Tuesday, February 24, 2009

SEKOLAH KU..... ORANG KAYA MOHAMMAD

Tarikh 14 Februari 2005 tercatat di dalam diari ku yang mana aku telah ditempatkan di sini. Bagi orang yang jarang-jarang sampai ke Bintulu, nama SK Orang Kaya Mohammad mesti tergambar di dalam kepala mereka tentang keindahan namanya setanding dengan kemudahan infrastrukturnya. Namun bagi ku, tak kisah semua itu, lengkap atau tidak kemudahan prasarananya, yang penting niat kita untuk berdakwah itu lebih penting.

Kalau aku pergi kursus samada di kuching atau semenanjung, bila bertaaruf, semua orang akan terpegun bila sebut sahaja SK Orang Kaya Mohammad. Tak tau pulak sebab apa. Apapun di sini aku dapatkan catatan sejarah yang diperolehi daripada Cikgu Rubiah sewaktu aku menyiapkan folio sewaktu praktikum tahun 2006 yang lalu.

SEJARAH SK OKM
  • SK Orang Kaya Mohammad telah wujud sejak 87 tahun yang lalu. Sekolah ini telah dibina oleh Kerajaan Brooke pada tahun 1912.
  • Sekolah ini mula beroperasi dengan seorang tenaga pengajar iaitu Cikgu Abdul Rahman bin Kassim dengan bilangan murid seramai 30 orang sahaja.
  • Tapak asal sekolah ini terletak berdekatan dengan Tugu Peringatan, di tengah-tengah Bandar Bintulu kini. Selepas Perang Dunia Kedua, dalam tahun 1946, bangunan sementara telah dibina oleh Kerajaan Sarawak di tengah-tengah Kampung Sinong bagi menggantikan bangunan lama yang telah rosak.
  • Bangunan SK Orang Kaya Mohammad melalui perubahan fizikal mengikut perubahan masa.
  • Bermula dengan sebuah bangunan yang beratapkan daun nipah dan berdindingkan papan, sekolah ini memulakan langkahnya dengan penuh semangat hingga kini. Reka bentuk yang unik dan bangunan semakin dimamah usia dapat kita lihat pada gambar bangunan awal sekolah ini. Walau pun pada ketika itu Tanah Melayu belum merdeka tapi nilai estatik Melayu dapat kita lihat daripada ukiran-ukiran kayu yang terdapat di dinding dan rabung bangunan itu.
  • Satu blok bangunan kayu yang didirikan pada tahun 1964, yang mempunyai lapan buah bilik darjah masih dapat kita lihat hingga ke hari ini. 41 tahun usianya masih mampu untuk menampung murid-murid yang silih berganti dari setahun ke setahun.
  • Blok bangunan konkrit pula yang didirikan pada tahun 1978, yang mempunyai tujuh bilik darjah juga masih utuh membantu anak didik di SK Orang Kaya Mohammad meneruskan perjuangan mereka dalam menimba ilmu pengetahuan.

SK ORANG KAYA MOHAMMAD MENDAPAT NAMA
  • Kira-kira abad dahulu, Daerah Bintulu ini adalah di bawah jagaan Kerajaan Brunei. Sultan Brunei telah melantik beberapa orang tempatan untuk menjadi wakil dan ketua untuk menjaga ketenteraman dan keselamatan daerah ini. Seorang daripada ketua-ketua itu ialah Mohammad bin Sungan. Beliau merupakan seorang ketua yang cerdik, amanah dan bertanggungjawab di dalam menjalankan tugas-tugas beliau sehingga menjadikan Daerah Bintulu menjadi aman dan damai. Rakan-rakan dan penduduk tempatan menggelar beliau dengan nama “Orang Kaya” atau “Orang Kaya Pemanca Mohammad
  • Bagi mengenang jasa baik, sifat adil dan saksama sebagai seorang pemimpin serta menjaga kebajikan penduduk-penduduk di Daerah Bintulu, maka nama beliau telah diambil sebagai nama sekolah Melayu yang pertama dibina di Daerah Bintulu pada masa itu. Orang Kaya Mohammed School kini dikenali sebagai Sekolah Kebangsaan Orang Kaya Mohammad.

Wajah guru-guru generasi awal

Bangunan lama yang dibina pada tahun 1953

sempena hari guru 1976. Lihatlah wajah anak-anak ini.
Barangkali di kalangan mereka ini dah ada yang jadi pentadbir


Bangunan tambahan baru yang dibina pada tahun 1978

Kerja-kerja gotong royong untuk membaiki surau. Asalnya hanya sebuah stor

Setakat ini dulu catatan tentang sejarah sekolah tempat aku mengajar. Akan datang jika ada kelapangan lagi, aku akan menulis lagi. Sesungguhnya amat besar sekali ruang dakwah di sini. Mudah - mudahan kehadiran ku disini akan memberi manfaat kepada semua. Insyallah.

1 comments:

kasihmysara said...

artikel yang menarik... cadangan saya jika pihak sekolah dapat menggumpul nama-nama guru yang pernah mengajar di sini sejak 100 yang lalu... contohnya ibu saya (cikgu Norhayati Atahar Khan) juga merupakan bekas pendidik di sekolah ini di tahun 60-an. manakala bapa mertua (Cikgu Sheikh Naimullah) juga merupakan bekas guru besar di sekolah ini di tahun 60-an juga. Ibu banyak menyimpan gambar-gambar kenangan sepanjang perkhidmatannya di sekolah ini.

 

Labels

About This Blog

Labels

Labels

Powered By Blogger

Labels