Thursday, July 16, 2009

Sesi pemantauan di sekolah kami


Alhamdulillah, tarikh 16 Julai merupakan tarikh yang ditunggu-tunggu oleh sekolah-sekolah di Bahagian Bintulu yang sedang melaksanakan program j-QAF. Ini adalah kerana pada tarikh itu akan diadakan pemantauan oleh para pegawai dari Bahagian Perkembangan Kurikulum BPI, Sektor Pendidikan Islam SPPIM, Unit Pendidikan Islam bersama dengan pensyarah-pensyarah IPG 4 buah IPG di Sarawak.

Sekolah kami didatangi oleh 3 orang pegawai iaitu Ustaz Azizan Mohamad dari BPK, En Normizan dari IPG Rajang dan Ust Mohd Madani dari IPS Miri. Kehadiran mereka lebih kurang pukul 12.45 tghari dan selesai pemantauan lebih kurangg pukul 2 petang. Antara aktiviti semasa pemantauan itu ialah tayangan slide berkenaan pencapaian murid-murid Islam khusus murid-murid yang sedang melaksanakan program j-QAF beserta aktiviti Panitia Pendidikan Islam di sekolah.

Alhamdulillah, respon yang baik dari pelawat tentang keberkesanan pelaksanaan program j-QAF di sekolah dan pujian di atas kerjasama dengan semua pihak terutama pentadbir dan guru-guru Pendidikan Islam. Selepas melihat tayangan slide, para pelawat dibawa melihat tempat-tempat pelaksanaan aktiviti program j-QAF seperti bilik agama, tempat berwuduk dan kelas-kelas pelaksanaan P & P.

Pihak pentadbir dan semua guru - guru GPI mengucapkan berbanyak-banyak terima kasih kepada para pelawat di atas kesudian untuk bertandang ke sekolah kami untuk memastikan pelaksanaan j-QAF mengikut garis panduan yang telah ditetapkan. Pihak panitia mengalu-alukan kehadiran mana - mana para pegawai yang belum pernah sampai ke Sekolah Orang Kaya Mohammad, Bintulu agar dapat sampai untuk melihat aktiviti dan pelaksanaan j-QAF yang sedang berlangsung.


0 comments:

 

Labels

About This Blog

Labels

Labels

Powered By Blogger

Labels