Friday, May 15, 2009

Selamat Hari Guru : Guru Pembina Negara Bangsa



Berburu ke padang datar,
Dapat rusa belang kaki;

Berguru kepalang ajar,
Ibarat bunga kembang tak jadi.

(Dedikasi kepada Hari Guru dan guruku tercinta)

Dialah pemberi paling setia
Tiap akar ilmu miliknya
Pelita dan lampu segala
Untuk manusia sebelum manjadi dewasa.

Dialah ibu dialah bapa juga sahabat
Alur kesetiaan mengalirkan nasihat
Pemimpin yang ditauliahkan segala umat
Seribu tahun katanya menjadi hikmat.

Jika hari ini seorang Perdana Menteri berkuasa
Jika hari ini seorang Raja menaiki takhta
Jika hari ini seorang Presiden sebuah negara
Jika hari ini seorang ulama yang mulia
Jika hari ini seorang peguam menang bicara
Jika hari ini seorang penulis terkemuka
Jika hari ini siapa saja menjadi dewasa;
Sejarahnya dimulakan oleh seorang guru biasa
Dengan lembut sabarnya mengajar tulis-baca.

Di mana-mana dia berdiri di muka muridnya
Di sebuah sekolah mewah di Ibu Kota
Di bangunan tua sekolah Hulu Terengganu
Dia adalah guru mewakili seribu buku;
Semakin terpencil duduknya di ceruk desa
Semakin bererti tugasnya kepada negara.

Jadilah apa pun pada akhir kehidupanmu, guruku
Budi yang diapungkan di dulang ilmu
Panggilan keramat "cikgu" kekal terpahat
Menjadi kenangan ke akhir hayat.

Nukilan SN Dato Usman Awang


  • Buat semua guruku yang telah mendidikku. Semoga diri mu sentiasa mendapat rahmat dan keredaan dari ilahi.
  • Kepada guru-guruku yang telah pergi menemui ilahi, semoga ilmu kalian berterusan, ibarat seperti air yang mengalir
  • Guru - guru ku :
  • Darjah 1 - Cikgu Zaiton
  • Darjah 2 - Cikgu Rofie Saring
  • Darjah 3 - Cikgu Othman
  • Darjah 4 - Cikgu Fauziah
  • Darjah 5 - Cikgu Mat Som
  • Darjah 6 - Cikgu Ismail
  • Tingkatan 1 - Ustazah Sabariah
  • Tingkatan 2 - Ustaz Misron
  • Tingkatan 3 - Cikgu Norlia
  • Tingkatan 4 - Ustazah Kasmah
  • Tingkatan 5 - Ustazah Kasmah
  • Tingkatan 6 - Ustazah Zakiah Radzi
  • Cikgu Haliza Hanum Mohideen
Didoakan kepada mereka agar beroleh kesihatan dan kegembiraan, kebanyakkan mereka telah berpencen. Anak didikmu yang menyambung tugas mu.

Tuesday, May 12, 2009

Masa itu amat berharga

Pertamanya mohon maaf kepada penjengguk setia kerana blog saya ini tidak dikemaskini dengan baik. Ini adalah kerana kesibukan yang amat melampau dengan tugasan-tugasan wajib dan sunat. Apapun insyallah saya akan memberi sumbangan yang terbaik untuk kalian.

Bulan April dan Mei adalah bulan yang amat singkat bagi saya, terlalu banyak aktiviti dan program untuk saya laksanakan. Namun demikian, tidak apa, moga-moga ada keberkatan dan ganjaran atas pengorbanan masa, tenaga dan harta untuk Islam. Semua yang saya laksanakan tidak lain, bukan...hanya untuk ISLAM.

Apa aktiviti dan program yang saya sedang buat dan usahakan :
  1. Pemantauan PI bersama Unit Pendidikan Islam PPD ( selaku JU Kurikulum )
  2. Mengemaskini rekod dan fail j-QAF
  3. Membuat soalan ujian
  4. Menguruskan program bersama Ustaz Ellias dan guru - guru atas program JAKSA
  5. Siap sedia untuk urusan beribadah ( umrah ) di Makkah
Mudah-mudahan apa yang dirancang ini akan dipermudahkan oleh Allah.Insyaallah.

Monday, May 11, 2009

Berita gembira buat yang cintakan keamanan dan kestabilan politik

[Hari ini berita gembira dan terbaik buat rakyat Malaysia yang cintakan keamanan dan kesejahteraan, apabila isteriku memaklumkan YAB Nizar menang dan sah sebagai MB Perak. Sambil itu juga, hp berbunyi menandakan sms masuk yang menyatakan kemenangan YAB Nizar. Minggu lepas politik Malaysia diwarnai dengan pelbagai duka dan tidak sepatutnya berlaku, orang berilmu seolah-olah tidak berilmu bila mana mereka merampas kuasa speaker. Sepatutnya keputusan mahkamah tinggi diumumkan pada hari Jumaat itu juga, tapi takdir Allah mengatasi segala-galanya. Tapi hari ini alhamdulillah, segala-galanya berakhir.]
Baca berita lanjut.

Kemaskini 4.30pm : Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur mengumumkan Datuk Seri Mohamad Nizar Jamaluddin sebagai menteri besar sah Perak setelah digugurkan jawatan tersebut, awal Februari lalu.

Mahkamah juga memutuskan menteri besar BN Datuk Seri Zambry Abdul Kadir dan enam exconya mengosongkan dengan kadar segera pejabat mereka - di Bangunan Perak Darul Ridzuan di Ipoh.

Dalam penghakimannya, hakim Abdul Aziz Abd Rahim berkata seseorang menteri besar hanya boleh dipecat melalui undi tidak percaya di DUN, seperti kes Stephen Kalong Ningkan.

Hakim menambah, dalam kes pelucutan Mohamad Nizar, tiada persidangan dewan diadakan untuk meluluskan usul sedemikian.

Dalam penghakimannya, Abdul Aziz berkata jika Sultan Perak mahu meletakkan Mohamad Nizar meletakkan jawatan, maka baginda sepatutnya mengambil sidang DUN untuk mengemukakan usul tersebut.

Permohonan peguam Zambry, Cecil Abraham untuk menangguhkan penghakiman tersebut ditolak oleh mahkamah.

Mengulas kemenangannya, menteri besar Pakatan Rakyat itu berkata beliau akan menghadap Sultan Perak berhubung penghakiman mahkamah tersebut.

Pada 13 Februari lalu, Mohamad Nizar memfailkan saman mencabar pelantikan Zambry di kompleks mahkamah Jalan Duta, kira-kira seminggu selepas rampasan kuasa BN dan sekali gus pelantikan wakil rakyat BN itu.

Mohamad Nizar, ADUN Pasir Panjang, juga memohon mahkamah mengeluarkan perintah perisytiharan bahawa Zambry yang dilanti 6 Februari lalu tidak berhak memegang jawatan menteri besar.

Dalam permohonan itu, wakil rakyat PAS itu mendakwa beliau masih menteri besar yang sah atas tiga alasan berikut:

(i) Tidak terdapat pembubaran DUN Perak;

(ii) Tidak terdapat usul tidak percaya diambil dan diterima pakai oleh DUN terhadapnya sebagai menteri besar Perak; dan

(iii) Tidak terdapat peletakan jawatan menteri besar Perak.

"Melalui kenyataan media pejabat Sultan pada 5 Februari 2009, Sultan bertitah tidak akan membubarkan DUN dan sekiranya saya serta ahli majlis mesyuarat negeri tidak meletakkan jawatan, jawatan kami akan dianggap kosong.

"Saya menegaskan bahawa walaupun terdapat usaha mengusir saya daripada jawatan menteri besar Perak, saya masih menteri besar dan masih menjalankan fungsi dan tugas dengan baik, cermat dan adil," katanya dalam afidavit, menyokong permohonan itu.

Mohamad Nizar juga memohon mahkamah mengeluarkan perintah supaya responden memberikan tunjuk sebab bagaimana dan di bawah dasar apa Zambry, sebagai responden, berhak memegang jawatannya sekarang.

Beliau mendakwa responden secara tidak sah mengambil dengan tiada hak dan merampas jawatan menteri besar, serta menjalankan tanggungjawab, fungsi dan tugas sebagai menteri besar secara tidak sah dan bercanggah dengan Undang-undang Tubuh Kerajaan Negeri Perak.

Nizar juga memohon perintah injunksi bagi menghalang responden daripada melaksanakan tanggungjawab dan tugas-tugas menteri besar di negeri itu.-Malaysiakini.

Wednesday, May 6, 2009

Video Muhasabah Diri

Monday, May 4, 2009

Jemputan khas ' Kapal Seri Balqis '

Kapal Seri Balqis belayar merentas samudera

Hari ini saya menerima jemputan khas, MISC, MLNG dan Lembaga Pelabuhan Bintulu untuk membaca doa di atas kapal ' Seri Balqis ' sempena penerimaan kapal baru oleh Malaysian LNG. Apapun sebenarnya jutaan terima kasih ditujukan kepada Saudara Ramlee Salleh di atas usaha beliau yang menginginkan sangat untuk saya sampai ke Kapal Seri Balqis yang baru tiba pada hari Jumaat yang lalu.

Dikhabarkan, kapal ini dah siap loading dan akan siap sedia untuk bergerak pada pukul 1 tengahari ini untuk ke Korea. Kapal yang membawa muatan gas cecair bertan-tan ini mampu dikemudi dan diuruskan oleh anak tempatan yang masih muda-muda lagi. Kalau tidak silap kapten kapal hampir sebaya dengan saya.

Antara aktiviti pada pagi tadi ialah bacaan doa selamat, ucapan kapten kapal, acara pertukaran cenderamata antara MISC, MLNG dan Lembaga Pelabuhan Bintulu. Selesai majlis rasmi, kami disajikan makan tengahari dan seterusnya sesi fotografi. Kemudian kami dibawa melawat keseluruh bahagian kapal. Terima kasih kepada semua atas layanan yang diberikan.

Inilah pengalaman pertama, dapat masuk Komplek MLNG yang kawalan keselamatan cukup ketat. Setakat untuk sampai ke tempat kapal, saya terpaksa melalui 4 kawalan keselamatan. Di sana juga tidak dibenarkan menggunakan handphone ( terpaksa off ) dan juga dilarang sama sekali merokok.

Habis program lebih kurang jam 12.15 tengahari. Kami keluar dari kapal dengan menuruni anak tangga yang mana ketinggiannya 4 tingkat, kemudian berjalan lebih kurang 600 meter untuk sampai ke darat. Menurut mereka apabila kapal berlabuh, kenderaan berenjin tidak dibenarkan untuk sampai ke tempat kami naik ke kapal. Terpaksa menapak jawabnya. Memang letih sangat berjalan tadi, ditambah dengan cuaca dan bahang laut yang panas. Apapun, saya cukup berpuas hati dapat masuk MLNG dan naik atas Kapal Seri Balqis.

Inilah gambar yang sempat dirakamkan semasa lawatan pagi tadi.

Kapal Seri Samudera berlabuh di Tanjung Kidurong, Bintulu

Bacaan doa oleh abuierfan

Antara tetamu jemputan yang hadir

Sesi fotografi bersama orang penting MLNG, MISC, BPSB

Jamuan makan disediakan untuk kami

Belajat melihat radar

Pengemudi kapal junior yang perlu bimbingan

Saturday, May 2, 2009

Video Klip ' Larian AMAL ' OKMS 2009

Larian AMAL Anjuran PIBG SKOKM 2009

2 Mei , Bintulu : PIBG SK Orang Kaya Mohammad telah berjaya mengadakan larian AMAL yang memberi ruang penyertaan kepada ibubapa dan guru. Program yang bermula seawal jam 6.30 pagi ini mendapat sambutan dari ibubapa dan guru-guru.

Photo Flipbook Slideshow Maker

Meskipun program ini telah dirancang sejak tahun lepas, namun ianya tidak berjaya dilaksanakan, tetapi alhamdulillah pada tahun ini, ianya berjaya diadakan dengan sokongan yang padu dari ibubapa dan guru-guru. Antara objektif utama yang digariskan di dalam pelaksanaan program ini selain untuk mengeratkan kerjasama antara ibubapa dan guru-guru, ialah untuk memberi ruang kepada ibubapa dan guru-guru membantu pihak sekolah di dalam mencari dana tambahan untuk memperbaiki infrastruktur dan pelaksanaan program-program yang akan dikelolakan oleh pihak sekolah.

Syabas kepada AJK PIBG kerana telah berjaya menghimpunkan sejumlah lebih RM 20 ribu. Mudahan dengan dana yang telah diusahakan oleh sebilangan besar ibubapa akan memberi manfaat yang besar kepada anak didik SK Orang Kaya Mohammad.

Terima kasih yang tidak terhingga kepada penyelaras utama Cikgu Ali Mahmud dan seluruh AJK PIBG dan guru-guru, tidak dilupakan juga kepada YDP En Wan Zainal Abidin Wan Abd Rahman dan Guru Besar Cikgu Abidah Semail atas sokongan menjayakan program ini.

Berikut gambar-gambar semasa aktiviti larian AMAL.

AJK pendaftaran sedang sibuk mendaftar para peserta larian AMAL

Si cilik ' IERFAN ' nak turut serta larian,
tetapi tidak diterima atas alasan tak cukup umur.


Penyelaras program Cikgu Ali menerangkan jalan yang akan dilalui

Senamrobik memulakan acara pagi yang diketuai oleh Cikgu Herunisah

YDP PIBG ceria bersama para peserta mengikuti serta senamrobik

Ustazah Siti sedang membuat warming up untuk ikut serta larian AMAL

Para peserta bersedia untuk memulakan larian

No 1, tengok siapa yang dapat?

Jeng ! jeng ini kah dia juara ?
 

Labels

About This Blog

Labels

Labels

Powered By Blogger

Labels