Monday, June 15, 2009

Syeikh Dr Abd Rahman Sudays



Biodata

Nama sebenarnya ialah Abu Abdel Aziz Abd Rahman Ibnu Abd Rahman Ibn Abdel Aziz bin Abdullah bin Muhammad bin Abdel Aziz bin Muhammad bin Abdullah diberi gelaran dengan as-sudays yang dinisbahkan kepada keturunannya Sudays iaitu satu kabilah Arab yang mashur di Arab Saudi. Beliau lahir pada 1382H / 1962M di Wilayah al-Bakiriyyah dalam jajahan al- Qosim.

Menghafal al-quran 30 juzuk pada usia 12 tahun atas galakkan kedua-dua ibu bapanya yang kuat berpegang kepada ajaran agama islam semasa menetap di Bandar Riyadh yang diselia oleh Syeikh Abdul Rahman bin Abdullah Ali Firyan kemudian dipantau bacaannya oleh pakar munabbih iaitu Sheikh Muhammad Abdul Majid Zakir dan disambung oleh Syeikh Muhammad Ali Hassan dan beberapa guru yang lain.

Memulakan tugas sebagai imam ketika usia mencecah 22 tahun iaitu pada 1984 apabila diamanahkan imam oleh pihak Masjidil Haram mengimami solat Asar dan menyampaikan khutbah pertamanya pada 15 September 1984 iaitu pada Bulan Ramadhan.

Mendapat pendidikan awal di Madrasah al- Muthanna bin Harithah, kemudian di Institut Sains Riyadh di peringkat menengah sebelum menyambung di peringkat MA dan PHD di Universiti Oum al-Qura, Makkah Al-Mukarramah. Beliau menyempurnakan tesisnya PhD dengan tajuk ' Al- Wadih Fi Usul al- Fiqh li Abi al-Wafa' bin Uqail al-Hanbali' iaitu satu kajian ilmiah pada tahun 1996 yang diselia oleh Syeikh Profesor Ahmed Fahmy Abu Sanah yang dibentang di hadapan ulama tersohor Arab saudi iaitu Syeikh Dr. Abdullah bin Abdul Muhsen at-Turki merangkap setiausaha agung Rabitah Alam Islami, Dr Ali bin Abbas al- Hukmi yang merupakan Ketua Pengajian Tinggi Syariah Universiti Oum al-Qura pada waktu itu.

Berkahwin dengan sepupunya, iaitu Fatimah binti Ali bin Abdullah bin Muhammad As-Sudays di mana ayah mertuanya merupakan seorang Qadi yang berkhidmat selama 50 tahun. Beliau dikurniakan 5 anak perempuan dan 4 anak lelaki.

Jawatan pernah disandang

Dilantik sebagai anggota Pendidikan Pengajian Tinggi Syariah di Universiti Oum al-Qura, Makkah, Penyelia dan Penyelaras Kanan Institut Dakwah dan Imam seluruh Arab Saudi yang berpengkalan di Makkah al - Mukarramah. Jawatan yang beliau sandang sekarang ini sejak pertengahan 90-an secara rasmi ialah Imam dan khatib di Masjidil Haram sehingga kini di samping menjadi rujukan dalam pelbagai aktiviti keagamaan, bukan sahaja di dalam negara malah sering diundang dalam program-program agama di rantau Asia, Arika, Amerika, Eropah dan Amerika.

[ Sesungguhnya beruntung sungguh kedua ibubapa beliau. Kami juga mengharapkan agar Ierfan akan menjadi seperti beliau satu hari nanti. Ketika di Makkah, bila mendengar suara imam, yang mengimami solat fardhu aku berdoa agar satu hari nanti anak aku juga akan menjadi Imam di Masjidil Haram. Mudah-mudahan Allah mendengar suara hati dan doaku. ]

1 comments:

FarEastNajmi said...

Insya Allah,,Ibrahim...moga doamu dimakbulkan...
Doakan Faiz Najmi juga yer..jadi imam masjid nabawi..:) seperti Imam Syeikh Rashid al-masyari

 

Labels

About This Blog

Labels

Labels

Labels