Monday, May 18, 2009

Catatanku hari ini....

Minggu ini adalah minggu yang paling sibuk buat ku. Mana taknya, minggu depan dah berangkat untuk menunaikan umrah, tiket ke Kuala Lumpur masih belum dibeli kerana mengharapkan waran perjalanan percuma. Katanya ada, dari sehari ke sehari, masih menunggu. Sabar!! Sekarang ini, kami di sekolah sedang sibuk menyusun atur dan mengemaskini fail-fail yang masih belum terurus dengan baik. Dalam pada itu, musim peperiksaan datang lagi, terpaksa berhempas pulas pula menyudahkan dan menyiapkan soalan . Minggu lepas, mujurlah sudah selesai Kem Bestari Solat siri 2 yang melibatkan tahun 1,2,3,4 dan 5. Alhamdulillah selesai untuk setakat itu. Umi Ierfan pula seperti biasa memang terpaksa menyiapkan kertas - kertas soalan untuk anak - anak muridnya. Ummu Ierfan mengajar kelas peperiksaan PMR dan SPM. Dia buat kerja sewaktu Ierfan dah tidur, pukul 11 baru nak mula.

Berita baik untuk kami hari ini, keputusan PTK....alhamdulillah, sama result saya dengan Ummu Ierfan. Kena berpuashati juga, walaupun tak dapat sepenuhnya, kena ambil satu paper lagi. Insyaallah Bulan Ogos nanti.

Berita tak baik yang mengejutkan saya ialah, pembatalan penggunaan dewan auditorium BDA di saat akhir sebelum program bermula. Ketika ini, saya sedang menguruskan satu seminar guru Islam tentang sahsiah diri dan profesionalisme perguruan, tetiba sahaja dimaklumkan tadi bahawa dewan auditorium BDA tak dapat digunakan. Kena cari plan lain pula, tengah pening juga sekarang ni.

Minggu ini akan diadakan sambutan hari guru untuk guru-guru Islam. Program tersebut bermula pada hari Khamis ( 21/5/09) di Masjid Darul Hidayah. Syukur Ustaz Izwan dapat mengatur tiket penceramah iaitu Ustaz Ellias Hj Zakaria dari USM Minden Pulau Pinang. Mudah-mudahan dengan kehadiran yang berbahagia ustaz itu nanti akan mengisi sebanyak ruang kekosongan di dalam diri setiap individu khususnya yang berkaitan dengan ilmu pendidikan dan dakwah terutama bagi mereka yang bergelar guru-guru. Terima kasih di atas sokongan sahabat-sahabat.

" Terus ISTIQAMAH mendokong ISLAM "

0 comments:

 

Labels

About This Blog

Labels

Labels

Powered By Blogger

Labels