Hari ini dan esok aktiviti Kem Bestari Solat dijalankan untuk murid tahun 1 & 2. Pelbagai karenah dan gelagat murid-murid. Bila sebut sahaja esok ada KBS, ramai yang suka. Bila ditanya kenapa suka sangat KBS, mereka kata boleh makan nasi ayam dan makan ramai-ramai. Alhamdulillah, tak pa la tu, dari mereka tak datang.
Aktiviti seperti biasa dimulai dengan ceramah berkelompok dengan persembahan audio & visual kemudian diikuti dengan amali dan penilaian amali melalui borang instrumen yang telah dibekalkan oleh pihak Bahagian Pendidikan Islam. Apapun kebanyakkan murid telah menguasai hampir keseluruhannya, alhamdulillah.
Terima kasih kepada guru pendidikan islam yang mengendalikan program ini, ingatlah sesaat yang kita laburkan untuk kepentingan agama anak-anak kita, akan dikira sebagai ganjaran oleh Allah. Kerja kita adalah kerja mulia. Dunia kita dapat, akhirat lebih-lebih lagi dengan syarat ikhlas mendidik kerana Allah. Tapi yang paling tidak seronok, ada seorang hamba Allah mengatakan j-QAF tidak berjaya, sama sahaja jika tak ada j-QAF. Mungkin yang berkata demikian, buta mata hati, tak tahu menilai antara kaca dan intan. Moga Allah beri hidayah kepadanya.
0 comments:
Post a Comment