Tuesday, February 3, 2009

5 TAHUN SUDAH BERLALU

Sewaktu tamat kursus pendek selama 2 minggu
di Maktab Perguruan Sarawak 2005

Tanpa disedari sudah masuk tahun ke 5 abuierfan berada di Bumi Kenyalang. Tarikh 26 Januari 2005 iaitu setelah sebulan peristiwa tsunami merupakan permulaan perjuangan j-QAF di Borneo ( Sarawak dan Sabah ).

Seramai 85 orang ( seingat abi ) kesemuanya yang mengikut kursus KPLI - SR - j-QAF. Di sana kami ibarat seperti adik beradik, kerana keluarga nun jauh di seberang laut. Tidak pernah terbayang Bumi Kenyalang sebagai tempat kami bertugas. Apapun ketentuan ilahi, mudah - mudahan rakan - rakan yang telah ditugaskan di sini akan memanfaatkan peluang dakwah yang ada.

Lihatlah wajah-wajah yang tidak sabar untuk dipostingkan di sekolah masing - masing. Lihat juga rupa fizikal, ada yang tembab, ada yang kurus dan sebagainya. Lihat pula ketika ini. Bila kita dapat berjumpa semula seperti ini. Wallah 'alam.

Antara rakan - rakan di atas, ada yang telah berpindah ke Semenanjung Malaysia. Ntah berapa bilangan tidak dapat dipastikan. Abuierfan bila nak balik ???? ntah....belum ada jawapan.

Yang paling sedih seorang rakan kami telah kembali ke rahmatullah pada 14 Oktober 2008. Beliau ialah Ustazah Haslina Saludin yang telah berkhidmat di Sek Jepak, Bintulu. Semoga segala usaha kebaikan yang pernah di curahkan oleh arwah akan diterima oleh Allah.

Ingat lagi tarikh 14 Februari 2005. Tarikh kita melapor diri ke sekolah masing - masing . Mesti ingat...... 5 tahun sudah berlalu, apa dakwah yang telah kita buat, berapa banyak masa yang kita peruntukkan untuk agama, dan berapa infaq yang telah kita beri untuk agama Allah.

Abuierfan berharap agar sentiasa diberikan kekuatan dan semangat agar terus istiqamah untuk menegakkan agama Allah.
Allahu akhbar....

0 comments:

 

Labels

About This Blog

Labels

Labels

Powered By Blogger

Labels