26 April 2009 - Bintulu, Selama 3 hari 2 malam kami berkampung di Kelab Kidurong Bintulu untuk melaksanakan tugasan amal iaitu Qiyadah Training Course 2009. Program yang dianjurkan Jawatankuasa Kecemerlangan Sahsiah & Akademik ini melibatkan pimpinan pelajar di sekolah-sekolah menengah di Bahagian Bintulu.
Selaku setiausaha program, saya mengucapkan ribuan terima kasih kepada semua pihak yang telah bersama-sama membantu dan menyumbang tenaga samada secara langsung atau tidak. Kepada Panitia Pendidikan Islam, teruskan usaha untuk mengawal mereka yang telah dilatih untuk menjadi pimpinan dan contoh kepada rakan - rakan mereka yang lain.
Penghargaan kepada Ustaz Khalipah Juli dan Tuan Haji Kadir Jaya selaku penasihat, semua Ketua Panitia sekolah-sekolah menengah Bintulu, HRM Petronas, Bintulu Iqra' Center, semua urusetia dan semua para peserta. Ampun maaf ada salah silap, yang penting kerjasama patut diteruskan lagi untuk masa akan datang.
Taklimat pelaksanaan bersama guru pengiring dan urusetia
Taklimat kepada para peserta oleh Kem Komandan sebagai aktiviti pertama
Objektif program yang bertujuan untuk membimbing bakat kepimpinan yang ada telah melahirkan insan-insan yang intelek lagi bertaqwa untuk memimpin. Kemuncak program ini, mereka pulang ke sekolah masing-masing dengan menubuhkan Persatuan Pelajar Islam untuk menjalankan aktiviti-aktiviti yang bercorak keagamaan yang bertujuan untuk menjadikan biah solehah di sekolah masing-masing.Taklimat kepada para peserta oleh Kem Komandan sebagai aktiviti pertama
Khemah dipasang untuk penginapan para peserta QTC 2009.
Mungkin pengalaman pertama oleh sesetengah peserta
Melatih bakal pemimpin menjadi pemimpin bertaqwa dengan
membiasakan bersolat jamaah
Pelaksanaan program yang lancar turut dibantu oleh tenaga jurutera dari Petronas dan Shell , telah menyedarkan pelajar betapa mereka perlu berusaha untuk berjaya. Moga-moga ilmu yang telah diperolehi selama 3 hari 2 malam bersama QTC ini dapat membantu dan membimbing mereka ke landasan yang sepatutnya mereka lakukan. Pihak AJK berdoa agar mereka diberi kekuatan dan keistiqamahan untuk merubah diri ke arah yang lebih baik untuk menjadi orang yang cemerlang di dunia dan di akhirat. Insyallah.Mungkin pengalaman pertama oleh sesetengah peserta
Melatih bakal pemimpin menjadi pemimpin bertaqwa dengan
membiasakan bersolat jamaah
Selaku setiausaha program, saya mengucapkan ribuan terima kasih kepada semua pihak yang telah bersama-sama membantu dan menyumbang tenaga samada secara langsung atau tidak. Kepada Panitia Pendidikan Islam, teruskan usaha untuk mengawal mereka yang telah dilatih untuk menjadi pimpinan dan contoh kepada rakan - rakan mereka yang lain.
Penghargaan kepada Ustaz Khalipah Juli dan Tuan Haji Kadir Jaya selaku penasihat, semua Ketua Panitia sekolah-sekolah menengah Bintulu, HRM Petronas, Bintulu Iqra' Center, semua urusetia dan semua para peserta. Ampun maaf ada salah silap, yang penting kerjasama patut diteruskan lagi untuk masa akan datang.
Akhi Muhtar Suhaili, sanggup datang beratus KM dari Miri untuk
menjayakan program QTC 2009, terima kasih sahabat.
Tidak dilupakan akhi Muhtar Suhaili, Jurutera Shell dari Miri yang sudi mengisi slot yang nampaknya amat memberi kesan terhadap penyampaiannya. Untuk Muhtar, maaf kerana tidak dapat bertegur sapa kerana kesuntukan masa dan kesibukan dengan pertembungan program di tempat lain.menjayakan program QTC 2009, terima kasih sahabat.
" Tingkatkan AMAL, Terus ISTIQAMAH untuk ISLAM "
3 comments:
syeikh..dalam gambar ke 3 tuh..yang berbaju merah tu namanya husaif kan ? kalau betui nanti biler2 sampaikan salam kat dia...
Mohd Husaif, orang Parit Buntar, baru dtg lapor diri Januari yang lalu. Ok, tenaga baru sampai Bintulu selain Ustaz Muzakkir, esok dia akan ke Sibu, wakil Bintulu, tilawah al-Quran. Hebat dia baca.
Kami tunggu anta aja lagi sampai sini.
ana dok bahagian basuh pinggan mangkuk jer la yerk..
Post a Comment