Monday, May 4, 2009

Jemputan khas ' Kapal Seri Balqis '

Kapal Seri Balqis belayar merentas samudera

Hari ini saya menerima jemputan khas, MISC, MLNG dan Lembaga Pelabuhan Bintulu untuk membaca doa di atas kapal ' Seri Balqis ' sempena penerimaan kapal baru oleh Malaysian LNG. Apapun sebenarnya jutaan terima kasih ditujukan kepada Saudara Ramlee Salleh di atas usaha beliau yang menginginkan sangat untuk saya sampai ke Kapal Seri Balqis yang baru tiba pada hari Jumaat yang lalu.

Dikhabarkan, kapal ini dah siap loading dan akan siap sedia untuk bergerak pada pukul 1 tengahari ini untuk ke Korea. Kapal yang membawa muatan gas cecair bertan-tan ini mampu dikemudi dan diuruskan oleh anak tempatan yang masih muda-muda lagi. Kalau tidak silap kapten kapal hampir sebaya dengan saya.

Antara aktiviti pada pagi tadi ialah bacaan doa selamat, ucapan kapten kapal, acara pertukaran cenderamata antara MISC, MLNG dan Lembaga Pelabuhan Bintulu. Selesai majlis rasmi, kami disajikan makan tengahari dan seterusnya sesi fotografi. Kemudian kami dibawa melawat keseluruh bahagian kapal. Terima kasih kepada semua atas layanan yang diberikan.

Inilah pengalaman pertama, dapat masuk Komplek MLNG yang kawalan keselamatan cukup ketat. Setakat untuk sampai ke tempat kapal, saya terpaksa melalui 4 kawalan keselamatan. Di sana juga tidak dibenarkan menggunakan handphone ( terpaksa off ) dan juga dilarang sama sekali merokok.

Habis program lebih kurang jam 12.15 tengahari. Kami keluar dari kapal dengan menuruni anak tangga yang mana ketinggiannya 4 tingkat, kemudian berjalan lebih kurang 600 meter untuk sampai ke darat. Menurut mereka apabila kapal berlabuh, kenderaan berenjin tidak dibenarkan untuk sampai ke tempat kami naik ke kapal. Terpaksa menapak jawabnya. Memang letih sangat berjalan tadi, ditambah dengan cuaca dan bahang laut yang panas. Apapun, saya cukup berpuas hati dapat masuk MLNG dan naik atas Kapal Seri Balqis.

Inilah gambar yang sempat dirakamkan semasa lawatan pagi tadi.

Kapal Seri Samudera berlabuh di Tanjung Kidurong, Bintulu

Bacaan doa oleh abuierfan

Antara tetamu jemputan yang hadir

Sesi fotografi bersama orang penting MLNG, MISC, BPSB

Jamuan makan disediakan untuk kami

Belajat melihat radar

Pengemudi kapal junior yang perlu bimbingan

0 comments:

 

Labels

About This Blog

Labels

Labels

Powered By Blogger

Labels