Friday, May 15, 2009

Selamat Hari Guru : Guru Pembina Negara Bangsa



Berburu ke padang datar,
Dapat rusa belang kaki;

Berguru kepalang ajar,
Ibarat bunga kembang tak jadi.

(Dedikasi kepada Hari Guru dan guruku tercinta)

Dialah pemberi paling setia
Tiap akar ilmu miliknya
Pelita dan lampu segala
Untuk manusia sebelum manjadi dewasa.

Dialah ibu dialah bapa juga sahabat
Alur kesetiaan mengalirkan nasihat
Pemimpin yang ditauliahkan segala umat
Seribu tahun katanya menjadi hikmat.

Jika hari ini seorang Perdana Menteri berkuasa
Jika hari ini seorang Raja menaiki takhta
Jika hari ini seorang Presiden sebuah negara
Jika hari ini seorang ulama yang mulia
Jika hari ini seorang peguam menang bicara
Jika hari ini seorang penulis terkemuka
Jika hari ini siapa saja menjadi dewasa;
Sejarahnya dimulakan oleh seorang guru biasa
Dengan lembut sabarnya mengajar tulis-baca.

Di mana-mana dia berdiri di muka muridnya
Di sebuah sekolah mewah di Ibu Kota
Di bangunan tua sekolah Hulu Terengganu
Dia adalah guru mewakili seribu buku;
Semakin terpencil duduknya di ceruk desa
Semakin bererti tugasnya kepada negara.

Jadilah apa pun pada akhir kehidupanmu, guruku
Budi yang diapungkan di dulang ilmu
Panggilan keramat "cikgu" kekal terpahat
Menjadi kenangan ke akhir hayat.

Nukilan SN Dato Usman Awang


  • Buat semua guruku yang telah mendidikku. Semoga diri mu sentiasa mendapat rahmat dan keredaan dari ilahi.
  • Kepada guru-guruku yang telah pergi menemui ilahi, semoga ilmu kalian berterusan, ibarat seperti air yang mengalir
  • Guru - guru ku :
  • Darjah 1 - Cikgu Zaiton
  • Darjah 2 - Cikgu Rofie Saring
  • Darjah 3 - Cikgu Othman
  • Darjah 4 - Cikgu Fauziah
  • Darjah 5 - Cikgu Mat Som
  • Darjah 6 - Cikgu Ismail
  • Tingkatan 1 - Ustazah Sabariah
  • Tingkatan 2 - Ustaz Misron
  • Tingkatan 3 - Cikgu Norlia
  • Tingkatan 4 - Ustazah Kasmah
  • Tingkatan 5 - Ustazah Kasmah
  • Tingkatan 6 - Ustazah Zakiah Radzi
  • Cikgu Haliza Hanum Mohideen
Didoakan kepada mereka agar beroleh kesihatan dan kegembiraan, kebanyakkan mereka telah berpencen. Anak didikmu yang menyambung tugas mu.

0 comments:

 

Labels

About This Blog

Labels

Labels

Labels