Thursday, March 11, 2010
Kami kembali ke rumah semula
Kesian penziarah. Minta maaf, rumah kami belum berkemas lagi. Esok sekolah sehari lagi, pastu cuti, boleh la mengemas rumah.
Ok ! sampai sini dulu. Tunggu catatan seterusnya.
Wednesday, September 23, 2009
Rumah kami rosak terus terpaksa berpindah kerumah baru > http://pelayarankehidupan.blogspot.com/
Mohon berbanyak-banyak maaf kepada pelayar setia abuierfan.blogspot.com. Rumah yang kami bina hampir setahun telah rosak teruk. Banyak barang-barang yang kena cari semula. Mudah-mudahan dapat kami cari juga untuk memperelokkan rumah baru kami.
Kepada sahabat-sahabat silalah tukar alamat baru rumah kami kepada http://pelayarankehidupan.blogspot.com/
Selamat Eidul Fitri...Ampun Maaf....Teruskan bersama kami
Monday, September 21, 2009
1 Syawal kami di Bintulu
Seawal jam 7.30 pagi Ierfan telah dikejutkan untuk bersama-sama solat sunat Aidil Fitri di Masjid Darul Hidayah, Kidurong. Suasana masjid ni tidak sibuk seperti kebanyakkan masjid, kerana di sini ramai pendatang ( bukan orang tempatan ) berbanding dengan masjid Assyakirin ( masjid bahagian ) yang sangat sibuk dan penuh sesak dengan pekerja ladang dan orang-orang tempatan yang beraya di Bintulu.
Selesai solat, abuierfan menjemput sahabat untuk datang ke rumah dan selepas itu baru kami mengatur langkah bersama-sama sahabat dan keluarga berziarah sehingga pada waktu petang. Pada petang itu hujan turun sangat lebat. tapi sempat juga kami menghabiskan ziarah ke rumah yang telah dirancang.
Abuierfan teringat suasana raya sewaktu zaman muda-muda dahulu, dah rasa tak semeriah zaman muda-muda dahulu, maklumlah dah berumur ni kemeriahan zaman kanak-kanak telah ditinggalkan. Waktu ni cepat penat dan lesu. Apa pun kami tetap bersyukur dapat meraikan kehadiran Syawal dengan penuh kegembiraan.
Terima kasih kepada kenalan yang sudi menjemput kami bertandang ke rumah mereka. Semoga Allah memberi ganjaran di atas jemputan ziarah mereka.
Gambar semasa raya ;
Sunday, September 20, 2009
SMS yang diterima
Bukan tujuan abuierfan untuk menunjuk-nunjuk, tetapi nak berkongsi dan mengabadikan kenangan ingatan di dalam diari abuierfan.blogspot. Ini setakat yang diterima sehingga jam 12.4o tengah malam.
Taqoballahu Minni Wa Minka ( may ALLAH accept my ‘amal and your ‘amal )- M.Hafiz Abd Rahman
Maaf Zahir Batin Selamat Hari Raya Aidilfitri Serta Selamat Berpuasa Enam..dari Yazid, Mahyunah,Imtiyaz, dan Irsyad – Mohd Yazid Isa, Pensyarah UUM
Salam Aidilfitri….Minal aaizin wal faaizin, kullu aam waantum bikhair. Drp: Khaidir & Family
Slm, maaf zhir & batin. Eid Mubarak.minal aidin walfaizin, Kullu ‘aam wa antum bikhair. Smga amaln d bln rmdn brkekalan hingga di luar Ramadhan. - Ustaz Lotfi dan keluarga
Salam Aidilfitri, maaf zahir dan batin. – Haji Sharkawi & Mariam
Selamat Hari Raya, Maaf Zahir Batin. Semoga segala ibadah dan amalan sepanjang Ramadhan diterima Allah SWT. Amin. Daripada : Nasser & Keluarga ( Pengerusi Masjid Hidayah )
B4 d Ramadhan ends… B4 d battery KONG….B4 d operators get busy…. B4 d sms r jam… B4 anything happens…. Wish u Selamat Hari Raya Aidilfitri, Maaf Zahir & Batin… - Dr. Saadi & keluarga
Salam. Eidul Fitri Menjelang Lagi. Amoun Maaf d pinta. Semoga Allah Menerima amalan kita. Drpd : Walid & Family
Ketupat d jalin berselang seli, jd juadah pembuka selera, sms d kirim pengganti diri, silap dan salah maaf d pinta. SELAMAT HARI RAYA, MAAF ZAHIR BATIN. – Kak Long Chini
Selamat Hari Raya idilfitri, Tangan dihulur jari tersusun, salah silap mohon diampun, agar kita direstui Ilahi – YB Datuk Hj Talib Zulpilip & Datin Dr. Hajjah Zaliha ( Adun Jepak )
Secebis KASIH membuatkan kita SAYANG, Seucap JANJI mambuatkan kita PERCAYA. Sekecil LUKA membuatkan kita KECEWA, Tetapi PERSAHABATAN selamanya BERMAKNA. SALAM EIDUL FITRI & Maaf Zahir Batin – Mohd Zaidi Sabari, Azlina, Im & Eam ( Sahabat di KISAS & UM )
Assalamualaikum, Selamat hari raya aidilfitri, maaf zahir dan batin – Abdullah serta keluarga Bintulu
Assalamualaikum, Selamat hari raya idilfitri maaf zahir dan batin, kullu amm wa antumbikhair, salam ingatan dan setulusnya daripada Joni Tamkin Borhan, Che Zarrina Sa’ari dan anak2 hasyier, Hannan & Hadief, UM – Prof. Dr Joni Tamkin Borhan, Pensyarah UM
Dalam bermesra mungkin terkasar bahasa, dalam bergurau mungkin terlanjur senda, dlm berjanji mungkin ada yg belum diKOTA, Dlm berbicara mungkin ada yang menyinggung rasa. Jika ada kemaafan jualah yg sy pinta..” SELAMAT HARI RAYA AIDILFITRI, MAAF ZAHIR BATIN “ Ikhlas dari kami sekeluarga – Hisammudin Abd Rahman ( Rakan serumah sewaktu dikampus )
Salam Aidilfitri kullu am wa antum bi khair dari Awaluddin Sekeluarga…MAAF ZAHIR BATIN – Awwaluddin Abd Razad
Saya Datuk Seri Harussani Zakaria dan Datin Ainon Abd Ghani mengucapkan setinggi tahniah dan mengucapkan selamat berhari raya, maaf zahir dan batin semoga dipanjangkan umur dan murah rezeki.
Mohon kemaafan atas segalanya.. Selamat Hari Raya Aidilfitri. Maaf Zahir & Batin. Dgn Hati penuh keikhlasan… daripada Roza sekeluarga – Rozalani Raini ( Rakan sekerja SK OKM )
بعد أيام شهر رمضان سيودعنا, وعسى الله يتقبل منا صيامنا و أعمالنا الصالحة و من العائدين و الفائزين و كل عام و أنتم بخير.
Salam ‘Idulfitri, maaf zahir batin, Fazli, Roziani, 3 ain – Mohd Fazli Zain ( Sahabat seasrama 98-99 )
Tiada kata seindah zikir..Tiada ibadah seindah puasa..Tiada hari seindah Jumaat.. Tiada bulan seindah Ramadhan..Untuk itu izinkan kedua tapak tangan bertangkup memohon maaf untuk lisan yang terlanjur..Janji yang terabai..Hati yg berprasangka dan semua sikap yg menyakitkan.. Gurau dan senda ada khilaf dan dosa..Harap di maafi segala2nya. Maaf zahir batin..Salam Aidilfitri semoga kita di Rahmati ALLAH SWT sepanjang masa.. TAQABAL MINNA WA MINKUM- Ust Mohd Siroj Abd Lathif
Assalamualaikum’ Apa khabar ? Tangan kami hulur tak kesampaian, senyum diukir tak kelihatan, sms kamii kirim tanda ingatan di aidilfitri kami mohon kemaafan. Selamat Hari Raya Aidilfitri. Ikhlas dari Abdul Azeez Sekeluarga. Wa ilalliqa’ – Abd Azeez, AMAL Kuching
Kulluam antum bikhair – Mohd Syukri, Kuching
شلامت هاري راى عيد الفطري. معف ظاهير دان باطين.. – Mohd Yaacob Juned & Family, Timb Pengerusi Masjid Hidayah, Kidurong
“ Sesungguhnya sahabat itu wujud dari satu pertemuan dgn 10 pertanyaan, 100 keyakinan & 1000 kali pengorbanan serta berjuta2 kali perjuangan dgn satu keikhlasan atas keredhaan ALLAH… Andai seorang sahabat membuat kebaikan, ukirlah di atas batu agar ia tersemat di hati & kekal sebagai memori terindah & seandainya seorang sahabat membuatkesalahan, tulislah ia di atas pasir agar ia hilang ditiup angin kemaafan… “ Selamat Hari Raya Aidilfitri – Mohd Lutfi @ Let dan keluarga ( Rakan sekerja SK OKM )
شلامت هاري راى عيد الفطري. معف ظاهير دان باطين.. – Haizad dan keluarga
SMS yang terus diterima sepanjang 1 Syawal, terima kasih sahabat atas ingatn..
Alhamdulillah, Selamat Hari Raya ‘Eid Mubarak. Taqabballahu minna wa minkum ( semoga Allah menerima amalan2 kita semua). Allahu Akhbar!- Mukhtar Suhaili, Pengerusi AMAL Sarawak
Taqabballahu minna wa minkum ( semoga Allah menerima amal kita semua).Maaf dipinta di atas semua kesilapan. Drpd Iskandariah Roslan, Ina, Nur Iman, Yasmin, Insyirah– Haji Iskandariah Roslan Abd Wahab, MLNG
Salamat Eid Mubarrak. Maaf Zahir dan Batin, jemput ke rumah ana ptg ni, lepas asar sampai malam. 2 hari raya ana ke kch. Tolong ajak kawan2, ok. – Haji Jaafar Ahmad, madrasah Al-Quran
Salam ‘Alayk, Salam ‘Eid Mubarak maaf zahir batin, salam kemenangan n salam graduasi dr madrasah tarbiyah Ramadhan kareem. Smg diterima segala amalan kita, Insyaallah- Mohd Hafiz UPMKB
Masak lemang sambil berdiri, hendak makan di Aidilfitri, nak hantar kad raya, posmen dah cuti, sms sahaja dapat ku beri. Bukan lupa tradisi, tapi ikut teknologi terkini yang ada dihujung jari. Selamat Hari Raya Aidilfitri, Maaf Zahir & Batin - Salawati Walad ( kakak sepupu )
Selamat Hari Raya, Salam Eidilfitri. Semoga Bahagia Sihat Sejahtera, Panjang Umur, Murah Rezeki & Ceria selalu. Kullu aamin Wa antum bi khaer…AMIN ! Mohon Ampun & Maaf….Zahir & Batin. ! Min Ustaz Takrim, Wan Rosnizura, Ayiesha, Aman & Amaniey:-D
Saga baru murah ekonomi…Persona indah dipandang mata.. Waja menawan idaman kalbu…Exora selesa untuk keluarga. Indahnya Aidilfitri bersama keluarga.. Selamat menyambut hari lebaran Ampun dan Maaf dipohon dari saya Alihanz ( EON Bintulu ) 013-833 1818 zlihanz18@yahoo.com
شلامت هاري راى عيد الفطري. معف ظاهير دان باطين.. – Syahrun sekeluarga, Miri Sarawak
Salam. Bari balik dari kubur. Sesungguhnya kematian itu benar, Mizan itu benar, Sirat itu benar, Syurga itu benar, Neraka itu benar, pertemuan dgn ALLAH itu pasti benar. Sesungguhnya,hidup ini indah bila segala2nya adalah kerana Allah. Selamat Hari Raya Aidilfitri, Ampun maaf zahir batin ketelanjuran kata, bahasa pekerti. – Azhan Rashid Sanawi & keluarga ( Rakan serumah sewaktu di kampus UM 2000-2002)
Assalamualaikum Wbt.. mata kadang kala salah melihat….Mulut kadang kala salahbercakap, Hati kadang kala salah menduga…. Maafkan segala kekhilafan yang pasti ada….Sungguh cantik kain pelekat, dipakai orang pergi ke pekan, hari raya semakin dekat, silap dan salah mohon dimaafkan. Berharap padi di dalam lesung, yang ada cumarumpun jerami, harapan hati bertatap langsung, Cuma terlayang sms ini, sebelum cahaya syurga padam, sebelum hidup berakhir, sebelum pintu taubat tertutup, mohon maaf zahir batin…SELAMAT HARI RAYA AIDILFITRI – Cikgu Ibrahim Setok, Nor Hazila, Hasya Irdina, Bintulu
Tulak kasakolah besango dudul, tahaga upeh diulah kurita, Ramadhan talah, syawal mencanggol, takurang talabih barilaanlah, maaf zahir Batin- Ustaz Abd Hadi Ismail, SK Kampung Baru, Bintulu
Sebening air wudhu, Sesuci al-Quran, semerdu alunan takbir, Seindah solat 5 waktu,setenang air yang tiada rasa benci dan dendam…Andai tangan ku tak sempat bersalam dan muka tak sempat bertatap… bukalah pintu kemaafan untukku…” SALAM AIDILFITRI…MAAF ZAHIR BATIN ‘…- Ust Jamit
Slmt hr raya idulfitri, ampunkanlah segala silap n salah. Semoga Allah masukkan kita dalam list kekasihnya. Semoga istiqamah dgn Islam dn Iman- Kamarul ( Koyok BIC)
1 Syawal sudah tiba, Takbir raya menggegar jiwa, Ada salah dan dosa, ampun maaf dipinta. Dihari mulia ini…Salam Aidilfitri…Maaf Zahir daripada kami sekeluarga – Wan Amiruddin, Kuching
Taqoballahu Minni Wa Minka ( may ALLAH accept my ‘amal and your ‘amal ) Selamat Hari Raya ‘Aidilfitri` Happy ‘Eid…- Nurul Sharina, MLNG
السلام عليكم و رحمة الله و بركاته. شلامت هاري راى عيد الفطري. معف ظاهير دان باطين.. – Ishack , Kg Assyakirin
Eid Mubarrak! Moga kedatangan Syawal ini member sinar & kebahagiaan untuk anda & keluarga J Maaf Zahir & Batin..- Zulmokhsar, Bangi Selangor
Buah pala buah kerinji, Buah sagu dibuat kuih, Hari raya 2 hari lagi, Bile nak hantar kuih…? He 3x.. Selamat Hari Raya Maaf Zahir Batin – Shahrul Nizam, Desa Subang Permai
Semoga Aidilfitri ini mnjadi hadiah istimewa bg org2 yg mencapai darjat taqwa seperti anda. Maaf Zahir n Batin..- Mohd Hasbollah Jon, SK OKM Bintulu
. شلامت هاري راى عيد الفطري. معف ظاهير دان باطين..- Ikhlas dari kami sekeluarga Hafiez, Norzee, Aiman, Amjad..Moga sinar aidilfitri ini membawa seribu kenangan & kemaafan sesame kita yang bergelar insane..Maaf Zahir dan Batin – Ustaz Mohd Hafiez Said, Sibu
Hati sedih Ramadhan pergi, hadir syawal pengubat hati. Selamat menyambut Aidilfitri, Maaf dipinta sama diberi. SLAMAT HARI RAYA MAAF ZAHIR & BATIN – Ustaz Ridzuan, Saratok
“ Sesungguhnya sahabat itu wujud dari satu pertemuan dgn 10 pertanyaan, 100 keyakinan & 1000 kali pengorbanan serta berjuta2 kali perjuangan dgn satu keikhlasan atas keredhaan ALLAH… Andai seorang sahabat membuat kebaikan, ukirlah di atas batu agar ia tersemat di hati & kekal sebagai memori terindah & seandainya seorang sahabat membuatkesalahan, tulislah ia di atas pasir agar ia hilang ditiup angin kemaafan… “ Selamat Hari Raya Aidil Fitri – Haji Wan Yusof, Public Bank, Bintulu
Masak lemang sambil berdiri, hendak makan di Aidilfitri, nak hantar kad raya, posmen dah cuti, sms sahaja dapat ku beri. Bukan lupa tradisi, tapi ikut teknologi terkini yang ada dihujung jari. Selamat Hari Raya Aidilfitri, Maaf Zahir wasallam Ikhlas dr : Haji Ramni Abd Malik, Shell
ASSALAMUALAIKUM, SALAM BAHAGIA SEMOGA DIBERKATI ILAHI DIHARI LEBARAN. MAAF ZAHIR & BATIN - Ust Mohd Nawi & Keluarga, Pengarah JAKIM Sarawak.
{ Terima kasih kepada semua penghantar, Insyallah akan dikemaskini berdasarkan sms yang diterima }
Umat Islam akan sambut Aidil Fitri pada Hari Ahad
Pengumuman itu disiarkan menerusi Radio Televisyen Malaysia (RTM).
"Bagi menyempurnakan titah perintah Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong, setelah diperkenan oleh Duli-Duli Yang Maha Mulia Raja-Raja, dengan ini saya mengisytiharkan tarikh Hari Raya Puasa bagi negeri-negeri seluruh Malaysia telah ditetapkan pada hari Ahad, 20 Sept, 2009," katanya.
Tarikh Hari Raya Aidilfitri ditetapkan oleh Penyimpan Mohor Besar Raja-Raja berdasarkan rukyah dan hisab menerusi 29 tempat pencerapan di seluruh negara.
-- BERNAMA
Saturday, September 19, 2009
SMS ucapan Aidil Fitri 1430H
Wadâ’an Yâ Ramadhân, selamat jalan duhai Ramadhan
Selamat tinggal kepada dia yang menyedihkan perpisahannya,
yang merindukan kami kepergiannya. Untuknya kami punya janji yang dijaga, kesucian yang dipelihara, hak yang dipenuhi. Kami ucapakan padanya salam bagimu wahai bulan Allah yang agung! Wahai hari raya para kekasih-Nya!
Selamat Hari Raya Idul Fitri 1430 H.
Mohon maaf lahir & batin
Salam bagimu duhai Ramadhan,
bulan harapan didekatkan, amal disebarkan, keberkahan dialirkan
dosa-dosa dimaafkan.
Selamat Hari Raya Idul Fitri 1430 H. Mohon maaf lahir & batin
Kedatanganmu membahagian kami
Kepergianmu menyedihkan kami
Denganmu Allah swt mengampuni dosa-dosa, memaafkan segala kesalahan
Mengalirkan keberkahan, membuka semua pintu surga dan menutup semua pintu neraka.
Selamat Hari Raya Idul Fitri 1430 H. Mohon maaf lahir & batin
Salam bagimu, duhai bulan Ramadhan
Sahabat yang paling bernilai ketika dijumpai
paling menyedihkan ketika ditinggalkan
kekasih yang ditunggu, yang menyedihkan perpisahannya
Selamat Hari Raya Idul Fitri 1430 H. Mohon maaf lahir & batin
Salam bagimu, duhai bulan Ramadhan
kekasih yang datang membuat gembira dan bahagia
yang meninggalkan kesepian dan dukacita.
tetangga yang bersamanya hati melembut dan dosa berkurang
Selamat Hari Raya Idul Fitri 1430 H. Mohon maaf lahir & batin
Salam bagimu, duhai bulan Ramadhan
penolong yang membantu kami menghadapi setan
yang memudahkan kami jalan-jalan kebaikan
Selamat jalan, duhai bulan kekasihku.
Selamat Hari Raya Idul Fitri 1430 H. Mohon maaf lahir & batin
Salam bagimu, duhai bulan Ramadhan
betapa banyaknya orang yang terbebas di dalammu
betapa bahagianya orang yang menjaga kesucianmu
betapa banyak dosa yang kau hapuskan
betapa banyak aib yang kau tutupi
Selamat Hari Raya Idul Fitri 1430 H. Mohon maaf lahir & batin
Salam bagimu, duhai bulan Ramadhan
betapa banyak dosa yang kau hapuskan
betapa banyak aib yang kau tutupi
betapa panjang hari-harimu bagi pedosa
betapa agung kamu bagi orang beriman.
Selamat Hari Raya Idul Fitri 1430 H. Mohon maaf lahir & batin
Salam bagimu, bulan yang sejahtera segalanya
duhai yang persahabatannya tidak dibenci
duhai yang pergaulannya tidak tercela
Selamat Hari Raya Idul Fitri 1430 H. Mohon maaf lahir & batin
Salam bagimu, bulan yang penuh berkah
kau datang kepada kami membawa berkah
dan kau bersihkan kami dari noda kesalahan
Selamat Hari Raya Idul Fitri 1430 H. Mohon maaf lahir & batin
Salam bagimu, duhai bulan Ramadhan
duhai yang dicari sebelum waktunya
duhai yang ditangisi sebelum kepergiannya
Selamat Hari Raya Idul Fitri 1430 H. Mohon maaf lahir & batin
Salam bagimu, duhai bulan Ramadhan
betapa banyak kejelekan dipalingkan karenamu
betapa banyak kebaikan dilimpahkan kepada kami karenamu
Selamat Hari Raya Idul Fitri 1430 H. Mohon maaf lahir & batin
Salam bagimu dan bagi malam Al-Qadar yang lebih baik dari seribu bulan
betapa senangnya kami kepadamu kemarin
betapa rindunya kami kepadamu esok
kini keutamaanmu ditepiskan dari kami
keberkahan dilepaskan dari kami
Selamat Hari Raya Idul Fitri 1430 H. Mohon maaf lahir & batin
Ya Allah, kami pecinta bulan Ramadhan
Dengannya Kau muliakan kami
Kau untungkan kami
ketika orang durhaka tidak mengetahui waktunya
ketika orang celaka dijauhkan dari keutamaannya
Selamat Hari Raya Idul Fitri 1430 H. Mohon maaf lahir & batin
Ya Allah, bulanmu yang mulia meninggalkan kami
Anugerah-Mu permulaan, ampunan-Mu kebaikan
siksa-Mu keadilan dan ketentuan-Mu sebaik-baiknya pilihan
Selamat Hari Raya Idul Fitri 1430 H. Mohon maaf lahir & batin
Ya Allah
Kausambut orang yang menentang-Mu dengan santun
Kaubiarkan orang yang berbuat zalim pada dirinya
Kautunggu mereka dengan sabar sampai kembali kepada-Mu
Kautahan mereka untuk tidak segera bertaubat
supaya yang binasa tidak binasa karena-Mu
yang celaka tidak celaka karena nikmat-Mu
Selamat Hari Raya Idul Fitri 1430 H. Mohon maaf lahir & batin
Ya Allah,
bagi-Mu segala pujian dengan pengakuan akan keburukan
dan kesadaran akan kelalaian bagi-Mu
dari lubuk hati kami penyesalan yang paling dalam
dari lidah kami permohonan maaf yang paling tulus
Berilah kami pahala dengan segala kekurangan yang menimpa kami di bulan ini
pahala yang menyampaikan pada kemuliaan yang diharapkan
Selamat Hari Raya Idul Fitri 1430 H. Mohon maaf lahir & batin
Ya Allah,
teriring shalawat kepada Rasulullah dan keluarganya
Selamatkan kami dari bencana berkat bulan Ramadhan
Berkahi kami pada hari raya kami dan saat berbuka kami
Jadikanlah ia hari yang terbaik yang melewati kami
yang paling dapat menarik ampunan-Mu
yang paling cepat menghapus dosaku
Ampuni dosa-dosa kami yang tampak dan tersembunyi.
Selamat Hari Raya Idul Fitri 1430 H. Mohon maaf lahir & batin
Ya Allah,
dengan berlalunya bulan ini lepaskan kami dari kesalahan kami
dengan keluarnya bulan ini keluarkan kami dari kesalahan kami
Jadikan kami dengan bulan ini
orang yang paling bahagia
orang yang besar memperoleh bagian
orang yang paling tinggi mendapat keuntungan
Selamat Hari Raya Idul Fitri 1430 H. Mohon maaf lahir & batin
Ya Allah,
dengan berlalunya bulan yang mulia ini
Ampuni dosa-dosa kami
Ampuni ayah dan ibu kami dan kaum mukmin dari dahulu hingga hari
kiamat, wahai Yang Maha Pengasih dari segala yang mengasihi
Selamat Hari Raya Idul Fitri 1430 H. Mohon maaf lahir & batin
Thursday, September 17, 2009
Jumaat ini diumum cuti sekolah
Beliau berkata pemberian cuti khas itu melibatkan semua sekolah dan institusi pendidikan di bawah Kementerian Pelajaran.
Kabinet membuat keputusan tersebut dalam mesyuaratnya hari ini bagi membolehkan ibu bapa membuat perancangan awal perjalanan keluarga bercuti di kampung halaman masing-masing dan mengelakkan kesesakan jalan raya, katanya dalam kenyataan media.
Berikutan keputusan Kabinet itu, surat kementerian berkaitan cuti tambahan sempena hari raya sebelum ini adalah terbatal. BERNAMA