Sunday, May 17, 2009

Umrah & Ziarah : Rombongan Bintulu

Tinggal 10 hari lagi, kami sekeluarga akan berangkat untuk menunaikan ibadah umrah dan ziarah. Terasa masih banyak lagi persediaan yang perlu dibuat, memandangkan banyak masa diperuntukkan untuk menyiapkan kerja-kerja sekolah yang amat perlu juga. Apa pun persediaan rohani dan mental amat perlu bagi kami.

Saya insyallah akan pergi bersama isteri dan ibu. Ierfan terpaksa tinggal dengan nenek, kesian Ierfan. Maafkan abi kerana tak dapat membawa Ierfan bersama, nanti Ierfan besar kita pergi haji sekali. Terasa sedih juga kerana Ierfan tak dibawa, mana kami pernah berpisah lama dengan Ierfan, paling kurang pun 3 atau 4 hari, disebabkan kursus. Mudah-mudahan dipermudahkan segala urusan baik dari segi keluarga mahupun urusan untuk sampai dan melaksanakan ibadah di sana nanti.

Banyak juga kelengkapan yang perlu disediakan. Sebagai penjawat awam kita perlu memohon untuk ke luar negeri di sebabkan keperluan keselamatan sewaktu berada di luar negara. Selain itu pencegahan melalui suntikan yang telah kami tempah tempohari, setakat ini kami belum lagi dihubungi untuk mendapatkan suntikan vaksinti. Kami terpaksa mengambil cuti CRK disebabkan keperluan berbuat demikian. Dibawah ini kami catatkan perjalanan kami jika diizinkan oleh Allah.

JADUAL PERJALANAN KAMI

Bertolak

27/05/09 KL - bangkok MH 780 5.50 ptg -6.55 ptg

28/05/09 Bangkok - Cairo MS 961 12.45 mlm - 6.00 pagi

31/05/09 Cairo-Jeddah MS 671 3.30 ptg -5.30 ptg

Balik

12/06/09 Jeddah-Cairo MS 672 6.30 ptg -8.45 malam 12/06/09 Cairo-Bangkok MS 962 11.00 malam - 11.55 pagi

13/06/09 Bangkok - KL MH 789 2.15 ptg - 5.25 ptg



HARI 1 27/05/09 KUALA LUMPURCAIRO (RABU)

Berkumpul di lapangan terbang KLIA urusan check in 03 jam sebelum penerbangan seterusnya berlepas ke Cairo


HARI 2 28/05/09 CAIRO (KHAMIS)

Setibanya di Cairo, jemaah akan disambut oleh wakil kami dan seterusnya ke hotel dan check in, berehat seketika. Kemudian jemaah akan di bawa melawat sekitar Bandaraya Kaherah, Masjid Al-Azhar & Masjid Iman Al Hussein, kilang kristal serta Bazaar Khan Al Khallili .


HARI 3 29/05/09 CAIRO - PIRAMID (JUMAAT)

Selepas sarapan melawat kawasan Piramid di Dataran Tinggi Giza untuk melihat 3 piramid yang terkenal dan satu di antaranya dikenali sebagai salah satu dari tujuh keajaiban dunia. Yang terbesar adalah Piramid Cheop diikuti kedua terbesar Piramid Cephren dan yang kecil Piramid Mycerinus terdapat patung Sphinx. Selain itu anda juga akan di bawa melawat ke Bazaar Minyak Wangi, Bazaar Payprus, Maqam Imam Syafie, Masjid Amru, kemudian Masjid Sultan Hassan dan Maqam Saidina Napisah.


HARI 4 30/06/09 CAIRO - ISKANDARIAH (SABTU)

Selepas sarapan pagi jemaah akan di bawa melawat sekitar bandaraya Iskandariah (350km) termasuk Taman bunga Muntazah, Istana Raja Farouk, Masjid serta Maqam Imam Busoiri dan Maqam dan Masjid Lukman Al-Hakim dan Makam Nabi Danial.


HARI 5 31/06/09 CAIRO – JEDDAH – MADINAH (AHAD)

Acara bebas untuk membeli belah sehingga tiba masa untuk berangkat ke Airport untuk penerbangan ke Jeddah. Tiba di Jeddah jemaah akan di sambut oleh wakil kami (Hj Subhan) dan seterusnya menyambung perjalanan ke Kota Madinah. Perjalanan akan mengambil masa lebih kurang 5 jam. Tiba di Madinah check-in hotel dan berehat.


HARI 6 01/06/09 MADINAH (ISNIN)

Selepas sarapan pagi jemaah akan di bawa melawat sekitar Masjid Nabawi, Raudah, Makam Rasulullah S.A.W, Makam Saidina Abu Bakar R.A, Makam Saidina Umar Al Khattab serta Perkuburan Baqi’.


HARI 7 02/06/09 MEDINAH - ZIARAH (SELASA)

Program ziarah di persekitaran Bandar Madinah.Rombongan akan dibawa ke Masjid Quba untuk sembahyang sunat Zhuha. Seterusnya rombongan akan terus ke masjid Jumaat, Masjid Qiblatain, Kilang mencetak Al – Quran (BERGANTUNG KEPADA KELULUSAN) Shuhada Uhud, Masjid tujuh, Medan Khandak dan seterusnya dalam perjalanan pulang, rombongan akan singgah di pasar kurma.


HARI 8 03/06/09 MEDINAH - MAKKAH (RABU)

Acara bebas sebelah pagi, jemaah di minta mengemas barang masing-masing untuk bertolak ke mekah selepas makan tengahari, jemaah di minta memakai ihram dan perjalanan akan di singgah di Bir Ali untuk Miqat umrah. Tiba di Mekah di jangka jam 9.00 malam , jemaah yang berkemampuan akan di bawa ke Masjidil Haram oleh Petugas untuk menyempurnakan Tawaf dan Saei Umrah

.

HARI 9 04/06/09 MAKKAH - ZIARAH (KHAMIS)

Selepas sarapan pagi jemaah akan di bawa melawat tempat – tempat peninggalan sejarah islam sekitar Mekah seperti Jabal Nur , Jabal Thurs , Arafah , Jabal Rahmah , Mudzalifah , Mina , dan seterusnya ke Masjid Jaaranah untuk Berniat Umrah ( MIQAT UMRAH )


HARI 10-16 05 (JUMAAT) -11/06/09 MAKKAH - ACARA BEBAS

Hari ini jemaah bebas mengerjakan Umrah secara bersendirian. Jemaah dinasihati untuk mengambil peluang keemasan semasa berada di Makkah bagi memperbanyakkan ibadat, Tawaf sunat dan mengerjakan Umrah setakat yang terdaya.


HARI 17-18 12 (JUMAAT) -13/06/09 MAKKAH – JEDDAH – CAIRO -KUALA LUMPUR

Berangkat ke KAAI Airport Jeddah. Jemaah diingatkan supaya mengerjakan Tawaf Wida’ sebelumnya bertolak ke Jeddah. Tiba di Jeddah urusan check-in dan berlepas ke Malaysia.

2 comments:

Anonymous said...

Ahlan..ahlan ke pelembahan Nil..nanti sampai tanah haram sampaikan salam ana untuk Junjungan Besar kita...doakan ana dalam raudhah dan multazam bior ana sampai ke sana lagi..

abuierfan.blogspot.com said...

Terima kasih, Insyallah ana akan cari anta, dengarnya ada barang org nak kirim, dia tanya apa patut di beri pada Ust Yeop...jgn marah.

 

Labels

About This Blog

Labels

Labels

Powered By Blogger

Labels