Monday, September 14, 2009

Selamat Hari Lahir Untuk Isteri Ku



Pertamanya, abi pohon maaf kerana terlambat untuk mengucapkan ucapan " SELAMAT HARI LAHIR UNTUK MU ". Tapi percayalah abi tak pernah lupa akan tarikh-tarikh penting dalam hidup abi. Untuk mu sayang, abi doakan agar di Kau menjadi Isteri yang solehah, Ibu mithali, anak solehah kepada ibu dan ayah, ustazah yang dedikasi dan yang paling penting menjadi hamba Allah kepada Rabbuljalil yang kita akan kembali satu hari nanti. Semoga dirimu berjaya di dunia, lebih lebih lagi diakhirat.

Tapi ingatlah wahai Isteri Ku, selangkah umur kita melangkah, menandakan umur kita makin hampir untuk bertemu Ilahi. Waktu itu segala nikmat dunia yang sementara akan terputus. Ketahuilah wahai isteri Ku, waktu itu yang paling penting bagi kita, anak-anak kita yang mendoakan, ilmu yang bermanfaat yang telah diajar kepada anak didik kita dan harta yang telah kita infaqkan. Oleh itu seboleh mungkin Abi akan mengajak Umi melakukan sebanyak mungkin amal kebajikan, meskipun agak janggal pada mulanya. Alhamdulillah, segala-segalanya dah makin biasa untuk melaksanakannya kini.

Semoga kehidupan kita akan limpahan rahmat dari Ilahi dan sentiasa diberi petunjuk darinya. Insya Allah.

anak kita ' IERFAN ' yang akan kita didik dan asuh bersama-sama

2 comments:

FarEastNajmi said...

Aminn..Moga segala impian menjadi kenyataan. Moga kita semua beroleh kejayaan di dunia dan di akhirat

PELAYARAN KEHIDUPAN said...

Terima kasih sahabat ku Fareast, semoga kita sama-sama beroleh kejayaan di dunia dan akhirat

 

Labels

About This Blog

Labels

Labels

Labels