Monday, May 25, 2009

Seminar Peningkatan Sahsiah & Profesionalisme

Banner " Seminar Peningkatan Sahsiah & Profesinalisme Guru Islam

Bintulu - Jawatankuasa Kecemerlangan Sahsiah & Akademik telah berjaya menganjurkan Seminar Peningkatan Sahsiah dan Profesionalisme Guru Islam dengan kerjasama JAKIM Cawangan Sarawak, JAIS Cawangan Bintulu, Baitulmal Cawangan Bintulu dan Badan Harakah Islamiah BDA ( BAHARIS ). Program yang diadakan di Mini Auditorium Perpustakaan BDA ini telah di hadiri oleh 150 orang guru Islam yang terdiri dari sekolah-sekolah rendah dan menengah di seluruh Bintulu.

Aktiviti pengendalian seminar ialah dengan slot ceramah yang telah disampaikan oleh 3 orang penceramah yang berautoriti di dalam bidang-bidang mereka. Penceramah dan tajuk yang disampaikan oleh mereka ialah :

Ustaz Haji Ibrahim Haji Hailee ( Penolong Pengarah Bahagian Dakwah, JAKIM Sarawak )
Tajuk : Kepentingan nilai dalam organisasi

Ustaz Haji Mohd Yusri Zain ( Baitulmal Sarawak )
Tajuk : Keperluan mengeluarkan zakat pendapatan

Ustaz Haji Ellias Haji Zakaria ( Pensyarah Universiti Sains Malaysia )
Tajuk : Ciri - ciri pendidik pewaris nabi

Perasmian penutup telah disempurnakan oleh Pegawai PPD, Puan Fatimah Matair. Turut hadir juga para penasihat JAKSA yang terdiri daripada En Abdul Muin Abdul Kassim, Ustaz Ahmad Mukkarom Hilal dan En Shafian Japar. Turut serta juga AJK tertinggi JAKSA iaitu Ustaz Mahdi Lamit dan Ustaz Salehuddin Abu Samah. Persembahan penutup dimulakan dengan alunan zikir Asma ul Husna, tayangan montaj program JAKSA dan persembahan kumpulam nasyid dari murid-murid SK Jepak.

Pihak jawatankuasa memohon kemaafan di atas segala kekurangan dan kelemahan di dalam penganjuran program. Terima kasih yang tidak terhingga kepada agensi-agensi yang bekerjasama untuk menganjurkan program tersebut. Tidak dilupakan juga kepada semua guru-guru yang telah memberi sokongan untuk hadir sebagai peserta dan kepada semua AJK pelaksana program anggaplah sumbangan tenaga ini sebagai amal jariah untuk menyebarkan dakwah. Mudah-mudahan segala usaha dan kerja kita ini akan mendapat ganjaran dari Allah dengan keikhlasan kita bekerja. Teruskan menyokong program JAKSA.

" Guru Bersahsiah Mulia Pembina Generasi Bertaqwa "


0 comments:

 

Labels

About This Blog

Labels

Labels

Powered By Blogger

Labels