Saturday, November 15, 2008

Horeyyyy!!!! Keputusan UPSR dah keluar...

Shasha (Atas Sekali), Along, Balqis, Lisa, dan Kak Tie (Duduk Bawah)

13hb November telah diumumkan keputusan UPSR bagi calon-calon yang mendudukinya... Ummu Ierfan ingin berkongsi kejayaan sepupu-sepupu Ierfan. Kak Tie telah mendapat kejayaan cemerlang iaitu 5A, satu keputusan yang tidak disangka-sangka memandangkan personalitinya yang agak pendiam... Manakala Shasha mendapat 3A 2B, cukup mencetuskan rasa cemburu dan ingin memperbaikinya lagi pada peperiksaan akan datang... Walau bagaimanapun TAHNIAH kami ucapkan atas kejayaan semua...

Semoga dengan kejayaan ini akan menjadi suntikan semangat untuk lebih berjaya pada masa akan datang... Juga menjadi cabaran pada sepupu-sepupu yang lain...

IERFAN AKAN BERCUTI DI KAMPUNG

Tarikh 16 November hari yang ditunggu - tunggu, samada abi dan umi lebih - lebih lagi atuk dan nenek di kampung. Insyaallah kalau tidak ada apa aral melintang sampailah kami esok ke Kuala Lumpur.

Lama sudah Ierfan tidak bertemu atuk dan neneknya. Rindu teramat sangat. Kali ini balik boleh lama sikit. Cuti hampir 2 bulan bolehlah, Ierfan lama-lama sikit kat rumah tok nek, atuk dan nenek di Pahang dan Johor.

Ierfan dah boleh naik moto, pandu kereta, pendek kata banyak sudah ilmu baru yang dipelajari minggu ini. Umi Ierfan dah seminggu cuti, masa yang paling seronok bagi Ierfan kerana tak perlu di hantar ke rumah Mak Ana ( pengasuh Ierfan ). Tapi kadang - kadang Ierfan rindu juga terutama dengan Kak Nora.

Gambar- gambar Ierfan terkini:

Sewaktu dinner di sekolah abi. " Ini huruf apa abi "

Berkawan dengan Umar Abd Aziz sewaktu di Masjid Assyakirin

Ierfan menunjukkan kebolehannya bermain getah gelang

Ierfan sedang berfikir, satu hari ini nanti akan kesekolah,
tapi naik basikal ini ker?

 

Labels

About This Blog

Labels

Labels

Powered By Blogger

Labels