Sunday, February 1, 2009

KAMI SEKELUARGA BERMUSAFIR LAGI

KUCHING pun sambut Tahun Baru Cina 2009. Kami sempat bergambar dgn beberapa ekor Kuching

Catatan perjalanan siri 2

Kami sampai ke Kuching pada pukul 4 petang ( 24 Januari 2009 ). Banyak pengalaman dan pemandangan yang ditemui sepanjang perjalanan kami ke Kuching. Inilah pertama kali bermusafir dengan menaiki kereta ke Kuching.

Kami bertemu dengan Ust Syukri di Masjid Bahagian Kuching. Kami makan nasi Kerabu gerai Kelate di hadapan Masjid. Baru kami tau ramai juga orang Kelate di sini. Selepas itu kami pergi ke Rumah Ust Ashraf di Taman Seri Wangi ( berhadapan dengan rumah YB Daud Abd Rahman )

Selepas solat Maghrib kami di bawa ke Pasar Satok. Menarik juga pasar ini, jarang-jarang kami sampai kat sini. Selepas itu kami pergi ke Gerisik, tempat jualan kek lapis yang terkenal iaitu Kedai Kek Lapis Dayang Suliha.

Jam 10 malam baru kami pulang ke rumah Ust Ashraf untuk berehat.

Kami bermalam di rumah Ust Hafiez di Sibu. Bersama anak2 kami

Suasana malam di Pekan Satok. Sekadar window shopping sahaja

Di hadapan kedai kek lapis. Sempat membeli untuk ole-ole untuk dibawa ke kampung

25 Januari 2009 ( Ahad )

Seawal jam 8.30 pagi kami keluar untuk ke Serikin di mana tempat jualan pedagang-pedagang dari Indonesia. Jarak dari Kuching lebih kurang 30 Km. Banyak juga barang-barang yang menarik di temui di sini.Rakan-rakan yang yang bercuti di sini , antaranya Cikgu Jilem, Cikgu Hamidah dan beberapa orang cikgu yang sama – sama mengajar di Bintulu tetapi nama tak tau, tapi kenal la mereka tu.

Habis membeli belah, kami pergi rumah Ustaz Izwan Yusof (JAKIM ). Ustaz Izwan menjamu makan tengahari dengan nasi ayam. Selepas itu kami solat zohor dan terus ke rumah Ust Syukri. Selepas minum petang di rumah Ustaz Syukri kami pergi ke tamu ( pasar Kuching ) untuk membeli ikan terubuk masin.

Jam 6.30 petang baru kami sampai ke rumah Ustaz Ashraf untuk bersiap-siap untuk pergi ke airport untuk pulang ke Parit Raja. Penerbangan kami pada pukul 9.45 malam, namun kami kena awal keluar dari rumah kerana difahamkan keberangkalian jalan sesak disebabkan sambutan perayaan Tahun Baru Cina. Seperti yang dijangka memang jalan sesak penuh dengan kereta. Di langit pelbagai aneka warna berkilauan kerana tembakan bunyi mercun. Mujur perjalanan kami tidak tersekat. Kami sampai jam 8.00 malam. Selepas kami mengucapkan selamat tinggal kepada Ust Ashraf dan isteri kami masuk ke airport . Selepas itu kami masukkan barang, dan bergegas ke balai berlepas.

Hari ini hari ke 3 Ierfan boleh berjalan. Suka la dia dapat berjalan, kami yang kepenatan melayan dia. Lebih kurang jam 9.30 malam kami masuk di dalam perut kapal, di luar sana sedang lebat hujan. Oleh kerana kami lambat sampai ke gate 2, terpaksa la kami beratur di barisan paling belakang sekali, ingatkan kapal penuh sangat, rupa- rupanya masih banyak seat kosong.

Jam 11.05 malam baru kami tiba di Lapangan Terbang Senai, Johor. Kami di sambut oleh atuk dan Abang Amie dengan menaiki Kereta Kenari. Hujan sungguh lebat pada malam itu, mengikut kata atuk, sudah sebulan tak hujan kat sini. Kami tiba di rumah jam 12.30 tengah malam. Letih sungguh perjalanan pada hari ini.

Semasa shopping di Serikin. Pertama kali kami sampai di sini

Kedai jualan yang terdapat di Serikin

Kami sempat ziarah sahabat lama ( ex-Um 1998-2001 ) Ust Hisham Syukri

Makan tengahari di rumah Ust Mohd Izwan Yusof. Terima kasih Ustazah Rafidah.

Kenangan dengan keluarga Ustaz Nik Syukri. Orang kuat di JPN ni.

Terubuk masin untuk ole-ole orang kampung.
Hanya di Kuching ikan terubuk yang paling sedap


Mesti tak percaya, harganya mencecah rm 160.

Kenangan sebelum pulang ke Bintulu

Terima kasih kami ucapkan di atas kesudian sahabat - sahabat menerima kami sebagai tetamu. Mudah-mudahan segala pertemuan dan layanan yang diberikan kepada kami akan mendapat ganjaran daripada Allah. Pengorbanan masa dan tenaga tak akan kami lupakan.


3 comments:

FarEastNajmi said...

Lama tak tengok muka Ustaz hafiez..anak die ke tue..dah besar jugak yer...Isterinya kalau tak silap Ustazah Norzie kan...jodoh ek...

perantau.tt said...

salam Ustaz.. sihat betul yer.. hehe

hampir2 tak perasan... :)

Unknown said...

bila nak bermusafir ke oman pulak pak baem? hehe..rumah kami sentiasa terbuka :)

 

Labels

About This Blog

Labels

Labels

Powered By Blogger

Labels