Saturday, January 24, 2009

KAMI SEKELUARGA BERMUSAFIR LAGI

Catatan perjalanan 1

Kami sekeluarga terpaksa pulang ke Parit Raja atas urusan keluarga. Kali ini perjalanan amat jauh sekali. KIra – kira 2 hari perjalanan baru kami sampai ke Parit Raja Batu Pahat. Kami menaiki ke kereta untuk sampai ke KIA ( Kuching Airport International ). Jarak kira – kira 600 KM, kalau ikut jam lebih kurang 10 jam perjalanan menggunakan kereta. Cuaca di sini mendung dan hujan dengan lebat. Difahamkan ada beberapa jalan yang putus dan tidak boleh dilalui oleh kenderaan berat iaitu jalan Bintulu – Tatau, Tatau – Selangau.

Kami keluar dari rumah pada pukul 3.30 petang. Setelah pesan dan kunci diberi kepada jiran sebelah rumah kami keluar menuju ke destinasi yang ingin dituju. Sampai sahaja di Medan Jaya Bintulu, rupa-rupanya ada lagi barang – barang yang tertinggal, terpaksa berpatah balik semula. Perjalanan bermula lebih kurang 5.30 petang.

Kami singgah di Airport Bintulu untuk bersolat Asar. Di situ kami berjumpa dengan Hafiez sedang melayan anaknya yang tidak kurang ligatnya. Pada mulanya perjalanan amat lancar, sampai lebih kurang 30 KM perjalanan dari Bintulu, banyak kereta beratur untuk mengambil giliran laluan di sebabkan tanah runtuh, mujur tidak lama menunggu. Ikut kata cikgu yang memulakan perjalanan pada jam 12 tengahari tadi mereka beratur lebih kurang setengah jam.

Malam ini kami transit di rumah sahabat Hafiez ( rakan JU dan UM ) di Sibu. Kami sampai jam 8.30 malam. Ierfan seronok hari ini dapat kaki, ligat dia sekarang, seronok bermain dengan anak – anak Hafiez. Paling dia suka main tangga. Kami pulak terpaksa melayan karenah dia.

Hari ini ( 24 Januari 2009 ) Sabtu kami meneruskan lagi perjalanan yang masih berbaki lebih kurang 4OO KM lagi. Doakan kami selamat sampai ke destinasi yang dituju.

Jam menunjukkan pukul 5.49 petang ( waktu malaysia timur )


Jalan tersekat disebabkab hanya satu lorong yang dibuka

Tanah runtuh yang menyebabkan perhubungan jalan darat
tidak dapat dilalui oleh kenderaan berat


Nanti kita akan sambung catatan perjalanan seterusnya. Tunggu kami di Rumah Ustaz Ashraf Ghazali di Kuching.

Wednesday, January 21, 2009

SAHABATKU MENGAKHIRI ZAMAN BUJANG


Sila klik pada gambar

Monday, January 19, 2009

SK OKM.... DI LANDA BANJIR

Tapak perhimpunan SK OKM seperti lautan

Tarikh 9 Januari 2009 tercatat di dalam sejarah OKMS pada tahun ini. Jarang berlaku hujan yang amat lebat beserta dengan tiupan angin yang amat kencang. Mengikut kata ibubapa murid yang tinggal di kawasan berhampiran, kali terakhir yang teruk yang pernah berlaku pada tahun 1964.

Kawasan perkampungan sekitar kawasan sekolah habis terjejas teruk seperti Kampung Masjid dan Kampung Sinong. Mujurlah program pada pagi itu dapat juga menghimpunkan para ibubapa untuk mendengar satu sessi taklimat Pelaksanaan Program j-QAF di SK OKM 2009.

Benarlah apa yang disebut di dalam al-Quran bahawa Allah berkehendak melakukan apa sahaja. Janganlah kita asyik menyalahkan satu sama lain, Allah berhak berbuat demikian.

Gambar2 yang sempat diambil sewaktu banjir di SK OKM. ( Sumber Annai dan Cikgu Rubiah )

Cikgu Saini Ali sedang mencari bantuan

Cikgu Rubiah melaporkan suasana yang berlaku kepada guru2 lain

Suasana menyelamat segala peralatan yang berharga di Bilik Guru, kelihatan Annai
( tenaga sukarela ) bertungkus lumus membantu


Kepada rakan guru - guru hendaklah memperbanyakkan bersabar di atas musibah yang melanda. Hendaklah kita sentiasa membanyakkan istigfar dan perbanyakkan muhasabah di dalam diri kita.

Saturday, January 3, 2009

GAMBAR SEMASA PERCUTIAN

Sila klik pada gambar untuk lihat
 

Labels

About This Blog

Labels

Labels

Powered By Blogger

Labels