Tuesday, July 21, 2009

Ceramah Isra' & Mikraj untuk guru - guru

Bintulu, 20 Julai 2009 - JAKSA dengan kerjasama BPSB, JAIS, BAHARIS dan BIC berjaya menganjurkan siri ceramah sempena Program Penghayatan Isra' & Mikraj yang telah diadakan di Dewan Auditorium BDA. Seramai 300 peserta telah memenuhi dewan ini yang terdiri daripada warga pendidik di sekitar Daerah Bintulu dan kakitangan Islam BDA.

Penceramah yang memberi ceramah merupakan penceramah yang diundang khas dari Kolej Islam Antarabangsa Sultan Ismail Petra ( KIAS ) dengan kerjasama BPSB, JAIS dan BIC. Penceramah yang dimaksudkan ialah Dr Haji Abd Basit Bin Haji Abd Rahman. Tajuk kupasan ceramah beliau ialah" Menelusuri Peristiwa Isra' & Mijrak dari Perspektif Pendidikan ". Banyak pengisian dan tazkirah yang telah diutarakan untuk panduan guru-guru yang merupakan pembimbing dan pendidik kepada anak-anak yang perlu ikhlas di dalam menyampaikan ilmu pengetahuan. Selain itu juga ustaz menekankan kepada guru-guru supaya menguasai ilmu yang diajar dan terus mempraktikkan supaya guru - guru menjadi qudwah hasanah kepada anak-anak yang dididik dan seterusnya kepada masyarakat.

Akhirnya, ustaz memberi tips kepada guru-guru agar jangan bosan dan jemu di dalam menyampaikan ilmu dengan memberi amalan harian iaitu doa agar menghafal dan membaca agar semangat untuk menyampaikan ilmu tidak akan pudar dan terus bersemangat.

Program ini diselitkan juga dengan tayangan aktiviti JAKSA dan ziarah ke Ulu Kota, Pakan. Pihak penganjur memohon kepada guru-guru agar turut serta menghulurkan derma untuk pembelaan masyarakat Islam di Ulu Kota untuk membangunkan surau untuk tujuan menimba ilmu agama dan melakukan ibadah.

Pihak penganjur mengucapkan terima kasih kepada para penasihat JAKSA En. Abdul Mu'in Abdul Kassim, Ustaz Khalipah Juli, En Shafian Japar, pengerusi BAHARIS En. Abd Wahab Hashim Bujang, pengerusi JKI BPSB En. Tuah, seluruh ajk pelaksana program dan seterusnya guru - guru dan kakitangan BDA yang menceriakan program tersebut.




{ Insyallah saya akan dapatkan doa yang diberi oleh Ustaz Hj Abd Basit berkenaan doa kekuatan dan doa tidak pudar semangat untuk mengajar anak-anak didik dengan penuh semangat dan dedikasi dan saya akan publishkan disini. }

0 comments:

 

Labels

About This Blog

Labels

Labels

Powered By Blogger

Labels