Saturday, June 27, 2009

Sekolahku Sambut Hari Guru 2009

Warga SK Orang Kaya Mohammad 2009

Guru Pendidikan Islam SK OKM 2009

27 Jun, Bintulu - Warga SK OKM menyambut Hari Guru peringkat sekolah pada hari ini. Pelbagai acara telah diadakan sepanjang hari ini. Program bermula seawal jam 7.30 pagi, dimulai dengan bacaan doa, kemudian ucapan GB dan YDP PIBG dan seterusnya bacaan perutusan Menteri Pelajaran dan Ketua Pengarah Pelajaran yang disampaikan mantan PK 1, Cikgu Hasbi Bunggui dan Penyelia Petang yang baru iaitu Ustaz Mohd Jaafar.

Acara diteruskan dengan persembahan dari murid-murid dan diikuti dengan nyanyian lagu guru. Seterusnya upacara penyampaian hadiah kepada ibubapa dan guru yang dapat mengumpul jumlah kutipan terbanyak untukLarian Amal anjuran PIBG. Sebelum berakhir acara rasmi, semua guru-guru mengambil gambar sebagai kenang-kenangan.

Acara diteruskan dengan acara sukaneka peringkat guru-guru di mana acara yang dipertandingkan ialah musical chair, menyambut belon air, boling kelapa, memasukkan benang dalam lubang jarum dan menganyam ketupat.

Apapun aktiviti sepanjang program ini menunjukkan semangat muhibbah dan setiakawan oleh guru -guru untuk bersatu tenaga dan idea untuk membangunkan para murid SK Orang Kaya Mohammad. Tahniah dan syabas warga OKM...teruskan usaha murni ini.


Tuesday, June 23, 2009

Tugas ku bermula kini



Lama juga untuk aku menyesuaikan diri dengan keadaan persekitaran dan masa. Hanya selepas balik dari umrah, aku perlu settting diri untuk meneruskan kerja yang sangat banyak. Tambahan pula anakku Ierfan kini, banyak karenahnya, kena layan sentiasa, barangkali di kampung ramai kawan-kawan yang melayannya. Sampai di sini sunyi, hanya abi dan umi yang menemani. Tak pa la anak, sikit masa lagi anak akan biasa sesuaikan diri dengan keadaan seperti ini.

Hari ini berlangsung, pertemuaan guru Pendidikan Islam untuk Zon Kemena yang melibatkan 5 buah sekolah iaitu SK OKM, SK Jepak, SK Bintulu, SK Kg Baru dan SK Assyakirin. Pertemuan yang memakan masa separuh hari itu, mampu menyelesaikan beberapa perkara, antaranya ialah pengurusan fail panitia dan e-laporan.

Tugas aku ialah memberi penerangan berhubung dengan pengisian fail dan memastikan fail wujud mengikut instrumen pemantauan yang akan digunapakai oleh para nazir dan pegawai dari BPI KPM yang datang pada 14 - 16 Julai 2009. Sebenarnya pengisiannya tidak susah, cuma untuk maintain update itu agak sukar bagi kebanyakkan guru.

Ini merupakan keterlibatanku yang kedua, yang pertama melibatkan Zon Tatau yang telah diadakan sebelum cuti yang lalu. Esok dan hari seterusnya aku akan terlibat lagi untuk memeriksa fail-fail dari Zon Kidurong dan beberapa zon lagi. Inilah sebahagian dari tugas JU. JU perlu bersedia dan pada masa yang sama maklumat berkenaan j-QAF perlu terkini, barulah digelar Jurulatih Utama atau nama lamanya Guru Sumber.

Apa pun aku terima kerja ini dengan rasa ikhlas atas niat untuk membantu memperkukuhkan pengurusan j-QAF dan pada masa yang sama untuk memastikan anak-anak muslim benar-benar mendapat peluang pendidikan agama yang berterusan di bawah program j-QAF.

Sunday, June 21, 2009

Ierfan kini...

Terima kasih atas ziarah sahabat


Kami mengucapkan terima kasih di atas kesudian sahabat - sahabat untuk menziarahi kami di teratak sewa kami. Maaf seandainya layanan kurang memuaskan disebabkan karenah anak yang amat luar biasa sekali sejak kami balik dari umrah ini.

Kami mengharapkan juadah yang kami sajikan dari haramain akan dapat juga dirasai sedikit sebanyak, nikmat makanan dari tanah suci. Terima kasih juga di atas doa sahabat-sahabat kerana sepanjang saya dan isteri berada di sana tidak ada apa-apa masalah, dan dapat melakukan ibadat dengan tenang, alhamdulillah.

Buat ketika ini, saya masih kurang stabil dari sudut emosi, barangkali perubahan cuaca dan tekanan tugasan yang amat banyak. Mana yang patut didahulukan, mana yang patut dikemudiankan. Mudah-mudahan saya akan mendapat nusrah dari Allah, dan dipermudahkan semua urusan dan akan berblog seperti biasa dengan lancar. Insyaallah.

Monday, June 15, 2009

Syeikh Dr Abd Rahman Sudays



Biodata

Nama sebenarnya ialah Abu Abdel Aziz Abd Rahman Ibnu Abd Rahman Ibn Abdel Aziz bin Abdullah bin Muhammad bin Abdel Aziz bin Muhammad bin Abdullah diberi gelaran dengan as-sudays yang dinisbahkan kepada keturunannya Sudays iaitu satu kabilah Arab yang mashur di Arab Saudi. Beliau lahir pada 1382H / 1962M di Wilayah al-Bakiriyyah dalam jajahan al- Qosim.

Menghafal al-quran 30 juzuk pada usia 12 tahun atas galakkan kedua-dua ibu bapanya yang kuat berpegang kepada ajaran agama islam semasa menetap di Bandar Riyadh yang diselia oleh Syeikh Abdul Rahman bin Abdullah Ali Firyan kemudian dipantau bacaannya oleh pakar munabbih iaitu Sheikh Muhammad Abdul Majid Zakir dan disambung oleh Syeikh Muhammad Ali Hassan dan beberapa guru yang lain.

Memulakan tugas sebagai imam ketika usia mencecah 22 tahun iaitu pada 1984 apabila diamanahkan imam oleh pihak Masjidil Haram mengimami solat Asar dan menyampaikan khutbah pertamanya pada 15 September 1984 iaitu pada Bulan Ramadhan.

Mendapat pendidikan awal di Madrasah al- Muthanna bin Harithah, kemudian di Institut Sains Riyadh di peringkat menengah sebelum menyambung di peringkat MA dan PHD di Universiti Oum al-Qura, Makkah Al-Mukarramah. Beliau menyempurnakan tesisnya PhD dengan tajuk ' Al- Wadih Fi Usul al- Fiqh li Abi al-Wafa' bin Uqail al-Hanbali' iaitu satu kajian ilmiah pada tahun 1996 yang diselia oleh Syeikh Profesor Ahmed Fahmy Abu Sanah yang dibentang di hadapan ulama tersohor Arab saudi iaitu Syeikh Dr. Abdullah bin Abdul Muhsen at-Turki merangkap setiausaha agung Rabitah Alam Islami, Dr Ali bin Abbas al- Hukmi yang merupakan Ketua Pengajian Tinggi Syariah Universiti Oum al-Qura pada waktu itu.

Berkahwin dengan sepupunya, iaitu Fatimah binti Ali bin Abdullah bin Muhammad As-Sudays di mana ayah mertuanya merupakan seorang Qadi yang berkhidmat selama 50 tahun. Beliau dikurniakan 5 anak perempuan dan 4 anak lelaki.

Jawatan pernah disandang

Dilantik sebagai anggota Pendidikan Pengajian Tinggi Syariah di Universiti Oum al-Qura, Makkah, Penyelia dan Penyelaras Kanan Institut Dakwah dan Imam seluruh Arab Saudi yang berpengkalan di Makkah al - Mukarramah. Jawatan yang beliau sandang sekarang ini sejak pertengahan 90-an secara rasmi ialah Imam dan khatib di Masjidil Haram sehingga kini di samping menjadi rujukan dalam pelbagai aktiviti keagamaan, bukan sahaja di dalam negara malah sering diundang dalam program-program agama di rantau Asia, Arika, Amerika, Eropah dan Amerika.

[ Sesungguhnya beruntung sungguh kedua ibubapa beliau. Kami juga mengharapkan agar Ierfan akan menjadi seperti beliau satu hari nanti. Ketika di Makkah, bila mendengar suara imam, yang mengimami solat fardhu aku berdoa agar satu hari nanti anak aku juga akan menjadi Imam di Masjidil Haram. Mudah-mudahan Allah mendengar suara hati dan doaku. ]

Perlu Rehat Dahulu

Di hadapan Masjid Nabawiyyah di Madinah

Di hadapan Masjidil Haram di Makkah

Assalamualaikum

Pertamanya kesyukuran kepada illahi kerana masih diberikan kekuatan Iman dan Islam sebagai pegangan hidup, selawat dan salam atas junjungan baginda Rasulullah khatamun anbiya' dan ahli keluarga serta para sahabat, para tabien dan seluruh syuhada' yang mempertahankan Islam sebagai adden agama yang suci.

Saya ingin merakamkan ucapan terima kasih kepada pelayar yang menjengguk -jengguk untuk melihat kemaskini yang saya 'post'kan di dalam blog ini. Apa pun semenjak 2 minggu ini blog ini tidak dikemaskini dengan sempurna. Ini adalah dalam waktu tersebut, saya bersama keluarga melakukan umrah untuk menguatkan rohani untuk memperbanyakkan lagi amalan kebajikan sebagai bekalan untuk menghadap ilahi.

Untuk beberapa ruangan akan datang akan saya ceritakan pengalaman dan ikhtibar yang saya dapat sepanjang berkunjung ke tanah suci. Saya akan kemaskini blog ini, sedikit masa lagi untuk mendapat rehat yang cukup untuk saya lebih menghayati perjalanan atau kembara rohani ke bumi Makkah al-Mukarramah dan al madinah al Nabawiyah.

Selamat belayar.

Ibrahim ( abuierfan)
Bintulu
 

Labels

About This Blog

Labels

Labels

Labels