Thursday, February 19, 2009

NIAT KITA

Ada orang bertanya, tak boring ke, hari-hari mengajar, menghadap muka yang sama, benda yang sama dan pelbagai lagi soalan yang berbentuk soalan provokasi.

Apa jawapan saya. Kau tau, kalau mereka ada rasa boring dan bosan akan kerja mereka, cuba tanya mereka, kau orang tak boring ke, asyik buat benda yang sama, makan, tidur, berjalan guna kaki dan sebagainya. Cuba mereka buat sekali sekala, tak payah makan, tak payah mandi dan tak payah segala-segalanya akan perbuatan dan aktiviti yang mereka selalu buat.

Tugas mengajar adalah fardhu kifayah. Saya teringat kata -kata Dato' Dr. Fadhilah Kamsah, guru adalah ibarat seperti menolak ombak di lautan, kita tolak, datang lagi, kita tolak datang lagi. Sehingga bila, wallahualam. Begitulah tugasan guru, hari ini kita mengajar murid sehingga pandai, dah pandai mereka akan berguru dengan orang lain pula, datang pula murid lain, begitulah seterusnya.

Oleh yang demikian itu, saya telah meletakkan niat mengajar kerana Allah. Dialah yang telah memberi kepadaku rezeki ilmu, kepadanyalah aku membalas dan menunaikan kewajipanku. Kalau kita niatkan tugasan mengajar kita kerana material, mengejar pangkat dan kemewahan semata-mata, lama kelamaan kita akan boring dan bosan.

Oleh sebab itu di dalam doa kita jangan kita lupa berdoa, agar Allah menetapkan hati kita di landasan yang betul dan istiqamah atas jalan Islam.

" Ya Tuhan kami, janganlah Engkau jadikan hati kami condong kepada kesesatan sesudah Engkau beri petunjuk kepada kami, dan kurniakanlah kepada kami rahmat dari sisi Engkau; kerana sesungguhnya Engkau-lah yang Maha Pemberi (kurnia)."

Umi Ierfan bersama anak-anak murid

1 comments:

FarEastNajmi said...

I am strongly agree with u. yang penting nawaitu...cari saham akhirat lebih penting daripada cari saham dunia yang hanya bersifat sementara

 

Labels

About This Blog

Labels

Labels

Powered By Blogger

Labels