Sunday, May 24, 2009

Kenangan Ust Haji Ellias & Isteri di Bintulu

Bait kata-kata Ust Ellias sewaktu menziarahi para duat " Jangan jemu menyemai, selagi benih masih di tangan ". Kata-kata dan nasihatnya pendek, tetapi amat beerti bagi seorang daie. Moga-moga aku tetap ISTIQAMAH berjuang di dalam posisi yang telah ditetapkan untuk menjaga agamaku.

Terima kasih kepada yang berbahagia Ustaz Haji Ellias Haji Zakaria kerana kesudian menziarahi kami di sini, moga-moga kehadiran ustaz akan menambahkan semangat untuk berdakwah. Semoga allah memberkati hidup Ustaz sekeluarga.

" Terus ISTIQAMAH Mendokong ISLAM "

Friday, May 22, 2009

Kami akan bermusafir lagi

Hanya tinggal beberapa hari lagi, kami akan memulakan musafir yang panjang bermula 26 Mei - 14 Jun 2009. Bila disebut perasaan untuk bermusafir, sudah tentu gembira bercampur dengan sedih. Gembira kerana bertandang ke Bumi Anbiya' dan melakukan ibadah. Sedih kerana terpaksa meninggalkan Ierfan. Dalam waktu-waktu kesibukan ku ketika ini, sempat juga aku menghabiskan waktu yang berkualiti ku, bermain dengan Ierfan. Bila ditanya, Ierfan nanti tinggal dengan nenek, dia mengelengkan kepala, tanda tak mahu.

Perjalanan kami bermula pada 2.30 petang pada 26 Mei 2009 ( Selasa ). Perjalanan dari Bintulu ke Kuala Lumpur. Kemudian pada 27 Mei 2009 saya, isteri dan ibu akan berlepas ke Bangkok dan seterusnya ke Mesir. Difahamkan oleh Jagong Mas Travel penerbangan kami ke Bangkok di awalkan. Maksudnya lama juga kami akan transit di Bangkok. Kalau naik flight, transit paling saya tak suka, tapi oleh kerana tidak ada pilihan lain terpaksa kami ikut juga.

Di sini saya catatkan jadual perjalanan saya yang terkini;

26 Mei 2009 - 2.30 ptg - 4.30 ptg ( Bintulu - Kuala Lumpur )

Pergi :

TARIKH

DESTINASI

PENERBANGAN

BERLEPAS

TIBA

27 MAY 2009

KUALA LUMPURBANGKOK

MH 782

03.15 PTG

04.20 PTG

28 MAY 2009

BANGKOK - CAIRO

MS 961

00.45 TGH MLM

6.00 PAGI

31 MAY 2009

CAIRO – JEDDAH

MS 663

11.30 MLM

1.30 PAGI



Balik :

TARIKH

DESTINASI

PENERBANGAN

BERLEPAS

TIBA

12 JUN 2009

JEDDAH – CAIRO

MS 662

11.30 PAGI

1.45 TGHARI

12 JUN 2009

CAIROBANGKOK

MS 968

11.00 MLM

11.55 PAGI

13 JUN 2009

BANGKOKKUALA LUMPUR

MH 783

5.05 PTG

8.15 MLM


14 Jun 2009 - Kuala Lumpur - Kuching - Bintulu

Thursday, May 21, 2009

Keliru Ummat Islam

KUALA LUMPUR - Malaysian Iranian Corporation Sdn. Bhd. (MICSB), pemegang hak eksklusif bagi pengedaran minuman bir tanpa alkohol jenama 'Istak' dari Iran, bakal membuka sebuah kilang di negara ini dengan pelaburan hampir RM50 juta.

Pengarah Urusan MICSB, Mahdi Bagherian berkata, pelaburan itu merupakan langkah pertama untuk produknya meneroka pasaran Malaysia dan Asia Tenggara. Tiga lokasi yang dicadangkan bagi pembinaan kilang itu ialah di Pelabuhan Klang, Melaka, dan Johor Bahru, katanya.

"Minuman tanpa alkohol atau halal ini merupakan produk terbaru yang dipasarkan ke negara ini malah permintaan terhadapnya amat menggalakkan terutamanya bagi pelanggan bukan Islam dan penggemar minuman alkohol yang mahu mencari alternatif lain," katanya kepada Utusan Malaysia di sini baru-baru ini.

Istak dihasilkan melalui pemilihan malt (bijirin biasanya barli yang diperam) paling berkualiti dan dikeluarkan menerusi syarikat yang berpengkalan di Iran, Arpanoosh Industrial Co. yang berpangkalan di Iran. Syarikat dengan keupayaan pengeluaran 35,000 botol sejam itu memiliki barisan pengeluaran terbesar di samping keupayaan teknologi mesin paling terkini dari Jerman.

Menurut Bagherian, produk tersebut masih baru di pasaran tempatan namun produk tersebut akan dijual di pasar raya besar, pasar raya dan hotel-hotel di seluruh negara. Katanya, ketika ini syarikat yang beroperasi di Putrajaya itu mengimport kira-kira 20 buah kontena yang mengandungi 1.2 juta botol minuman Istak untuk dipasarkan ke Malaysia.

Melalui pembinaan kilang yang bakal dibina itu, beliau memberitahu, keupayaan untuk mengeluarkan minuman itu boleh mencapai dua kali ganda jika penggunaan teknologi sama seperti di Iran diguna di negara ini.

"Jenama Istak ini bukan jenama asing di luar negara kerana Arpanoosh telah mengeksport minuman itu ke Jerman, Afghanistan, Palestin, Lubnan, Azerbaijan dan Australia," katanya. Jika perancangan untuk membuka kilang baru di negara ini menjadi kenyataan, Istak akan dieksport ke Indonesia , Thailand , Singapura manakala di Vietnam jenama minuman tersebut telah pun dijual baru-baru ini.

Bagi mengukuhkan jenama itu di rantau ini, MICSB telah menaja sebuah pasukan rali-SR Motorsports bagi meningkatkan kesedaran jenama itu di kalangan pengguna, selain meningkatkan kesedaran di kalangan pengguna remaja tentang kebaikan minuman tanpa alkohol di dalam sukan.

Selain itu, minuman itu didakwa baik untuk kesihatan termasuk mampu mengelakkan sakit buah pinggang,, mengurangkan tekanan, membina tenaga dan mampu mengurangkan kolesterol.

{ satu lagi agenda yahudi untuk mengelirukan ummat Islam. Sebagaimana hadis Nabi " Nescaya kamu akan turut jejak langkah mereka (Yahudi dan Nasrani ) sejengkal demi sejengkal, sehasta demi sehasta sehingga kamu akan turuti mereka walaupun mereka masuk ke dalam lubang biawak. Lantaran sahabat bertanya: Adakah mereka itu Yahudi dan Nasrani? Baginda menjawab: Siapa lagi kalau bukan mereka.” (Hadis riwayat Bukhari dan Muslim)}

Seminar Peningkatan Sahsiah & Profesionalisme Guru Islam

Jawatankuasa Kecemerlangan Sahsiah & Akademik ( JAKSA ) Unit Pendidikan Islam, PPD Bintulu akan mengadakan seminar untuk guru - guru Islam pada 23 Mei 2009 bersamaan Hari Sabtu di Mini Auditorium Perpustakaan BDA. Program yang diadakan ini bertujuan untuk :
  1. Menanamkan kesedaran di kalangan para guru tentang betapa penting dan nikmatnya hidup berlandaskan Islam.
  2. Meningkatkan dan memberikan pemahaman di kalangan guru akan besarnya peranan dan tanggungjawab mereka sebagai model ikutan para pelajar.
Program ini adalah kerjasama daripada Pusat Latihan Sarawak, JAKIM, Jabatan Agama Islam Sarawak cawangan Bintulu, Baitulmal cawangan Bintulu, BAHARIS BDA dan para penyumbang iaitu Bank Rakyat.

Seramai 160 orang telah dijemput yang terdiri daripada guru-guru KPM, guru-guru JAIS dan kakitangan BAHARIS. Di harap program tersebut akan dapat mengembling tenaga untuk mengerakkan dakwah dan seterusnya memastikan tugas yang dipikul oleh para guru seharusnya dipikul dengan penuh tanggungjawab.

Pembentang kertas kerja terdiri daripada mereka yang berpengalaman dan mahir di dalam bidang masing-masing. Berikut di senaraikan para pembentang dan tajuk yang dikupas:

Ceramah 1 : Kepentingan nilai dalam organisasi
Oleh : Ustaz Tuan Haji Ibrahim Haji Hailee
Penolong Pengarah Bahagian Dakwah, JAKIM Cawangan Sarawak

Ceramah 2 : Keperluan mengeluarkan zakat
Oleh : Ustaz Haji Mohd Yusri Bin Zain
Baitulmal Sarawak

Ceramah 3 : Ciri2 pendidik pewaris nabi : antara realiti dan fantasi
Oleh : Ustaz Haji Ellias Haji Zakaria
Pensyarah Universiti Sains Malaysia

Untuk para jawatankuasa penganjur, di harap agar mengikhlaskan niat agar segala usaha kita ini, akan mendapat keberkatan dan seterusnya dipermudahkan segala urusan kita. Insyallah.

" Terus ISTIQAMAH Mendokong ISLAM "

Monday, May 18, 2009

Catatanku hari ini....

Minggu ini adalah minggu yang paling sibuk buat ku. Mana taknya, minggu depan dah berangkat untuk menunaikan umrah, tiket ke Kuala Lumpur masih belum dibeli kerana mengharapkan waran perjalanan percuma. Katanya ada, dari sehari ke sehari, masih menunggu. Sabar!! Sekarang ini, kami di sekolah sedang sibuk menyusun atur dan mengemaskini fail-fail yang masih belum terurus dengan baik. Dalam pada itu, musim peperiksaan datang lagi, terpaksa berhempas pulas pula menyudahkan dan menyiapkan soalan . Minggu lepas, mujurlah sudah selesai Kem Bestari Solat siri 2 yang melibatkan tahun 1,2,3,4 dan 5. Alhamdulillah selesai untuk setakat itu. Umi Ierfan pula seperti biasa memang terpaksa menyiapkan kertas - kertas soalan untuk anak - anak muridnya. Ummu Ierfan mengajar kelas peperiksaan PMR dan SPM. Dia buat kerja sewaktu Ierfan dah tidur, pukul 11 baru nak mula.

Berita baik untuk kami hari ini, keputusan PTK....alhamdulillah, sama result saya dengan Ummu Ierfan. Kena berpuashati juga, walaupun tak dapat sepenuhnya, kena ambil satu paper lagi. Insyaallah Bulan Ogos nanti.

Berita tak baik yang mengejutkan saya ialah, pembatalan penggunaan dewan auditorium BDA di saat akhir sebelum program bermula. Ketika ini, saya sedang menguruskan satu seminar guru Islam tentang sahsiah diri dan profesionalisme perguruan, tetiba sahaja dimaklumkan tadi bahawa dewan auditorium BDA tak dapat digunakan. Kena cari plan lain pula, tengah pening juga sekarang ni.

Minggu ini akan diadakan sambutan hari guru untuk guru-guru Islam. Program tersebut bermula pada hari Khamis ( 21/5/09) di Masjid Darul Hidayah. Syukur Ustaz Izwan dapat mengatur tiket penceramah iaitu Ustaz Ellias Hj Zakaria dari USM Minden Pulau Pinang. Mudah-mudahan dengan kehadiran yang berbahagia ustaz itu nanti akan mengisi sebanyak ruang kekosongan di dalam diri setiap individu khususnya yang berkaitan dengan ilmu pendidikan dan dakwah terutama bagi mereka yang bergelar guru-guru. Terima kasih di atas sokongan sahabat-sahabat.

" Terus ISTIQAMAH mendokong ISLAM "

Sunday, May 17, 2009

Umrah & Ziarah : Rombongan Bintulu

Tinggal 10 hari lagi, kami sekeluarga akan berangkat untuk menunaikan ibadah umrah dan ziarah. Terasa masih banyak lagi persediaan yang perlu dibuat, memandangkan banyak masa diperuntukkan untuk menyiapkan kerja-kerja sekolah yang amat perlu juga. Apa pun persediaan rohani dan mental amat perlu bagi kami.

Saya insyallah akan pergi bersama isteri dan ibu. Ierfan terpaksa tinggal dengan nenek, kesian Ierfan. Maafkan abi kerana tak dapat membawa Ierfan bersama, nanti Ierfan besar kita pergi haji sekali. Terasa sedih juga kerana Ierfan tak dibawa, mana kami pernah berpisah lama dengan Ierfan, paling kurang pun 3 atau 4 hari, disebabkan kursus. Mudah-mudahan dipermudahkan segala urusan baik dari segi keluarga mahupun urusan untuk sampai dan melaksanakan ibadah di sana nanti.

Banyak juga kelengkapan yang perlu disediakan. Sebagai penjawat awam kita perlu memohon untuk ke luar negeri di sebabkan keperluan keselamatan sewaktu berada di luar negara. Selain itu pencegahan melalui suntikan yang telah kami tempah tempohari, setakat ini kami belum lagi dihubungi untuk mendapatkan suntikan vaksinti. Kami terpaksa mengambil cuti CRK disebabkan keperluan berbuat demikian. Dibawah ini kami catatkan perjalanan kami jika diizinkan oleh Allah.

JADUAL PERJALANAN KAMI

Bertolak

27/05/09 KL - bangkok MH 780 5.50 ptg -6.55 ptg

28/05/09 Bangkok - Cairo MS 961 12.45 mlm - 6.00 pagi

31/05/09 Cairo-Jeddah MS 671 3.30 ptg -5.30 ptg

Balik

12/06/09 Jeddah-Cairo MS 672 6.30 ptg -8.45 malam 12/06/09 Cairo-Bangkok MS 962 11.00 malam - 11.55 pagi

13/06/09 Bangkok - KL MH 789 2.15 ptg - 5.25 ptg



HARI 1 27/05/09 KUALA LUMPURCAIRO (RABU)

Berkumpul di lapangan terbang KLIA urusan check in 03 jam sebelum penerbangan seterusnya berlepas ke Cairo


HARI 2 28/05/09 CAIRO (KHAMIS)

Setibanya di Cairo, jemaah akan disambut oleh wakil kami dan seterusnya ke hotel dan check in, berehat seketika. Kemudian jemaah akan di bawa melawat sekitar Bandaraya Kaherah, Masjid Al-Azhar & Masjid Iman Al Hussein, kilang kristal serta Bazaar Khan Al Khallili .


HARI 3 29/05/09 CAIRO - PIRAMID (JUMAAT)

Selepas sarapan melawat kawasan Piramid di Dataran Tinggi Giza untuk melihat 3 piramid yang terkenal dan satu di antaranya dikenali sebagai salah satu dari tujuh keajaiban dunia. Yang terbesar adalah Piramid Cheop diikuti kedua terbesar Piramid Cephren dan yang kecil Piramid Mycerinus terdapat patung Sphinx. Selain itu anda juga akan di bawa melawat ke Bazaar Minyak Wangi, Bazaar Payprus, Maqam Imam Syafie, Masjid Amru, kemudian Masjid Sultan Hassan dan Maqam Saidina Napisah.


HARI 4 30/06/09 CAIRO - ISKANDARIAH (SABTU)

Selepas sarapan pagi jemaah akan di bawa melawat sekitar bandaraya Iskandariah (350km) termasuk Taman bunga Muntazah, Istana Raja Farouk, Masjid serta Maqam Imam Busoiri dan Maqam dan Masjid Lukman Al-Hakim dan Makam Nabi Danial.


HARI 5 31/06/09 CAIRO – JEDDAH – MADINAH (AHAD)

Acara bebas untuk membeli belah sehingga tiba masa untuk berangkat ke Airport untuk penerbangan ke Jeddah. Tiba di Jeddah jemaah akan di sambut oleh wakil kami (Hj Subhan) dan seterusnya menyambung perjalanan ke Kota Madinah. Perjalanan akan mengambil masa lebih kurang 5 jam. Tiba di Madinah check-in hotel dan berehat.


HARI 6 01/06/09 MADINAH (ISNIN)

Selepas sarapan pagi jemaah akan di bawa melawat sekitar Masjid Nabawi, Raudah, Makam Rasulullah S.A.W, Makam Saidina Abu Bakar R.A, Makam Saidina Umar Al Khattab serta Perkuburan Baqi’.


HARI 7 02/06/09 MEDINAH - ZIARAH (SELASA)

Program ziarah di persekitaran Bandar Madinah.Rombongan akan dibawa ke Masjid Quba untuk sembahyang sunat Zhuha. Seterusnya rombongan akan terus ke masjid Jumaat, Masjid Qiblatain, Kilang mencetak Al – Quran (BERGANTUNG KEPADA KELULUSAN) Shuhada Uhud, Masjid tujuh, Medan Khandak dan seterusnya dalam perjalanan pulang, rombongan akan singgah di pasar kurma.


HARI 8 03/06/09 MEDINAH - MAKKAH (RABU)

Acara bebas sebelah pagi, jemaah di minta mengemas barang masing-masing untuk bertolak ke mekah selepas makan tengahari, jemaah di minta memakai ihram dan perjalanan akan di singgah di Bir Ali untuk Miqat umrah. Tiba di Mekah di jangka jam 9.00 malam , jemaah yang berkemampuan akan di bawa ke Masjidil Haram oleh Petugas untuk menyempurnakan Tawaf dan Saei Umrah

.

HARI 9 04/06/09 MAKKAH - ZIARAH (KHAMIS)

Selepas sarapan pagi jemaah akan di bawa melawat tempat – tempat peninggalan sejarah islam sekitar Mekah seperti Jabal Nur , Jabal Thurs , Arafah , Jabal Rahmah , Mudzalifah , Mina , dan seterusnya ke Masjid Jaaranah untuk Berniat Umrah ( MIQAT UMRAH )


HARI 10-16 05 (JUMAAT) -11/06/09 MAKKAH - ACARA BEBAS

Hari ini jemaah bebas mengerjakan Umrah secara bersendirian. Jemaah dinasihati untuk mengambil peluang keemasan semasa berada di Makkah bagi memperbanyakkan ibadat, Tawaf sunat dan mengerjakan Umrah setakat yang terdaya.


HARI 17-18 12 (JUMAAT) -13/06/09 MAKKAH – JEDDAH – CAIRO -KUALA LUMPUR

Berangkat ke KAAI Airport Jeddah. Jemaah diingatkan supaya mengerjakan Tawaf Wida’ sebelumnya bertolak ke Jeddah. Tiba di Jeddah urusan check-in dan berlepas ke Malaysia.

 

Labels

About This Blog

Labels

Labels

Labels