Tuesday, June 23, 2009

Tugas ku bermula kini



Lama juga untuk aku menyesuaikan diri dengan keadaan persekitaran dan masa. Hanya selepas balik dari umrah, aku perlu settting diri untuk meneruskan kerja yang sangat banyak. Tambahan pula anakku Ierfan kini, banyak karenahnya, kena layan sentiasa, barangkali di kampung ramai kawan-kawan yang melayannya. Sampai di sini sunyi, hanya abi dan umi yang menemani. Tak pa la anak, sikit masa lagi anak akan biasa sesuaikan diri dengan keadaan seperti ini.

Hari ini berlangsung, pertemuaan guru Pendidikan Islam untuk Zon Kemena yang melibatkan 5 buah sekolah iaitu SK OKM, SK Jepak, SK Bintulu, SK Kg Baru dan SK Assyakirin. Pertemuan yang memakan masa separuh hari itu, mampu menyelesaikan beberapa perkara, antaranya ialah pengurusan fail panitia dan e-laporan.

Tugas aku ialah memberi penerangan berhubung dengan pengisian fail dan memastikan fail wujud mengikut instrumen pemantauan yang akan digunapakai oleh para nazir dan pegawai dari BPI KPM yang datang pada 14 - 16 Julai 2009. Sebenarnya pengisiannya tidak susah, cuma untuk maintain update itu agak sukar bagi kebanyakkan guru.

Ini merupakan keterlibatanku yang kedua, yang pertama melibatkan Zon Tatau yang telah diadakan sebelum cuti yang lalu. Esok dan hari seterusnya aku akan terlibat lagi untuk memeriksa fail-fail dari Zon Kidurong dan beberapa zon lagi. Inilah sebahagian dari tugas JU. JU perlu bersedia dan pada masa yang sama maklumat berkenaan j-QAF perlu terkini, barulah digelar Jurulatih Utama atau nama lamanya Guru Sumber.

Apa pun aku terima kerja ini dengan rasa ikhlas atas niat untuk membantu memperkukuhkan pengurusan j-QAF dan pada masa yang sama untuk memastikan anak-anak muslim benar-benar mendapat peluang pendidikan agama yang berterusan di bawah program j-QAF.

0 comments:

 

Labels

About This Blog

Labels

Labels

Powered By Blogger

Labels