Sunday, April 26, 2009

' QTC 2009' Ke Arah Pemimpin Berilmu dan Bertaqwa

QTC 2009 permulaan untuk peserta menjadi pemimpin berilmu dan bertaqwa

Mesyuarat akhir bersama Unit Pendidikan Islam Ustaz Ubaidillah
dan Ketua Panitia Pendidikan Islam


26 April 2009 - Bintulu, Selama 3 hari 2 malam kami berkampung di Kelab Kidurong Bintulu untuk melaksanakan tugasan amal iaitu Qiyadah Training Course 2009. Program yang dianjurkan Jawatankuasa Kecemerlangan Sahsiah & Akademik ini melibatkan pimpinan pelajar di sekolah-sekolah menengah di Bahagian Bintulu.

Taklimat pelaksanaan bersama guru pengiring dan urusetia

Taklimat kepada para peserta oleh Kem Komandan sebagai aktiviti pertama

Objektif program yang bertujuan untuk membimbing bakat kepimpinan yang ada telah melahirkan insan-insan yang intelek lagi bertaqwa untuk memimpin. Kemuncak program ini, mereka pulang ke sekolah masing-masing dengan menubuhkan Persatuan Pelajar Islam untuk menjalankan aktiviti-aktiviti yang bercorak keagamaan yang bertujuan untuk menjadikan biah solehah di sekolah masing-masing.

Khemah dipasang untuk penginapan para peserta QTC 2009.
Mungkin pengalaman pertama oleh sesetengah peserta


Melatih bakal pemimpin menjadi pemimpin bertaqwa dengan
membiasakan bersolat jamaah

Pelaksanaan program yang lancar turut dibantu oleh tenaga jurutera dari Petronas dan Shell , telah menyedarkan pelajar betapa mereka perlu berusaha untuk berjaya. Moga-moga ilmu yang telah diperolehi selama 3 hari 2 malam bersama QTC ini dapat membantu dan membimbing mereka ke landasan yang sepatutnya mereka lakukan. Pihak AJK berdoa agar mereka diberi kekuatan dan keistiqamahan untuk merubah diri ke arah yang lebih baik untuk menjadi orang yang cemerlang di dunia dan di akhirat. Insyallah.

Pihak urusetia juga tidak ketinggalan untuk makan bertalam sebagai
mengguatkan ukhuwah sesama


Selaku setiausaha program, saya mengucapkan ribuan terima kasih kepada semua pihak yang telah bersama-sama membantu dan menyumbang tenaga samada secara langsung atau tidak. Kepada Panitia Pendidikan Islam, teruskan usaha untuk mengawal mereka yang telah dilatih untuk menjadi pimpinan dan contoh kepada rakan - rakan mereka yang lain.

Post mortem harian bersama urusetia, waktu ketika ini pukul 12.30 malam

Penghargaan kepada Ustaz Khalipah Juli dan Tuan Haji Kadir Jaya selaku penasihat, semua Ketua Panitia sekolah-sekolah menengah Bintulu, HRM Petronas, Bintulu Iqra' Center, semua urusetia dan semua para peserta. Ampun maaf ada salah silap, yang penting kerjasama patut diteruskan lagi untuk masa akan datang.

Akhi Muhtar Suhaili, sanggup datang beratus KM dari Miri untuk
menjayakan program QTC 2009, terima kasih sahabat.

Tidak dilupakan akhi Muhtar Suhaili, Jurutera Shell dari Miri yang sudi mengisi slot yang nampaknya amat memberi kesan terhadap penyampaiannya. Untuk Muhtar, maaf kerana tidak dapat bertegur sapa kerana kesuntukan masa dan kesibukan dengan pertembungan program di tempat lain.

Menggalakkan bersama di dalam setiap aktiviti yang dijalankan

" Tingkatkan AMAL, Terus ISTIQAMAH untuk ISLAM "

3 comments:

Anonymous said...

syeikh..dalam gambar ke 3 tuh..yang berbaju merah tu namanya husaif kan ? kalau betui nanti biler2 sampaikan salam kat dia...

abuierfan.blogspot.com said...

Mohd Husaif, orang Parit Buntar, baru dtg lapor diri Januari yang lalu. Ok, tenaga baru sampai Bintulu selain Ustaz Muzakkir, esok dia akan ke Sibu, wakil Bintulu, tilawah al-Quran. Hebat dia baca.

Kami tunggu anta aja lagi sampai sini.

Anonymous said...

ana dok bahagian basuh pinggan mangkuk jer la yerk..

 

Labels

About This Blog

Labels

Labels

Powered By Blogger

Labels