Monday, September 21, 2009

1 Syawal kami di Bintulu

keluarga Ierfan

Ini merupakan tahun pertama kami ber'aidilfitri' di Bintulu, tahun lepas kami beraya di Brunei. Walaupun memang terasa sedih juga tidak dapat bersama keluarga, apa pun hp ada, dapat juga bermaafan melalui perantaraan melalu hp.

Seawal jam 7.30 pagi Ierfan telah dikejutkan untuk bersama-sama solat sunat Aidil Fitri di Masjid Darul Hidayah, Kidurong. Suasana masjid ni tidak sibuk seperti kebanyakkan masjid, kerana di sini ramai pendatang ( bukan orang tempatan ) berbanding dengan masjid Assyakirin ( masjid bahagian ) yang sangat sibuk dan penuh sesak dengan pekerja ladang dan orang-orang tempatan yang beraya di Bintulu.

Selesai solat, abuierfan menjemput sahabat untuk datang ke rumah dan selepas itu baru kami mengatur langkah bersama-sama sahabat dan keluarga berziarah sehingga pada waktu petang. Pada petang itu hujan turun sangat lebat. tapi sempat juga kami menghabiskan ziarah ke rumah yang telah dirancang.

Abuierfan teringat suasana raya sewaktu zaman muda-muda dahulu, dah rasa tak semeriah zaman muda-muda dahulu, maklumlah dah berumur ni kemeriahan zaman kanak-kanak telah ditinggalkan. Waktu ni cepat penat dan lesu. Apa pun kami tetap bersyukur dapat meraikan kehadiran Syawal dengan penuh kegembiraan.

Terima kasih kepada kenalan yang sudi menjemput kami bertandang ke rumah mereka. Semoga Allah memberi ganjaran di atas jemputan ziarah mereka.

Gambar semasa raya ;

Ierfan menunjukkan minat pada adik, Ierfan perlukan kawan.
Dah boleh jadi abang dah ni

sempat juga berurut

Tuan Haji Omar sedang memberi duit raya kepada Ierfan, terima kasih

Ziarah BIC ke rumah Tuan Haji Omar Shuib

0 comments:

 

Labels

About This Blog

Labels

Labels

Labels