Sunday, September 20, 2009

Umat Islam akan sambut Aidil Fitri pada Hari Ahad

KUALA LUMPUR, 19 Sept (Bernama) -- Umat Islam di negara ini akan menyambut Hari Raya Aidilfitri esok, demikian diumumkan oleh Penyimpan Mohor Besar Raja-Raja, Engku Tan Sri Ibrahim Engku Ngah Sabtu malam.

Pengumuman itu disiarkan menerusi Radio Televisyen Malaysia (RTM).

"Bagi menyempurnakan titah perintah Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong, setelah diperkenan oleh Duli-Duli Yang Maha Mulia Raja-Raja, dengan ini saya mengisytiharkan tarikh Hari Raya Puasa bagi negeri-negeri seluruh Malaysia telah ditetapkan pada hari Ahad, 20 Sept, 2009," katanya.

Tarikh Hari Raya Aidilfitri ditetapkan oleh Penyimpan Mohor Besar Raja-Raja berdasarkan rukyah dan hisab menerusi 29 tempat pencerapan di seluruh negara.

-- BERNAMA

0 comments:

 

Labels

About This Blog

Labels

Labels

Labels