Wednesday, February 18, 2009

PROTON 'EXORA' VS TOYOTA 'IPSUM'

Exora yang bakal di pasaran

Semalam dalam berita dah keluar model baru MPV Proton Exora. Harga lebih kurang rm 80 ribu. Memang dalam angan-angan dan target kami, memang akan guna MPV suatu hari nanti. Kami memikirkan dari sudut keselesaan untuk perjalanan jauh, apatah lagi di Sarawak ini, jarak antara bandar ke satu bandar yang lain lebih kurang 200 km. Kalau bawak Ierfan tu, sampai boring dia, nak main dalam kereta sempit, kalau ada MPV boleh la tahan luas sikit.

Tengok kereta proton tu cantik juga, sesuai la dengan harganya, berbanding harga Ipsum mencecah rm 120 000. Apapun keputusan belum ada lagi, tunggu sedikit masa lagi.

Sekarang ni tengah musim ekonomi gawat. Bila tengok kedai kereta banyak sangat kereta yang tidak terjual. Sepatutnya musim ekonomi gawat ni, masa ni la nak turunkan harga kereta. Tapi mengikut kata Abang Wan sebelah rumah kami, harga kereta tak turun-turun masih harga biasa sahaja. Kesian penjual kereta sebab susah nak cari pelanggan.

Sekadar angan-angan sahaja. Umi Ierfan dan berangan nak bawak Ipsum ke sekolah. Kami berdoa agar dimurahkan rezeki dan dipermudahkan segala urusan.

Toyota Ipsum dalam perancangan keluarga Ierfan. Insyallah.

3 comments:

FarEastNajmi said...

InsyaAllah..Moga dipermudahkan...
IPSUM
Ierfan, Pandu, Sampai, Universiti Malaya...(IPSUM)

Mobile Blogger said...

Ipsum memang berbaloi.

Unknown said...

pak baem beli keta kat oman je murah..pajero rm50k je..hehe..

 

Labels

About This Blog

Labels

Labels

Powered By Blogger

Labels