Saturday, May 2, 2009

'SONY ' Pilihan Kami


'Olympus' digital kamera kami yang sakit dan sedang dirawat di Kuala Lumpur

Hari ini kami terpaksa membeli kamera baru kerana kamera yang sedia ada telah cedera dan sedang dirawat dalam tempoh waktu yang tidak diketahui masanya. Digital kamera kami terpaksa diterbangkan ke Malaya disebabkan di sini tidak dapat untuk membaikinya.

Untuk mengatasi masalah ini, kami terpaksa mencari kamera alternatif dan kami telah memilih Sony sebagai pilihan kami. Sebelum ini kami menggunakan Olympus. Susah juga sebagai blogger kalau alat untuk mem'blogger' terpaksa memohon ihsan orang lain. Memang hajat nak membeli handycamp, tetapi saiznya besar dan susah untuk dibawa,lagipun kurang praktikal sikit untuk aktiviti-aktiviti lasak.

Apapun kami berpuasa hati dengan pilihan ini, kerana di sini ada pusat servis Sony selain fungsinya mesra pengguna walaupun kami belum explore sepenuhnya lagi. Mudah-mudahan digital camera pilihan kami ini bersedia untuk memberi sumbangan kepada tuannya dengan semaksimum mungkin.

Digital kamera 'Sony' yang baru dimiliki oleh abuierfan.blogspot.com

Laptop yang banyak membantu di dalam urusan mem'blogger'

0 comments:

 

Labels

About This Blog

Labels

Labels

Labels