SERI ISKANDAR, 18 Julai (Bernama) -- Peserta lelaki dari Sarawak, Awangku Omar Asfuaddin Awang Hamdan malam ini muncul sebagai johan qari Tilawah Al-Quran Peringkat Kebangsaan ke-52 yang berlangsung di Universiti Teknologi Petronas (UTP) di sini.
Sementara peserta wanita dari Perak, Sharifah Khasif Fadzilah Syed Mohamad Badiuzzaman terpilih sebagai johan bahagian qariah di pertandingan itu.
Dengan kemenangan itu, mereka masing-masing menerima wang tunai berjumlah RM10,000 dan pakej haji selain Piala Pusingan, Piala Iringan dan sijil penyertaan.
Naib johan qari dimenangi oleh Anuar Husin dari Perak manakala tempat ketiga dimenangi oleh Abdullah Abdul Wahid dari Sabah.
Naib johan qariah pula dimenangi oleh Nor Azrah Ayub dari Johor, manakala tempat ketiga qariah dimenangi peserta Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur, Nor Amalina Alias.
Sultan Perak, Sultan Azlan Shah dan Raja Permaisuri Perak, Tuanku Bainun berkenan menyampaikan hadiah-hadiah.

0 comments:
Post a Comment