Monday, March 2, 2009

GOTONG ROYONG BIC

Premis BIC berwajah baru

Pada 1 Mac 2009 bersamaan hari Ahad yang lalu, pihak pengurusan BIC telah mengadakan gotong royong perdana untuk tahun 2009. Aktiviti seumpama ini biasanya diadakan setiap 3 bulan sekali. Ramai juga tenaga sukarela BIC yang berkhidmat bagi menjayakan aktiviti gotong royong ini, termasuk juga murid-murid yang belajar di BIC.

Pengarah program gotong royong kali ini ialah Saudara Mohd Azraie Daud. Aktiviti dimulakan dengan pengisian rohani yang disampaikan oleh Ustaz Mohd Sardi Ismail, seorang guru j-QAF di Bintulu ini. Mudah2an dengan pengisian rohani ini, selain tenaga yang kita curahkan, hubungan ukhuwah di kalangan ahli akan terbina dengan ikatan yang kukuh berkat kerja bersama-sama yang kita lakukan. Insyallah.

Saya selaku CEO BIC mengucapkan jutaan terima kasih di atas semua yang terlibat, yang sanggup mengorbankan masa pada hujung2 minggu yang sepatutnya digunakan untuk bersama2 keluarga. Mudah2an segala penat lelah sahabat2 sekalian akan diganjari dengan pahala yang berlipat ganda dari Allah.

Bagi murid - murid yang belajar di sini di harap akan lebih selesa dengan perubahan yang beraku di BIC ini.

Ust Mohd Sardi bersemangat menyampaikan kuliah.

Muslimat juga tidak ketinggalan untuk mengikuti majlis ilmu

Antara pendengar dan ahli2 BIC yang hadir pada hari tersebut

Pengarah program sedang memastikan tugasan berjalan dengan lancar.

Mereka sedang tekun melaksanakan kerja2 mengecat.
Kelihatan Saudara Syahrizal dan Hafiz



Baju2 layak pakai sedang diagihkan untuk memudahkan penghantaran

Rajin juga Ustazah Mardiyyah ni? lepas ni kat rumah Ierfan pula ye...

Syifa ni main air ker atau buat kerja...kerja betul2 yer...Amin tu pula buat aper?

Begitulah hebatnya program gotong royong kali ini, mereka bersedia untuk menginfaqkan tenaga untuk memastikan pusat pembelajaran BIC selesa untuk aktiviti pembelajaran.

0 comments:

 

Labels

About This Blog

Labels

Labels

Powered By Blogger

Labels