Monday, July 27, 2009

Bulan Sya'ban

KESIBUKAN umat Islam mengerjakan amal ibadah dalam sepanjang bulan Rejab, seharusnya diteruskan dengan amal ibadah dalam bulan Sya'ban. Ini disebabkan bulan Sya'ban juga penuh dengan keberkatan dan kebaikan, termasuk berbagai fadhilat dan kelebihannya.
Ini menepati maksud sebuah Hadis Rasulullah Shallallahu 'Alaihi Wasallam yang diriwayatkan dari Anas bin Malik r.a., sabda baginda bermaksud: "Rejab adalah bulan Allah, Sya'ban adalah bulanku (Rasulullah) dan Ramadhan adalah bulan umatku."

Ketiga-tiga bulan itu (Rejab, Sya'ban dan Ramadhan) hendaklah dihayati dan dimanfaatkan sebaik-baiknya, sebagai usaha pelaburan yang amat menguntungkan pada akhirat kelak.


FADHILAT DAN KELEBIHAN SYA’BAN

Terdapat banyak Hadis Rasulullah Shallalahu ‘Alaihi Wasallam mengenai fadhilat dan kelebihan bulan Sya’ban bagi mereka yang berusaha memanfaatkannya dengan mengerjakan berbagai amalan ibadah. Perhatikan sebahagian daripada Hadis-hadis baginda:

Sayidatina ‘Aisyah r.a. menyatakan, tidak pernah Rasulullah Shallallahu ‘Alaihi Wasallam berpuasa lebih banyak melainkan dalam bulan Sya’ban (selain bulan Ramadhan); sesungguhnya baginda Shallallahu ‘Alaihi Wasallam telah berpuasa sebulan penuh.

(Hadis Riwayat Bukhari dan Muslim)

Usman bin Zaid menceritakan: “Saya telah bertanya kepada Rasulullah Shallallahu ‘Alaihi Wasallam, wahai Rasulullah, saya tidak pernah menyaksikan banyaknya puasa tuan pada lain-lain bulan seperti di bulan Sya’ban; lalu baginda menjawab, itulah bulan (Sya’ban) di mana ramai manusia lalai mengenainya iaitu di antara bulan Rejab dan Ramadhan; ini adalah bulan di mana segala amalan di angkat kepada Tuhan pemilik sekalian alam. Oleh itu saya (baginda) amat suka kiranya amalan saya diangkat ketika saya sedang berpuasa.”
(Hadis Riwayat Imam Ahmad dan An-Nasai)

Oleh kerana setiap orang Islam mengharapkan agar amal ibadah masing-masing yang diangkatkan ke hadrat Allah Subhanahu wa Ta’ala pada bulan Sya’ban itu diterima, maka sewajarnyalah kita sekalian memperbanyak lagi amal ibadah dengan penuh tawadhu’, ikhlas dan taqwa kepada-Nya. Jika Allah Subhanahu wa Ta’ala dapat menerima amal salih kita, maka sesungguhnya Allah Subhanahu wa Ta’ala akan menaikkan darjat kita dalam kehidupan dunia dan akhirat.

Sayidatina ‘Aisyah r.a. menceritakan, Rasulullah Shallallahu ‘Alaihi Wasallam telah bersabda:
(Sesungguhnya Allah Ta’ala turun pada malam pertengahan (nisfu) Sya’ban ke langit dunia dan mengampunkan dosa-dosa orang yang lebih banyak dari bilangan bulu-bulu kambing Bani Kalb).
(Hadis Riwayat at-Tirmizi dan Ibnu Majah)

Rasulullah Shallallahu ‘Alaihi Wasallam bersabda yang bermaksud:
“Sya’ban adalah bulanku dan Ramadhan adalah bulan umatku. Sya’ban mengkafarahkan (menghapuskan) dosa dan Ramadhan menyucikan dosa (jasmani dan rohani).”

Rasulullah Shallallahu ‘Alaihi Wasallam bersabda yang bermaksud: “Dinamakan Sya’ban kerana dalam bulan tersebut terdapat amat banyak kebajikan; dan puasa yang lebih afdhal ialah puasa dalam bulan Sya’ban.”

Rasulullah Shallallahu ‘Alaihi Wasallam bersabda yang bermaksud: “Kelebihan Rejab atas bulan-bulan lain seperti kelebihan Al-Qur’an atas qalam. Kelebihan Sya’ban atas bulan-bulan lain seperti kelebihan atas sekalian nabi-nabi. Kelebihan Ramadhan atas bulan-bulan lain seperti kelebihan Allah atas sekalian makhluk-Nya.”

Sabda Rasulullah Shallallahu ‘Alaihi Wasallam bermaksud, apabila tiba malam Nisfu Sya’ban, maka pada malam tersebut berjagalah kamu dengan mendirikan solat, beribadat dan berpuasa pada siangnya. Allah Subhanahu wa Ta’ala berfirman, “Sesiapa yang meminta ampun maka Aku mengampunkannya, mereka yang ditimpa bala bencana Aku lepaskannya, mereka yang meminta rezeki Aku berikan rezekinya.”

Sabda Rasulullah Shallallahu ‘Alaihi Wasallam bermaksud bahawa Allah Subhanahu wa Ta’ala memerhatikan hamba hamba-Nya pada malam Nisfu Sya’ban, maka diampunkan dosa sekalian makhluk-Nya kecuali orang yang menyengutukan Allah dan orang yang tidak mahu bercakap sama saudaranya (sesama orang Islam).

Diriwayatkan daripada Ka’abul-Akhbar bahawa Allah Subhanahu wa Ta’ala telah mengutus malaikat Jibril pada malam Nisfu (pertengahan) Sya’ban ke syurga. Allah Subhanahu wa Ta’ala memerintahkan supaya syurga dihiasi dengan seindah-indahnya. Malaikat Jibril berkata pada syurga, sesungguhnya Allah Subhanahu wa Ta’ala telah memerdekakan ahli neraka pada malam ini sebanyak bilangan bintang-bintang di langit, sebanyak jumlah hari dunia dan malamnya, sebanyak daun-daun pokok, seberat gunung-gunung dan sebanyak-banyak pasir.

Khalifah Umar Abdul Aziz telah memberitahu wakilnya di Basrah: “Hendaklah kamu perhatikan empat malam dalam satu tahun, kerana sesungguhnya Allah Subhanahu wa Ta’ala membukakan pintu rahmat-Nya dengan seluas-luasnya iaitu malam pertama bulan Rejab, malam Nisfu Sya’ban, malam Aidil-Fitri dan malam Aidil-Adha.

FADHILAT DAN KELEBIHAN PUASA SYA’BAN

Fadhilat dan kelebihan berpuasa sunat dalam bulan Sya’ban adalah terlalu besar. Rasulullah Shallallahu ‘Alaihi Wasallam telah berpuasa penuh sepanjang bulan tersebut.

Sayidatina ‘Aisyah r.a. meriwayatkan: “Saya tidak pernah melihat Rasulullah Shallallahu ‘Alaihi Wasallam berpuasa sehinggakan saya mengatakan baginda tidak berbuka; dan baginda berbuka sehinggakan saya mengatakan baginda tidak berpuasa; dan saya tidak melihat Rasulullah Shallallahu ‘Alaihi Wasallam menyempurnakan puasanya satu bulan melainkan dalam bulan Ramadhan, dan saya tidak melihat baginda berpuasa di dalam sesuatu bulan melebihi dari puasa baginda di dalam bulan Sya’ban.”
(Hadis Riwayat Bukhari daripada Abdullah bin Yusof)

Sebuah lagi Hadis Rasulullah Shallallahu ‘Alaihi Wasallam bermaksud bahawa baginda suka berpuasa penuh sebulan Sya’ban kerana bulan tersebut malaikat maut menghapuskan nama orang-orang yang akan dicabut rohnya (mati) di sepanjang tahun itu. Baginda amat suka jika malaikat maut itu tidak mengambil roh baginda melainkan di dalam bulan Sya’ban (di mana baginda sedang berpuasa).

Seminar Rawatan Islam di Bintulu

SEMINAR RAWATAN ISLAM (Bintulu, Sarawak) bertempat di Dewan Masjid Assyakirin, Bahagian Bintulu, Jalan Tanjung Kidurong Pada 08/08/09 (Sabtu) tajuk "Menangkis Kejahatan Makhluk Halus (Angkara Ilmu Hitam) dan Menyingkap Rahsia Alam Jin-antara perbincangan, Angkara Sihir Rumahtangga hancur, sihir dan bencananya, susuk/santau/pukau (pengenalan) saka dan keturunan, rahsia dalam rawatan Islam dan Ayat-Ayat amalan dalam Al-Quran. Pendaftaran terbuka kepada semua penduduk yang berada di Negeri Sarawak. Sila SMS nama atau hubungi wakil kami di bintulu (En. Idil Hj Ismail 019-4828001) dan juga emailkan nama penuh beserta No. tel/Hp kepada kami untuk pendaftaran (Pendaftaran RM30 termasuk makan Minum).

Dikendalikan oleh tenaga pengajar AL-FADHIL USTAZ SHARHAN SHAFIE. Beliau adalah pengamal perubatan Islam yang telah lama bergiat aktif dalam mengubati pesakit-pesakit misteri gangguan jin & syaitan. Beliau berasal daripada Machang, Kelantan. Mendapat pendidikan awal di Sek. Keb. Air Merah dan Sek. Men. Arab Shamsul Maarif. Kemudian beliau menyambung pengajian tinggi di Kolej Ugama Sultan Zainal Abidin (KUSZA) Terengganu dalam jurusan Bahasa Arab. Selepas itu menyambung pelajarannya ke Mesir selama 3 tahun. Beliau mendapat belaian tarbiyyah secara langsung daripada gurunya bernama SHEIKH WAHID ABDUS SALAM BALI (tersohor di kalangan para mua'lij perubatan Islam). Beliau pernah menuntut ilmu dengan guru-guru yang tersohor dalam perubatan Islam seperti di KAFUR-SYEIKH (Mesir), TANTA, DASUK dan MANSIYATUL ABBAS selama 6 bulan. Kini beliau mempunyai 1000 anak murid di seluruh tanah air yang mengikuti pengajiannya. Selain mengadakan kuliah dan kelas komprehensif, beliau turut membuat pembentangan kertas kerja mengenai Perubatan Islam menangkis kejahatan Ilmu Hitam di Institut Pengajian Tinggi seluruh Malaysia. Berita mengenai pengamalan perubatan beliau turut disiarkan didalam surat khabar Mesir apabila beliau berjaya mengubati seorang peguam yang diganggu jin wanita yang berusia 2000 tahun (jin yang wujud pada zaman fir'aun laknatullah). Dengan kemahiran beliau mengenai selok belok perubatan Islam, adalah diharapkan masyarakat kita dapat mengambil manfaat dari setiap seminar/bengkel yang dijalankan.

SEMINAR/BENGKEL PERUBATAN ISLAM,
ANTARA TAJUK PEMBENTANGAN KERTAS KERJA

* Rahsia Perubatan Islam/Menyingkap Rahsia Jin & Syaitan (Alam Jin).
* Menangkis kejahatan Ilmu Hitam (JENIS SIHIR)/Angkara Jin /sihir Rumahtangga Hancur.
* Penyakit gila, Barah, Lumpuh (Rihul Akhmar) & Penyembuhan.
* Santau, Racun & Rawatan.
* Pukau & Benteng diri.
* Menyingkap Rahsia Saka & Keturunan.
* Histeria, Rasuk & Rawatan.
* Susuk, jenis susuk, Tanda-Tanda & Rawatan.
* Pagar Rumah & Benteng diri.
* Ciri-ciri seorang Mua'lij (Perawat) & Kaedah rawatan.
* AL-QURAN sebagai panduan/penawar.
* Rahsia Air/Air Zam-Zam, Madu Lebah & Habattus Sauda.
* Ayat-Ayat Ruqyah/Pengijazahan.

Friday, July 24, 2009

Aktiviti Kem Bestari Solat untuk siri ke 3



Hari ini dan esok aktiviti Kem Bestari Solat dijalankan untuk murid tahun 1 & 2. Pelbagai karenah dan gelagat murid-murid. Bila sebut sahaja esok ada KBS, ramai yang suka. Bila ditanya kenapa suka sangat KBS, mereka kata boleh makan nasi ayam dan makan ramai-ramai. Alhamdulillah, tak pa la tu, dari mereka tak datang.

Aktiviti seperti biasa dimulai dengan ceramah berkelompok dengan persembahan audio & visual kemudian diikuti dengan amali dan penilaian amali melalui borang instrumen yang telah dibekalkan oleh pihak Bahagian Pendidikan Islam. Apapun kebanyakkan murid telah menguasai hampir keseluruhannya, alhamdulillah.

Terima kasih kepada guru pendidikan islam yang mengendalikan program ini, ingatlah sesaat yang kita laburkan untuk kepentingan agama anak-anak kita, akan dikira sebagai ganjaran oleh Allah. Kerja kita adalah kerja mulia. Dunia kita dapat, akhirat lebih-lebih lagi dengan syarat ikhlas mendidik kerana Allah. Tapi yang paling tidak seronok, ada seorang hamba Allah mengatakan j-QAF tidak berjaya, sama sahaja jika tak ada j-QAF. Mungkin yang berkata demikian, buta mata hati, tak tahu menilai antara kaca dan intan. Moga Allah beri hidayah kepadanya.

Tuesday, July 21, 2009

Masjidil Haram & Masjid Annabawi pada masa akan datang

Tiga tahun akan datang, Makkah Al-Mukarramah akan menjadi seperti ini

Projek perumahan (penginapan) raksasa akan dimulai mengelilingi Masjidil Haram.
Dan hasilnya akan seperti ini setelah 12 tahun.
Titik kecil di tengah-tengah lingkaran adalah Ka’bah.

Gedung Tertinggi ke-2 di dunia akan dibangun di Jeddah.
Keretapi elektrik akan dbina mulai tahun depan dari Masjidil Haram
ke Mina, dari Mina ke Mudzalifah, dari Mudazalifah ke Arafah.

Rumah Allah, Ka’bah, akan tertutup oleh empat payung raksasa.
Ratusan ribu jama’ah haji yang sedang melaksanakan ibadah akan
merasakan teduh dari sengatan panas sinar matahari!! Allahu Akbar!!

Masjid Nabawi di Madinah akan seperti ini setelah empat tahun ke hadapan,
Kotak kecil di tengah lingkaran adalah Masjid Nabawi sekarang.


{ Dua bulan yang lepas kami berada di sini, pada waktu itu memang sedang dibuat pembinaan di sekeliling Masjidil Haram, suasana berdebu disekeliling Masjid, tambahan pula cuaca panas pada ketika itu iaitu 42 darjah celcius, bila lagi akan sampai ke sini }

Ceramah Isra' & Mikraj untuk guru - guru

Bintulu, 20 Julai 2009 - JAKSA dengan kerjasama BPSB, JAIS, BAHARIS dan BIC berjaya menganjurkan siri ceramah sempena Program Penghayatan Isra' & Mikraj yang telah diadakan di Dewan Auditorium BDA. Seramai 300 peserta telah memenuhi dewan ini yang terdiri daripada warga pendidik di sekitar Daerah Bintulu dan kakitangan Islam BDA.

Penceramah yang memberi ceramah merupakan penceramah yang diundang khas dari Kolej Islam Antarabangsa Sultan Ismail Petra ( KIAS ) dengan kerjasama BPSB, JAIS dan BIC. Penceramah yang dimaksudkan ialah Dr Haji Abd Basit Bin Haji Abd Rahman. Tajuk kupasan ceramah beliau ialah" Menelusuri Peristiwa Isra' & Mijrak dari Perspektif Pendidikan ". Banyak pengisian dan tazkirah yang telah diutarakan untuk panduan guru-guru yang merupakan pembimbing dan pendidik kepada anak-anak yang perlu ikhlas di dalam menyampaikan ilmu pengetahuan. Selain itu juga ustaz menekankan kepada guru-guru supaya menguasai ilmu yang diajar dan terus mempraktikkan supaya guru - guru menjadi qudwah hasanah kepada anak-anak yang dididik dan seterusnya kepada masyarakat.

Akhirnya, ustaz memberi tips kepada guru-guru agar jangan bosan dan jemu di dalam menyampaikan ilmu dengan memberi amalan harian iaitu doa agar menghafal dan membaca agar semangat untuk menyampaikan ilmu tidak akan pudar dan terus bersemangat.

Program ini diselitkan juga dengan tayangan aktiviti JAKSA dan ziarah ke Ulu Kota, Pakan. Pihak penganjur memohon kepada guru-guru agar turut serta menghulurkan derma untuk pembelaan masyarakat Islam di Ulu Kota untuk membangunkan surau untuk tujuan menimba ilmu agama dan melakukan ibadah.

Pihak penganjur mengucapkan terima kasih kepada para penasihat JAKSA En. Abdul Mu'in Abdul Kassim, Ustaz Khalipah Juli, En Shafian Japar, pengerusi BAHARIS En. Abd Wahab Hashim Bujang, pengerusi JKI BPSB En. Tuah, seluruh ajk pelaksana program dan seterusnya guru - guru dan kakitangan BDA yang menceriakan program tersebut.




{ Insyallah saya akan dapatkan doa yang diberi oleh Ustaz Hj Abd Basit berkenaan doa kekuatan dan doa tidak pudar semangat untuk mengajar anak-anak didik dengan penuh semangat dan dedikasi dan saya akan publishkan disini. }

Sunday, July 19, 2009

Majlis kesyukuran BIC

Keceriaan jelas kelihatan diwajah pengantin.
Dari kiri Ust Sardi, Azizi dan Azraie bersama pasangan masing-masing

Pengantin yang diraikan

Ust Salahudin Bakar bersama Isteri dan Ibu

Bintulu Iqra' Center telah berjaya mengadakan majlis kesyukuran sempena perpindahan ahli BIC iaitu Ustaz Abd Halim ke rumah baru dan meraikan ahli-ahli BIC yang telah melangsungkan perkahwinan pada cuti persekolahan yang lepas. Majlis tersebut telah diadakan pada pagi Sabtu bersamaan 18 Julai 2009. Kehadiran tetamu terdiri daripada sahabat - sahabat dan kenalan dakwah.

Sebelum itu, ahli BIC telah bergotong royong untuk memasak hidangan yang akan disajikan untuk santapan para tetamu. Kerja gotong royong telah diadakan bermula petang Jumaat sehingga larut malam. Kerjasama yang ditunjukkan oleh ahli BIC amat mantap sekali, untuk memastikan kelancaran dan kejayaan penganjuran majlis tersebut.

Kehadiran para pengantin untuk berkenalan dengan rakan-rakan BIC amat perlu untuk memantapkan ukhuwah agar mereka dapat bersuai kenal di antara satu sama lain. Antara pengantin - pengantin yang dimaksudkan ialah Saudara Nor Azizi Azizan ( MLNG ), Cikgu Mohd Azrani Daud ( Guru SK Tg Batu ), Ustaz Salahudin Bakar ( Guru SK Kg Nyalau ) dan Ustaz Mohd Sardi Ismail ( Guru SK Tg Batu ).

Moga-moga program begini akan diteruskan pada masa akan datang, Insyallah. Pihak BIC mengucapkan jazakumullahkhukhairan khathiran kepada tuan rumah, Ustaz Abd Halim yang telah sudi meminjamkan rumah dan terima kasih kepada sahabat-sahabat yang bertungkus lumus menjayakan majlis tersebut.

Awangku Omar Asfuaddin Awang Hamdan : Qari Sarawak muncul johan

Johan Qari dan Qariah Tilawah Al-Quran peringkat kebangsaan

SERI ISKANDAR, 18 Julai (Bernama) -- Peserta lelaki dari Sarawak, Awangku Omar Asfuaddin Awang Hamdan malam ini muncul sebagai johan qari Tilawah Al-Quran Peringkat Kebangsaan ke-52 yang berlangsung di Universiti Teknologi Petronas (UTP) di sini.

Sementara peserta wanita dari Perak, Sharifah Khasif Fadzilah Syed Mohamad Badiuzzaman terpilih sebagai johan bahagian qariah di pertandingan itu.

Dengan kemenangan itu, mereka masing-masing menerima wang tunai berjumlah RM10,000 dan pakej haji selain Piala Pusingan, Piala Iringan dan sijil penyertaan.

Naib johan qari dimenangi oleh Anuar Husin dari Perak manakala tempat ketiga dimenangi oleh Abdullah Abdul Wahid dari Sabah.

Naib johan qariah pula dimenangi oleh Nor Azrah Ayub dari Johor, manakala tempat ketiga qariah dimenangi peserta Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur, Nor Amalina Alias.

Sultan Perak, Sultan Azlan Shah dan Raja Permaisuri Perak, Tuanku Bainun berkenan menyampaikan hadiah-hadiah.

SK OKM & PIBG jayakan dua program serentak

Salah satu acara sukaneka ker ni ?

Ustazah merempit, ngeng...ngeng...lepas tension ker ni

Bintulu 18 Julai : SK Orang Kaya Mohammad telah berjaya mengadakan dua program serentak iaitu sukaneka yang diadakan diperkarangan sekolah, manakala motivasi tahun 6 diadakan di Hotel Recency. Kedua-kedua program ini bermula pada pukul 7.30 dan tamat pada pukul 5 petang. Kedua-dua program tersebut merupakan kerjasama pihak sekolah dengan pihak PIBG.

Pelbagai aktiviti telah diatur bagi mengisi acara sukaneka yang melibatkan murid-murid PRA, KKBP dan murid tahun 1 - 5. Selain murid-murid, guru - guru dan ibubapa juga terlibat bagi memeriahkan aktiviti sukaneka tersebut. Matlamat utama penganjuran program tersebut ialah untuk memupuk budaya kerjasama antara guru dan ibubapa melalui pelbagai program dan aktiviti yang telah dan akan disusun melalui platform PIBG.

Pada masa yang sama juga, murid tahun 6 telah diberi motivasi sebagai persediaan untuk menghadapi peperiksaan UPSR yang bakal tiba. Program ini merupakan anjuran Unit Bimbingan dan Kaunseling dengan kerjasama PIBG. Antara penceramah luar yang dijemput ialah En. Rashid dari MLNG dan Cikgu Adi Kupon yang merupakan guru kaunseling dari SK Jepak. Semua murid teruja dengan kemudahan yang disediakan di hotel ini. Mudah-mudahan mereka akan berusaha bersungguh-sungguh untuk mencapai kejayaan yang cemerlang.


Friday, July 17, 2009

Andai ku tahu ajal ku...



Orang yang bijak ialah orang yang sentiasa mengingati mati. Oleh itu perlu bersedia. Kematian bakal menjemput, bila-bila waktu.


Memperingati peristiwa Isra' dan Mikraj : Bintulu adakan kuliah ilmu

Dr. Haji Abd Basit Bin Abd Rahman

Sempena kehadiran Bulan Rejab Bintulu Iqra Center dengan kerjasama BPSB, JAIS, JKTAIB dan masjid-masjid disekitar Bintulu akan mengadakan siri ceramah bergerak yang akan di sampaikan oleh penceramah yang terkenal. Beliau akan bersama isteri akan membuat road show di masjid dan surau di sekitar Bintulu. Penceramah yang diundang ialah Dr. Haji Abd Basit Bin Abd Rahman, merupakan seorang pensyarah di Kolej Islam Antarabangsa Kelantan. Marilah kita sama-sama mengambil peluang untuk mendengar ceramah sebagai pengisian rohani yang mana iman kita perlu di ' charge ' dari minit ke minit, hari ke hari untuk memastikan iman kita tetap istiqamah mengakui keesaan pencipta untuk melaksanakan amal maaruf, nahi munkar.

JADUAL CERAMAH UMUM

JADUAL CERAMAH KHUSUS UNTUK WANITA


BIOADATA

Nama : Abdul Basit Bin Hj. Abdul Rahman
Gelaran : Abu Anas Madani
Tempat Lahir Pondok Sungai Durian, Kuala Krai, Kelantan
Alamat Pondok Sungai Durian, 18000 Kuala Krai, Kelantan, Malaysia. email: ainbaa@yahoo.com. HP: 019-9441881. Pej; 09-9664161. Website: www.abuanasmadani.com / www.dartaibah.com
Sejarah Pendidikan
  1. Pondok Sungai Durian, Kuala Krai, Kelantan
  2. BA (Syariah) Universiti Islam Madinah
  3. MA (Syariah) Universiti Islam Madinah
  4. Ph.D (Syariah) Universiti Islam Madinah
Keluarga

Isteri
Ummu Anas Madani
LLB (Hons) UIA
Pengajian Al-Quran & Bahasa Arab
(Pusat Bahasa Arab) Madinah

Putera-puteri
1. Anas Madani (1 Jun 1998)
2. ‘Amir Madani (3 Oktober 1999)
3. ‘Asim Usamah (26 September 2001)
4. As‘Ad Madani (23 Mac 2003)
5. Iffah (05 Oktober 2007 - 23 Ramadhan 1428H)

Jawatan

1) Musyrif (Penasihat) Pondok Sungai Durian, Kuala Krai, Kelantan.
2) Panel Penasihat Dakwah, Kerajaan Negeri Kelantan. Tahun 1428-1429H.
3) Pensyarah di Jabatan Syariah, Kolej Islam A/bangsa Sultan Ismail Petra (KIAS)
4) Pembimbing Kepada Jemaah Haji Ash-Har Travel & Tour Sdn Bhd.
5) AJK Perkim Negeri Kelantan (2008-2010).
6) Panel Jemputan TV9, Program “Tanyalah Ustaz” & “Muqaddimah”. TV3 “Al-Kuliyah”.
7) Panel Jemputan Radio Ikim.fm. Program “Warisan”.
8) Kolumnis Majalah SOLUSI (Terbitan Telaga Biru) Ruang: SYIAR.
9) Disamping menerima jemputan ceramah, seminar, forum & kuliah di seluruh negara.

Pengalaman

Pendakwah & pembimbing pada musim haji di Makkah dan Madinah, bertugas sebagai guru agama kepada pakej Dar Al-Eiman yang mengendalikan pakej VIP Tabung Haji serta lain-lain pakej.
Pernah menjadi ahli panel Forum “Al-Kulliyyah” TV3 (di Makkah) serta program “Jejak Rasul” (di Madinah).

Thursday, July 16, 2009

Pengantin lama yang dibaharukan

Ierfan dan umi ber'foto' dengan pengantin, Nabihan baru pertama kali
sampai ke Bintulu. Beliau ketika ini masih belajar di UPM Serdang.
Cuti seminggu dihabiskan di Bintulu. Lepas ni dia akan menetap di Bintulu.


Pengantin lama yang masih baru

Malam ini kami menerima tetamu, pengantin lama, tapi masih baru. ha ha ha mcm mana tu? Siapa dia itu? Beliau adalah Ustaz Mohd Sardi, Pengerusi AMAL Bintulu, merangkap Naib Pengerusi AMAL Sarawak. Kehadiran beliau ke rumah Ierfan malam ini tidak berseorangan. Beliau ditemani oleh isterinya...Nabihan. Ceria sungguh Ustaz Sardi malam ini.

Insyallah, Ustaz Sardi akan membuat majlis kesyukuran perkahwinan beliau di rumah Ustaz Halim pada hari Sabtu ini ( 18 Julai 2009 ), bersama-sama beberapa pasang pengantin yang akan dipanggil pengantin baru, kerana majlis telah berlalu pada cuti Disember tahun 2008. Apa pun kita ucapkan tahniah kepada mereka yang telah selamat bergelar suami...mudah-mudahan menjadi suami yang cemerlang di rumah dan di luar rumah..dan kekal rumah tangga hingga akhir hayat. Insyallah.

Menjamu selera di rumah Ierfan

Sesi pemantauan di sekolah kami


Alhamdulillah, tarikh 16 Julai merupakan tarikh yang ditunggu-tunggu oleh sekolah-sekolah di Bahagian Bintulu yang sedang melaksanakan program j-QAF. Ini adalah kerana pada tarikh itu akan diadakan pemantauan oleh para pegawai dari Bahagian Perkembangan Kurikulum BPI, Sektor Pendidikan Islam SPPIM, Unit Pendidikan Islam bersama dengan pensyarah-pensyarah IPG 4 buah IPG di Sarawak.

Sekolah kami didatangi oleh 3 orang pegawai iaitu Ustaz Azizan Mohamad dari BPK, En Normizan dari IPG Rajang dan Ust Mohd Madani dari IPS Miri. Kehadiran mereka lebih kurang pukul 12.45 tghari dan selesai pemantauan lebih kurangg pukul 2 petang. Antara aktiviti semasa pemantauan itu ialah tayangan slide berkenaan pencapaian murid-murid Islam khusus murid-murid yang sedang melaksanakan program j-QAF beserta aktiviti Panitia Pendidikan Islam di sekolah.

Alhamdulillah, respon yang baik dari pelawat tentang keberkesanan pelaksanaan program j-QAF di sekolah dan pujian di atas kerjasama dengan semua pihak terutama pentadbir dan guru-guru Pendidikan Islam. Selepas melihat tayangan slide, para pelawat dibawa melihat tempat-tempat pelaksanaan aktiviti program j-QAF seperti bilik agama, tempat berwuduk dan kelas-kelas pelaksanaan P & P.

Pihak pentadbir dan semua guru - guru GPI mengucapkan berbanyak-banyak terima kasih kepada para pelawat di atas kesudian untuk bertandang ke sekolah kami untuk memastikan pelaksanaan j-QAF mengikut garis panduan yang telah ditetapkan. Pihak panitia mengalu-alukan kehadiran mana - mana para pegawai yang belum pernah sampai ke Sekolah Orang Kaya Mohammad, Bintulu agar dapat sampai untuk melihat aktiviti dan pelaksanaan j-QAF yang sedang berlangsung.


Saturday, July 11, 2009

Fadhilat Rejab, bagi sesiapa yang tidak tahu menilainya

Thursday, July 9, 2009

SMK Assyakirin students should take the main road for their safety – Kidurong Assemblyman

Hundred of students from Sg. Plan housing area have been endangering their own safety by crossing a river on a makeshift bridge made of piling poles all these years.

Their plight came to our notice when someone call us to highlight their plight in Bintulu Edition.

State Legislative Assemblyman for Kidurong Chew Chin Sing when approached for comment today at his office in ParkCity Commercial Square said these students should take the main road instead.

“In view of their safety, they can coming down from SMK Assyakirin to SK Tg Batu, from there cross over to the Sungai Plan flats area”

He admitted that might take double the time for them using the ‘unsafe’ short cut route but a safer alternative. Chew also pledging to bring up the matter to the relevant authority.



He promised no immediate solution to the problem. Share you thoughts or joint the discussion here.

Prestasi merosot punca bahasa Ibunda diguna semula


SEKUMPULAN murid SK St. Thomas, Kuantan gembira dengan berita pemansuhan PPSMI yang diumumkan semalam.

Muhyiddin


PUTRAJAYA – Timbalan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin mengumumkan pengajaran dan pembelajaran Sains dan Matematik di sekolah kebangsaan akan dilaksanakan dalam Bahasa Malaysia berkuat kuasa pada 2012.

Beliau yang juga Menteri Pelajaran berkata, pengajaran dan pembelajaran Sains dan Matematik di sekolah jenis kebangsaan Cina dan Tamil pula akan dilaksanakan dalam bahasa ibunda mereka.

Muhyiddin berkata, Kabinet juga meluluskan cadangan memartabatkan Bahasa Malaysia dan memantapkan pengajaran dan pembelajaran Bahasa Inggeris di semua peringkat persekolahan.

“Strategi ini dirangka berdasarkan hasil kajian dan pemantauan Kementerian Pelajaran mengenai pengajaran dan pembelajaran Sains dan Matematik dalam Bahasa Inggeris (PPSMI) sejak ia dimulakan pada 2003,” katanya pada sidang akhbar di sini semalam.

PPSMI diperkenalkan pada 2003 dan kumpulan pertama murid yang mempelajari Sains dan Matematik dalam Bahasa Inggeris sejak Tahun Satu ialah mereka yang menduduki Ujian Pencapaian Sekolah Rendah (UPSR) tahun lepas.

Wednesday, July 8, 2009

Berita besar yang perlu di ketahui

Berita besar yang perlu diketahui oleh pelayar abuierfan hari ini. Kebiasaannya dalam siri-siri pertemuan dengan sahabat-sahabat, mereka sering mengutarakan isu dan berita hangat ketika bertemu. Disini saya catatkan untuk bacaan dan makluman sahabat-sahabat.

1 ) Pilhanraya Indonesia : Susilo menang penggal ke- 2

PRESIDEN Indonesia Susilo Bambang Yudhoyono disambut oleh pasukan kempennya dikediamannya di Cikeas, Barat Jawa pada 8 Julai 2009. Susilo memenangi pilihanraya untuk penggal kedua.-foto REUTERS



Pengundi pengundi Indonesia sekali lagi mempertaruhkan nasib mereka dibawah Presiden Susilo Bambang Yudhoyono untuk penggal kedua lima tahun akan datang. Presiden Susilo telah berjanji untuk meneruskan reformasi ekonomi berterusan diera keadaan dunia yang masih tak menentu.

2 ) PPSMI dimansuh = PPSMI tidak diteruskan

KUALA LUMPUR: Isu Pengajaran dan Pembelajaran Sains dan Matematik dalam Bahasa Inggeris (PPSMI) yang mendapat bantahan beberapa pihak, terutama pejuang bahasa dijangka berakhir berikutan keputusan kerajaan memansuhkan dasar itu.

Sebagai ganti, kerajaan akan mengumumkan strategi yang lebih menyeluruh untuk meningkatkan pengajaran bahasa Melayu dan pada masa sama tidak mengetepikan kepentingan bahasa Inggeris di semua peringkat sekolah.

Menurut sumber, dasar baru itu dijangka bermula pada 2012 dan akan dibentangkan pada mesyuarat Kabinet hari ini untuk kelulusan.

Antara langkah yang dijangka diumumkan kerajaan untuk meningkatkan penguasaan bahasa Inggeris adalah menambah bilangan guru dan waktu pelajaran bahasa itu di sekolah, memperkenalkan subjek baru serta merapatkan jurang perbezaan pencapaian murid luar bandar dan dalam bandar.

Sementara itu, Timbalan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin, ketika diminta mengulas perkara itu, berkata beliau akan mengumumkan keputusan muktamad kerajaan selepas membentangkannya kepada Kabinet tetapi enggan menyatakan butirannya.

Beliau yang juga juga Menteri Pelajaran, berkata keputusan itu dibuat selepas kajian teliti termasuk perbincangan dengan pelbagai badan atau pertubuhan berkaitan pendidikan.

"Tunggulah esok (hari ini). Saya sudah mengemukakan memorandum kepada Kabinet mengenai kedudukan PPSMI dan apa yang telah dilaksanakan dan bagaimana kedudukan penguasaan bahasa Inggeris serta subjek Sains dan Matematik sejak kita melaksanakan dasar itu," katanya selepas melancarkan Projek Gerak Bakti Ujian Penilaian Sekolah Rendah (UPSR), di Kompleks Seri Pekembar Pagoh, dekat Muar, semalam.

Beliau berkata, kementerian sudah membuat banyak kajian dan menemui pelbagai hasil termasuk prospek masa depan PPSMI sebelum dibentangkan kepada Kabinet.

"Antara yang diteliti dan menjadi perkara pokok ialah bagaimana kita meneruskan usaha memartabatkan Bahasa Kebangsaan, di samping memperkukuhkan penguasaan bahasa Inggeris," katanya.

Beliau juga berkata, keputusan mengenai kedudukan PPSMI tidak dibuat secara terburu-buru dan bukan kerana desakan serta tekanan mana-mana pihak, sebaliknya ia berdasarkan kepentingan pelajar dan keutamaan untuk mempertingkatkan sistem pendidikan negara.

Ditanya sama ada keputusan itu adalah yang terakhir dan tiada lagi kajian selepas ini, Muhyiddin berkata pihaknya sudah menerima pandangan mengenai PPSMI sejak bertahun-tahun lalu dan sepatutnya sudah ada keputusan muktamad dicapai.

Beliau turut mengakui mengadakan perbincangan dengan bekas Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad untuk menjelaskan kedudukan PBSMI dan membentangkannya kepada Majlis Tertinggi Umno untuk mendapatkan input daripada pimpinan parti.

Katanya, wakil parti komponen Barisan Nasional (BN) juga akan menyuarakan pendapat pada mesyuarat Kabinet.

Sumber : http://www.bharian.com.my/

Lagi berita ..

Mansuh PPSMI 'kejayaan rakyat'
PPSMI dimansuhkan mulai 2012

Ierfan ber ' imej ' baru

Tarikh 17 Dec 2007 kali pertama Ierfan dibotakkan kepala. Setelah ditimbang adalah lebih kurang beratnya kurang dari 1 g. Ditukar dengan kiraan emas adalah lebih kurang RM 36.

Kemudian, tarikh 07 Julai 09, Ierfan botak kali ke-2. Setelah 1 tahun 7 bulan, itulah kali pertama dia mahu dan merelakan kepalanya dibotakkan. Ini projek Ummi Ierfan, bila tengok abi mencukur kepala, Ierfan pun teringin membotakkan kepala, inilah anak abi...hahaha...





Friday, July 3, 2009

Majlis perpisahan Hj Ghani & Hj Hassan

Tuan Haji Hassan sedang menyampaikan ucapan
perpisahan bersama sahabat-sahabat BIC.


Hadiah sebagai kenangan dari BIC untuk Tuan Haji Abd Ghani

Sebenarnya tulisan ini sudah lama dikeluarkan, tetapi oleh kerana kerja dan tugasan, terpaksa ditangguhkan sehingga ke saat ini. Maaf kepada pelayar setia, menanti berita terkini dari Abu Ierfan.

Kali ini ingin saya berkongsi tentang majlis perpisahan Tuan Haji Ghani dan Haji Hassan. Kedua-dua sahabat kami ini telah melapor diri di tempat baru mereka, iaitu Tuan Haji Ghani telah melapor diri pada 1 Julai di Bangi, manakala Tuan Haji Hassan telah melapor diri di Sudan. Mudah-mudahan mereka selamat dan bergembira di tempat baru. Untuk pengetahuan semua, Haji Ghani dan Haji Hassan adalah tenaga pengerak utama Bintulu Iqra' Center.

Sebelum itu, 2 orang sahabat kami juga telah berpindah untuk bertugas di tempat baru. Abang Hemy telah bertugas di Putrajaya manakala Ustaz Mohd Siroj telah berpindah di Bukit Jelutong Pulau Pinang. Apapun bagi kami, perasaan sedih memang ada, namun terpaksa akur dengan kehendak maha pencipta dan yang maha pengatur. Dia berhak meletakkan kita di mana-mana tempat yang sepatutnya.

Bagi rakan-rakan yang masih di Bintulu, teruskan kerja dakwah, masih banyak lagi perkara baru yang perlu diteroka, dan masih ramai lagi mad'u yang menanti. Yang pergi tetap pergi, namun yang datang juga tidak kurang hebatnya, yang penting ISTIQAMAH atas jalan dakwah.

" Terus ISTIQAMAH Mendokong ISLAM "
 

Labels

About This Blog

Labels

Labels

Labels