Tuesday, February 17, 2009

IERFAN....

Kuda yang baru dibeli dari Serikin

Anakku Ierfan dah makin lasak dan aktif. Macam-macam benda baru yang dibuat. Kami hanya mampu melihat dan membiarkan sahaja dengan kawalan yang minima agar tumbesarnya normal. Waktu ini Ierfan sedang mencari benda-benda baru. Biarkan dia, agar pertumbuhan otak yang cerdas.

Hujung minggu tadi kami meluangkan masa sepanjang hari bersama Ierfan, kerana kebiasaannya ada sahaja program di hujung minggu. Bermula dengan membawanya ke taman permainan, kemudian ziarah ke rumah Luqman Al-Hakim manakala pada waktu petang tolong abi basuh kereta. Selepas tu pada sebelah malam ikut abi solat di masjid. Lepas tu tidur kepenatan sehingga subuh. Itulah aktiviti anakku hujung minggu tadi. Syukur kerana dapat meluangkan masa bersama keluarga tercinta.

Ierfan kini ada macam-macam kenderaan, bermula dengan motosikal, kereta, kuda dan terkini basikal luncur, lepas ni tak tau apa pula. Ye la Ierfan dah laju berjalan, macam-macam dia nak naik.

Apa pun kini dah jadi abi, kena layan la kerenahnya, memang ini pilihan ku....

" Ya Allah jadikan aku tabah dalam mengemudi keluargaku dan jadikan aku hambamu yang taat perintah mu "





Foto : Telatah anak ku yang menghiburkan

0 comments:

 

Labels

About This Blog

Labels

Labels

Powered By Blogger

Labels