Sunday, March 1, 2009

ALHAMDULILLAH.....KDN BATAL WARTA KEBENARAN GUNA PERKATAAN ' ALLAH '

Laporan Malaysiakini menyebut bahawa KDN tarikh balik warta penggunaa kalimah Allah di dalam penerbitan agama Kristian amat melegakan kebanyakkan orang Islam yang prihatin dan ambil berat terhadap kesucian Islam. Sila lihat Malaysiakini.com.

Sebenarnya ketika saya sampai di Sarawak ini, amat terkejut sekali bila melihat gereja di tanda dengan rumah Bonda Allah. Hal ini mmg dah berlaku di kawasan-kasawan tertentu, cuma tidak ada sesiapa yg melaporkan perkara tersebut.

Perkara ini jangan di pandang ringan sahaja kerana ianya melibatkan akidah. Ketika ramai masyarakat Islam di Sarawak masih belum kuat pegangan agama, pelbagai peristiwa melanda , menyebabkan mereka berasa keliru terhadap Allah yg wajib di sembah. Anak - anak pula cuba mengambarkan bahawa Allah itu wujud dengan rupa fizikal yang tertentu. Astagfirullah Al Azim.

Sesungguhnya Yahudi dan Nasrani tidak akan redha dengan agama Islam. Mereka akan membuat apa sahaja sehingga umat Islam akan mengikut jejak langkah mereka.

0 comments:

 

Labels

About This Blog

Labels

Labels

Powered By Blogger

Labels