Monday, January 19, 2009

SK OKM.... DI LANDA BANJIR

Tapak perhimpunan SK OKM seperti lautan

Tarikh 9 Januari 2009 tercatat di dalam sejarah OKMS pada tahun ini. Jarang berlaku hujan yang amat lebat beserta dengan tiupan angin yang amat kencang. Mengikut kata ibubapa murid yang tinggal di kawasan berhampiran, kali terakhir yang teruk yang pernah berlaku pada tahun 1964.

Kawasan perkampungan sekitar kawasan sekolah habis terjejas teruk seperti Kampung Masjid dan Kampung Sinong. Mujurlah program pada pagi itu dapat juga menghimpunkan para ibubapa untuk mendengar satu sessi taklimat Pelaksanaan Program j-QAF di SK OKM 2009.

Benarlah apa yang disebut di dalam al-Quran bahawa Allah berkehendak melakukan apa sahaja. Janganlah kita asyik menyalahkan satu sama lain, Allah berhak berbuat demikian.

Gambar2 yang sempat diambil sewaktu banjir di SK OKM. ( Sumber Annai dan Cikgu Rubiah )

Cikgu Saini Ali sedang mencari bantuan

Cikgu Rubiah melaporkan suasana yang berlaku kepada guru2 lain

Suasana menyelamat segala peralatan yang berharga di Bilik Guru, kelihatan Annai
( tenaga sukarela ) bertungkus lumus membantu


Kepada rakan guru - guru hendaklah memperbanyakkan bersabar di atas musibah yang melanda. Hendaklah kita sentiasa membanyakkan istigfar dan perbanyakkan muhasabah di dalam diri kita.

2 comments:

FarEastNajmi said...

Salam takziah,
Ada hikmah tue..pas nie sekolah dapat perabot baru...

Mr Justice said...

nice blog bro..i'm fr btu too... visit justice's blog
http://justice4sarawakian.blogspot.com/

 

Labels

About This Blog

Labels

Labels

Powered By Blogger

Labels