Friday, February 27, 2009

RINTIHAN GURU j-QAF

Malam ini saya sibuk di dalam menyiapkan ayat -ayat sepanduk untuk perarakan sempena Sambutan Maulidurasul peringkat Negeri yang akan diadakan di Bintulu pada 9 Mac 2009 yang akan datang.

Tiba2 sampai sms dari kawan di Limbang, dia suruh saya tgk isu terkini j-QAF di ruangan pembaca Berita Harian. Inilah kandungan surat yang tersiar di dalam akhbar Berita Harian 27 Februari. Sila rujuk .

GURU j-QAF DI SARAWAK DAN SABAH DIABAI

NASIB kami sebagai guru program kelas Jawi, al-Quran dan Fardu Ain (j-QAF) di Sarawak agak malang. Saya rasa guru j-QAF di Semenanjung mungkin berbeza sedikit berbanding kami guru j-QAF yang jauh dari mata dan hati Kementerian Pelajaran. Itupun mungkin kerana mereka dekat dengan kementerian dan media.

Apa juga masalah cepat saja dapat diselesaikan. Apa saja rintihan dan aduan sering mendapat perhatian.

Sudah masuk tahun kelima kami warga j-QAF berbakti di bumi Sarawak, tetapi rasa seperti 15 tahun lamanya. Saya paparkan beberapa masalah yang dihadapi guru j-QAF untuk iktibar dan perhatian bersama.

Pertama, agihan jadual waktu mengajar yang sangat membebankan dan tidak adil. Contohnya, seorang guru j-QAF perlu mengajar 35-45 waktu seminggu berbanding guru lain termasuk guru Pendidikan Islam hanya puratanya 25 waktu.

Paling menyedihkan, kelas tasmik al-Quran j-QAF yang dijalankan di luar waktu persekolahan sering disalah anggap. Kelas percuma itu dikatakan ada elaun.

Seharusnya pihak sekolah memberi taklimat mengenai program j-QAF agar tidak menimbulkan salah sangka.

Namun, guru lain jika mengadakan kelas tambahan seperti Skim Baucer Tuisyen (SBT) dan Kelas Fardu Ain (Kafa), mereka akan dibayar. Purata perbezaan jumlah waktu mengajar antara guru j-QAF dengan guru lain adalah 10 waktu mengajar.

Lebih teruk lagi, kebanyakan sekolah di Sabah dan Sarawak yang tiada pertambahan guru j-QAF, mereka terpaksa mengajar dari Tahun Satu hingga Tahun Lima.

Bayangkan bagaimana persediaan untuk kelas dan rekod serta penilaian yang terpaksa dibuat. Jika banyak kelas dari tahun yang sama tidak mengapa, ini pula lima kelas dari tahun berbeza.

Belum dikira tugas lain lagi, dengan kokurikulumnya, tugas perkeranian, pembantu am rendah dan tukang kebun turut ada dalam senarai tugas guru j-QAF. Muridlah yang menjadi mangsa. Bagaimana hendak menumpukan perhatian jika beginilah keadaannya. Fikirkanlah.

Kedua, kemudahan prasarana j-QAF amat mengecewakan. Jika kementerian sanggup menghabiskan belanja besar untuk mata pelajaran lain, kenapa tidak kepada j-QAF?

Memang betul ada sekolah menikmati kemudahan termasuk seperti bilik j-QAF, alat bantu mengajar, kursus dan latihan serta peruntukan menganjurkan program.

Bagaimanapun, kemudahan itu hanya dinikmati sekolah tertentu. Bayangkan satu kelas terpaksa dibahagikan kepada tiga kumpulan. Kadang-kadang murid terpaksa belajar di padang. Pada zaman moden kini dan Malaysia dikatakan negara maju dalam pendidikan, masih ada fenomena itu. Hakikatnya, Sabah dan Sarawak masih jauh ketinggalan.

Ketiga, guru j-QAF dianggap guru di luar kuota. Ada pentadbir sekolah mengatakan guru j-QAF tidak layak mendapat Anugerah Khidmat Cemerlang (APC) disebabkan status guru j-QAF.

Keempat, pertukaran guru j-QAF secara luar biasa. Ada guru j-QAF yang berjaya mohon pertukaran walaupun kontrak belum tamat. Semua gara-gara ada ‘kabel.’ Kalau kementerian membenarkan pertukaran, janganlah hanya kerana orang yang ada ‘kabel’ lulus.

Kementerian mesti berlaku adil kepada semua guru j-QAF.

Baru-baru ini Bahagian Pendidikan Islam Kementerian Pelajaran mengeluarkan surat menyatakan guru j-QAF akan dipertimbangkan untuk pertukaran dengan syarat - suka sama suka, sudah dilantik dan opsyen yang sama.

Tidakkah melampau dan tidak realistik syarat sebegitu? Alasan mereka mudah saja, tiada pengganti kalau dibenarkan berpindah. Tetapi, kenapa ditempatkan semua guru j-QAF yang baru di Semenanjung?

Kenapa tidak di Sarawak? Sasaran pencapaian j-QAF di Sabah dan Sarawak tidak akan tercapai sekiranya keadaan itu terus berlaku.

Guru j-QAF yang sudah lama di Sarawak dan Sabah sudah luntur semangat mengajarnya dek kerana sikap kementerian yang tidak peka dengan masalah mereka. Kerana itulah ramai guru yang tidak mahu ditempatkan di Sabah atau Sarawak.

Sebenarnya banyak lagi masalah yang terpaksa didiamkan begitu saja. Mungkin inilah cabaran yang terpaksa dihadapi guru j-QAF.

Mungkin guru j-QAF insan yang akan mengembalikan wajah guru yang dulu seperti kata-kata sinis daripada guru lain ‘janganlah berkira sangat, ustazkan pentingkan pahala bukan ganjaran dunia, banyak mengajar dan kerja kira bagus lah.’

Semoga kenyataan berkenaan dizahirkan dengan ikhlas.

GURU j-QAF

TERLUKA,

Daro, Sarawak

Thursday, February 26, 2009

TOL AKAN NAIK HARGA

Kadar tol akan dinaikkan sehingga 33 peratus mulai 1 Mac ini, antaranya termasuk Lebuhraya Utara Selatan.

Dalam pengumuman yang dibuat oleh Menteri Kerja Raya Datuk Ir Mohamad Zin Mohamad, empat lagi leburaya ialah Lebuhraya Sistem Penyuraian Trafik KL Barat (Sprint), Lebuhraya Bertingkat Ampang-Kuala Lumpur (Akleh), Lebuhraya Sungai Besi (Besraya) dan Lebuhraya Baru Pantai (NPE).

Di Lebuhraya Sistem Penyuraian Trafik KL Barat (Sprint), kadar tol di plaza tol Pantai naik setinggi 33 peratus iaitu 50 sen dari RM1.50 kepada RM2 manakala di Plaza tol Damansara pula naik 30 sen dari RM1 kepada RM1.30 (naik 30%).

Kadar tol di Lebuhraya Bertingkat Ampang-Kuala Lumpur (Akleh)(Lebuhraya E12) juga dinaikkan sehingga 33 peratus iaitu sebanyak 50 sen bagi kereta - dari RM1.50 hingga RM2.

Dalam kenyataannya, Mohamad Zin menyifatkan kenaikan kadar tol baru itu sebagai sangat kecil.

Kenaikan kadar tol di lebuhraya-lebuhraya lain ialah:

Lebuhraya Utara-Selatan (Plus): Kadar kenaikan tol untuk sistem kutipan tol tertutup Plus dinaikkan 0.68 sen sekilometer bagi kereta. Bagaimanapun, kenaikan ini tidak membabitkan tol di Plaza Tol Bukit Kayu Hitam, Tambak Johor dan Bangunan Sultan Iskandar.

Kadar tol Lebuhraya Sungai Besi (Besraya): Kadar tol dinaikkan sebanyak 10 sen bagi kereta - dari RM1.30 kepada RM1.40 (naik 7.7%). Bayaran hanya dibuat di Plaza Tol Mines kerana Tol Salak Selatan Jaya telah ditutup mulai semalam.

Lebuhraya Baru Pantai (NPE): Kadar tol dinaikkan sebanyak 40 sen bagi kereta - dari RM1.60 kepada RM2 (naik 25%).

KOMEN SAYA :

Undian di dalam Buletin TV 3 sebentar td, 95% tidak bersetuju dengan kenaikan harga tol di 5 lebuhraya yg terpilih. Manakala 5 % bersetuju akan kenaikan tersebut. Siapa golongan 5 % itu? sendiri jawab la ya.

Alhamdulillah, kami duduk kat Sarawak ni tak terkena tempias kenaikan tol. Kesian kawan2 yang kerja kat area KL / PJ. Kuasa membeli anda akan kurang kerana membayar kenaikan tol. Jalan selamat untuk mengelak...jgn bawa kereta. Betul tak?

Kat Sarawak ni ada 3 tempat tol, motosikal pun kena juga. Jalan yang kena tol ialah di Kuching, Jambatan Lanang di Sibu dan jambatan Sungai Tujuh di Miri ( sempadan Sarawak - Brunei ). Sekali kena mmg mahal. Tp sekali sekala aja. Sejak sy berada di sini ke semua tol di Sarawak sy dah pernah lalu.

Apa pun nasihat saya pada kwn2 semua kena bijak mencari alternatif dan juga rancang perbelanjaan dengan efektif.

Dengan kereta ini kami meronda Sarawak, dari Kuching sampai Limbang melintasi negara Brunei, jauh dah kereta ni jalan.


Wednesday, February 25, 2009

BOLEH PINDAH KE NI ?

Abi mcm mana, nak pindah ker ? tanya umi Ierfan. He he he...habis BIC macamana, perjuangan di sini masih jauh...masih perlukan tenaga kita.

Kita pun belum ada apa2 yg menghalang untuk kita stay sini lagi, lain la suami isteri duduk jauh. Kat sini la peluang untuk kita menambah amal dan mencari pengalaman.

Aku kini sudah masuh tahun ke 5 di bumi Bintulu. Umi baru masuk tahun ke 4, Ierfan baru masuk tahun ke 2.

Tak pe duduk kat sini pun ok, ramai kawan2 antaranya Ustaz Halim, Abang Ghani, Abang Mat, Haji Bakar, Haji Jaafar, Syarizal dan ramai lagi la, sampai tak terbilang dengan jari2 yg ada.

Insyallah, jika sampai masanya, atas kehendak ilahi, kita akan berpindah juga, klu kita tak minta pun Allah akan jemput...pindah ke tempat yang kekal abadi.

Tuesday, February 24, 2009

SEKOLAH KU..... ORANG KAYA MOHAMMAD

Tarikh 14 Februari 2005 tercatat di dalam diari ku yang mana aku telah ditempatkan di sini. Bagi orang yang jarang-jarang sampai ke Bintulu, nama SK Orang Kaya Mohammad mesti tergambar di dalam kepala mereka tentang keindahan namanya setanding dengan kemudahan infrastrukturnya. Namun bagi ku, tak kisah semua itu, lengkap atau tidak kemudahan prasarananya, yang penting niat kita untuk berdakwah itu lebih penting.

Kalau aku pergi kursus samada di kuching atau semenanjung, bila bertaaruf, semua orang akan terpegun bila sebut sahaja SK Orang Kaya Mohammad. Tak tau pulak sebab apa. Apapun di sini aku dapatkan catatan sejarah yang diperolehi daripada Cikgu Rubiah sewaktu aku menyiapkan folio sewaktu praktikum tahun 2006 yang lalu.

SEJARAH SK OKM
  • SK Orang Kaya Mohammad telah wujud sejak 87 tahun yang lalu. Sekolah ini telah dibina oleh Kerajaan Brooke pada tahun 1912.
  • Sekolah ini mula beroperasi dengan seorang tenaga pengajar iaitu Cikgu Abdul Rahman bin Kassim dengan bilangan murid seramai 30 orang sahaja.
  • Tapak asal sekolah ini terletak berdekatan dengan Tugu Peringatan, di tengah-tengah Bandar Bintulu kini. Selepas Perang Dunia Kedua, dalam tahun 1946, bangunan sementara telah dibina oleh Kerajaan Sarawak di tengah-tengah Kampung Sinong bagi menggantikan bangunan lama yang telah rosak.
  • Bangunan SK Orang Kaya Mohammad melalui perubahan fizikal mengikut perubahan masa.
  • Bermula dengan sebuah bangunan yang beratapkan daun nipah dan berdindingkan papan, sekolah ini memulakan langkahnya dengan penuh semangat hingga kini. Reka bentuk yang unik dan bangunan semakin dimamah usia dapat kita lihat pada gambar bangunan awal sekolah ini. Walau pun pada ketika itu Tanah Melayu belum merdeka tapi nilai estatik Melayu dapat kita lihat daripada ukiran-ukiran kayu yang terdapat di dinding dan rabung bangunan itu.
  • Satu blok bangunan kayu yang didirikan pada tahun 1964, yang mempunyai lapan buah bilik darjah masih dapat kita lihat hingga ke hari ini. 41 tahun usianya masih mampu untuk menampung murid-murid yang silih berganti dari setahun ke setahun.
  • Blok bangunan konkrit pula yang didirikan pada tahun 1978, yang mempunyai tujuh bilik darjah juga masih utuh membantu anak didik di SK Orang Kaya Mohammad meneruskan perjuangan mereka dalam menimba ilmu pengetahuan.

SK ORANG KAYA MOHAMMAD MENDAPAT NAMA
  • Kira-kira abad dahulu, Daerah Bintulu ini adalah di bawah jagaan Kerajaan Brunei. Sultan Brunei telah melantik beberapa orang tempatan untuk menjadi wakil dan ketua untuk menjaga ketenteraman dan keselamatan daerah ini. Seorang daripada ketua-ketua itu ialah Mohammad bin Sungan. Beliau merupakan seorang ketua yang cerdik, amanah dan bertanggungjawab di dalam menjalankan tugas-tugas beliau sehingga menjadikan Daerah Bintulu menjadi aman dan damai. Rakan-rakan dan penduduk tempatan menggelar beliau dengan nama “Orang Kaya” atau “Orang Kaya Pemanca Mohammad
  • Bagi mengenang jasa baik, sifat adil dan saksama sebagai seorang pemimpin serta menjaga kebajikan penduduk-penduduk di Daerah Bintulu, maka nama beliau telah diambil sebagai nama sekolah Melayu yang pertama dibina di Daerah Bintulu pada masa itu. Orang Kaya Mohammed School kini dikenali sebagai Sekolah Kebangsaan Orang Kaya Mohammad.

Wajah guru-guru generasi awal

Bangunan lama yang dibina pada tahun 1953

sempena hari guru 1976. Lihatlah wajah anak-anak ini.
Barangkali di kalangan mereka ini dah ada yang jadi pentadbir


Bangunan tambahan baru yang dibina pada tahun 1978

Kerja-kerja gotong royong untuk membaiki surau. Asalnya hanya sebuah stor

Setakat ini dulu catatan tentang sejarah sekolah tempat aku mengajar. Akan datang jika ada kelapangan lagi, aku akan menulis lagi. Sesungguhnya amat besar sekali ruang dakwah di sini. Mudah - mudahan kehadiran ku disini akan memberi manfaat kepada semua. Insyallah.

Monday, February 23, 2009

CATATAN KU...

anak ku bermain dengan kereta baru.
Dengan kereta inilah anak ku cedera sebab terjatuh


kesan cedera di muka akibat tersungkur pada pagi Sabtu lepas

MASA ITU EMAS

Malam ni setelah boring membaca buku, aku surf internet. Saja-saja tgk blog kawan-kawan. Tgk berita terkini, apa yang berlaku terutama isu politik, ekonomi dan sosial. Satu hari tak tgk berita mcm ada ajer yg kurang.

Minggu ini, aku dicutikan ke sekolah kerana aku bertugas di padang sempena MSSS 2009. Jadi bnyk la aktiviti dan program yang dapat aku siapkan Insyallah.

Minggu lepas minggu yang cukup sempit bagi ku kerana masaku bermain dengan anakku cukup terhad. Mana taknya hari Sabtu sepanjang hari berada sekolah, sebelah pagi terlibat dengan ‘ Smart solat ‘ manakala sebelah petang terlibat dengan meeting PIBG dan sebelah malam mengajar di BIC. Kemudian pg Ahad, pagi-pagi lagi ke Miri untuk meeting penyelarasan YAM. Satu hari juga la di sana. Sampai di rumah dah senja kemudian terus pergi mengajar di BIC, balik ke rumah Ierfan dah tidur dan aku pula dah ngantuk, tak sempat makan kerana terlalu letih walaupun Umi Ierfan masak sedap hari tu. Sorry Umi….

UJIAN BAGI KU

Sabtu lepas sewaktu aktiviti ‘ Smart Solat ‘, awal – awal pg lagi aku kemalangan. Jariku terkepit dan tersangkut di celah-celah grill bilik guru. Subhanallah, sakit tak terkata. Mana taknya, pecah jari sampi keluar daging. Tp oleh kerana kerja punya pasal, redha juga buat kerja walau dlm keadaan sakit. Baru sikit, mcm mana saudara2 kita di Palestin tu.

Jam 1.30 petang, Alhamdulillah dapat juga disudahkan program ‘ Smart Solat ‘ dengan kerjasama semua ustaz dan ustazah. Untung dapat ustaz dan ustazah yang sanggup berkorban masa semata-mata untuk menjayakan program ‘ Smart Solat ‘. Terima kasih semua. Cuma laporan belum siap lagi. Minggu ini insyallah siap la tu.

MUSAFIR KE MIRI

Ust Halim sms samada dapat temankan dia ke Miri untuk meeting penyelarasan mesyuarat tahunan YAM. Serba salah, cadang hari Ahad tu nak pg kursus umrah kat Masjid Asykirin. Tak dapat pergi la, Ierfan pergi ngan umi ajer la yer.

Di Miri ramai juga jumpa sahabat masa meeting, antaranya Malsiron Rojikin ( sekarang kat JAIS ). Habis meeting jam 3-15 petang. Bergerak balik lebih kurang 2 jam driving. Sampai di Bintulu lebih kurang 6.30 petang. Bersiap2 nak ngajar mlm ni di BIC. Teringat jaket aku tertinggal kat umah Mukhtar td, terus msg dia. Mmg ada kat sana. Selamat dia kata jaket anta tu.

Inilah catatan yang dapat aku coretkan untuk minggu ini, ampun dan maaf untuk Umi dan Ierfan kerana Abi kurang masa berada di rumah untuk bersama kalian.

Ustazah sedang mengawal selia amali wuduk murid-murid

Ustazah sedang tekun mengajar doa wuduk kepada murid -murid


wajah - wajah ibubapa semasa mesyuarat PIBG

mereka amat komited di dalam pembangunan pendidikan anak-anak mereka


SUJUD TERAKHIRKU

alangkah mulianya mati ketika sujud atau syahid...

Dalam sujud terakhirku, Ya Allah
kuteriakkan Asma Mu sekeras-kerasnya

agar runtuh dinding kesombongan dalam hatiku


Dalam sujud terakhirku Ya Rabbi..

ku menangis sejadi-jadinya
biar kering mata ini
namun basah ladang hati yang gersang


Dalam sujud terakhirku, Ya Rahman...

kulihat semua dosa yang membayangiku

kelam mencengkam jiwa yang lusuh


Dalam sujud terakhirku, Ya Rahim...

biarkan aku patah dalam cahaya Mu

biarkan kemusnahan titik -titik kemunafikan ku
agar ku kembali dalam pelukan hidayah Mu

Dalam sujud terakhirku

biarkan aku hirup nafasku sekali lagi

hanya untuk menyebut nama Mu dan kekasih Mu tercinta

Thursday, February 19, 2009

KISAH YANG PASTI TERJADI KEPADA KITA

semua orang akan merasai alam kubur

Seperti biasa, setelah pulang dari pejabat dan tiba di rumah, aku terus duduk berehat disofa sambil melepas penat. Sepertinya aku sangat malas untuk membersihkan diri dan menunaikan solat.

Sementara anak2 & isteri sedang berkumpul diruang tengah. Dalam keletihan tadi, aku disegarkan dengan adanya angin dingin sepoi2 yang menghembus tepat di muka ku. Selang beberapa lama seorang yang tak tampak mukanya berjubah putih dengan tongkat ditangannya tiba2 sudah berdiri di depan mata.

Aku sangat terkejut dengan kedatangannya yang tiba2 itu. Sebelum sempat bertanya.... . siapa dia.... tiba2 aku merasa dada ku sesak...sukar untuk bernafas.... namun aku berusaha untuk tetap menghirup udara seperti biasa. Yang aku rasakan waktu itu ada sesuatu yang berjalan pelan2 dari dadaku...... terus erjalan..... kekerongkongku.

sakittttttttt. ....... sakit rasanya.

Keluar airmataku menahan rasa sakitnya,...

Oh Tuhan apa yang telah berlaku pd diriku..... Dalam keadaan yang masih sukar bernafas tadi, benda tadi terus memaksa untuk keluar dari tubuhku... kkhh. ........ khhhh..... kerongkonganku berbunyi.

Sakit rasanya, amat teramat sakit..... Seolah tak mampu aku menahan benda tadi... Badanku gementar... peluh keringat meluncur deras.... mataku terbelalak.. ... air mataku seolah tak berhenti. Tangan & kakiku kejang2 sedetik setelah benda itu meninggalkan aku. Aku melihat benda tadi dibawa oleh lelaki misteri itu... pergi... berlalu begitu saja.... hilang dari pandangan.

Namun setelah itu......... aku merasa aku jauh lebih ringan, sehat, segar, cerah... tidak seperti biasanya. Aku heran... isteri & anak2 ku yang sedari tadi ada diruang tengah, tiba2 terkejut berhamburan ke arahku.. Di situ aku melihat ada seseorang yang terbujur kaku ada tepat di atas sofa yang kududuki tadi. Badannya dingin kulitnya membiru.

Siapa dia???????.. .Mengapa anak2 & isteriku memeluknya sambil menangis... mereka
menjerit...histeria . terlebih isteriku seolah tak mau melepaskan orang yang terbujur tadi... Siapa dia......... ..????????

Betapa terkejutnya aku ketika wajahnya dibalikkan. Dia......... dia........ dia
mirip dengan aku.... ada apa ini Tuhan...????????

Aku cuba menarik tangan isteriku tapi tak mampu..... Aku cuba pula untuk merangkul anak2 ku tapi tak berjaya. Aku cuba jelaskan kalau itu bukan aku. Aku cuba jelaskan kalau aku ada di sini.. Aku mulai berteriak... ..

Tapi mereka seolah tak mendengarkan aku. Seolah mereka tak melihatku...
Dan mereka terus-menerus menangis.... aku sedar.. aku sedar bahawa lelaki yang misteri tadi telah membawa rohku. Aku telah mati... aku telah mati.

Aku telah meninggalkan mereka .. tak kuasa aku menangis.... berteriak. ...... Aku tak kuat melihat mereka menangisi mayatku..

Aku sangat sedih.. selama hidupku belum banyak yang kulakukan untuk membahagiakan mereka. Belum banyak yang telah kulakukan untuk membimbing mereka. Tapi waktuku telah habis....... masaku telah terlewat.... aku sudah dikembalikan pada saat aku terduduk di sofa setelah penat seharian bekerja. Sungguh, bila aku tahu aku akan mati, aku akan membahagi waktu bila harus bekerja, beribadah, untuk keluarga
dll.

Aku menyesal aku terlambat menyedarinya. Aku mati dalam keadaan belum sholat.

Oh Tuhan, JIKA kau inginkan keadaanku masih hidup dan masih boleh membaca artikel ini sungguh aku amat sangat bahagia.Karena aku MASIH mempunyai waktu untuk bersimpuh, mengakui segala dosa & berbuat kebaikan sehingga bila maut menjemputku kelak aku telah berada pada keadaan yang lebih bersedia.

Sampai waktu kita akan kembali


Post asal di : http://isuhangat.blogspot.com

NIAT KITA

Ada orang bertanya, tak boring ke, hari-hari mengajar, menghadap muka yang sama, benda yang sama dan pelbagai lagi soalan yang berbentuk soalan provokasi.

Apa jawapan saya. Kau tau, kalau mereka ada rasa boring dan bosan akan kerja mereka, cuba tanya mereka, kau orang tak boring ke, asyik buat benda yang sama, makan, tidur, berjalan guna kaki dan sebagainya. Cuba mereka buat sekali sekala, tak payah makan, tak payah mandi dan tak payah segala-segalanya akan perbuatan dan aktiviti yang mereka selalu buat.

Tugas mengajar adalah fardhu kifayah. Saya teringat kata -kata Dato' Dr. Fadhilah Kamsah, guru adalah ibarat seperti menolak ombak di lautan, kita tolak, datang lagi, kita tolak datang lagi. Sehingga bila, wallahualam. Begitulah tugasan guru, hari ini kita mengajar murid sehingga pandai, dah pandai mereka akan berguru dengan orang lain pula, datang pula murid lain, begitulah seterusnya.

Oleh yang demikian itu, saya telah meletakkan niat mengajar kerana Allah. Dialah yang telah memberi kepadaku rezeki ilmu, kepadanyalah aku membalas dan menunaikan kewajipanku. Kalau kita niatkan tugasan mengajar kita kerana material, mengejar pangkat dan kemewahan semata-mata, lama kelamaan kita akan boring dan bosan.

Oleh sebab itu di dalam doa kita jangan kita lupa berdoa, agar Allah menetapkan hati kita di landasan yang betul dan istiqamah atas jalan Islam.

" Ya Tuhan kami, janganlah Engkau jadikan hati kami condong kepada kesesatan sesudah Engkau beri petunjuk kepada kami, dan kurniakanlah kepada kami rahmat dari sisi Engkau; kerana sesungguhnya Engkau-lah yang Maha Pemberi (kurnia)."

Umi Ierfan bersama anak-anak murid

 

Labels

About This Blog

Labels

Labels

Powered By Blogger

Labels