Monday, March 9, 2009

12 RABIUL AWAL DI BINTULU

Ketika saya menaip ini, saya baru sahaja menyudahkan tugasan untuk mengajar esok. Sebenarnya mata dah ngantuk, tapi ramai rakan-rakan ternanti-nanti berita di blog ini tentang sambutan di dewan suarah pagi tadi.

Hari ini diadakan perarakan dan pertandingan di dewan suarah sempena Sambutan Maulidurasul peringkat negeri yang diadakan di Bintulu. Jadi kami di Bintulu berpeluang mengikuti banyak program yang dianjurkan oleh kerajaan Sarawak. Telah saya ceritakan tentang program-program yang berlaku di Bintulu. Sila layari http://bintulu-iqracenter.blogspot.com/.

Ierfan bersemangat untuk turut serta di dalam perarakan maulidurasul

Pukul 7 pagi bermula pengadilan sepanduk yang disertai oleh 7 bahagian. Setiap bahagian banyak la juga. Saya terpilih sebagai hakim untuk tahun ke 2. Hakim ketepatan makna. Jadi saya menggunakan kemudahan VIP pada hari ini. Maknanya saya boleh guna jalan dan laluan dan parking VIP . Lebih kurang 1 jam saya mengadili sepanduk untuk kategori A, B dan C saya mengikut perarakan bersama-sama dengan guru-guru dan murid-murid SK Orang Kaya Mohammad bersama anak kesayangan saya Ierfan. Ierfan pun bersemangat hari ini, bangun pagi-pagi sampai jatuh katil takut kena tinggal.

Saya sedang mengadili sepanduk yang dipertandingkan

Di bilik penjumlahan kiraan markah, bilik urusetia

Laluan perarakan tak jauh seperti sebelum ini, tp berpeluh juga, klu banyak lemak tu, boleh tertanggal samping. He...he...he... jgn marah. Kontinjen SK Orang Kaya adalah seramai 100 orang lebih, klu tak silap saya. Selesai perarakan, kami menunggu keputusan pertandingan sepanduk. Berdebar-debar saya lihat semua yang mengambil bahagian. Memang tak dinafikan , orang Bintulu memang bersungguh buat sepanduk, ada yang lewat tidur semata-mata nak menyiapkan sepanduk. Ada tu pulak sampai tak sembahyang subuh kerana nak hantar pagi-pagi kat tempat pertandingan, takut terlewat.

Ierfan bersalawat bersama-sama abi

Ierfan kepenatan berarak, tak kisah ramai makcik-makcik tolong tolak.

Cikgu Ali memerhatikan kaki sepanduk, takut-takut tertanggal.

Letih cikgu? Makin kurus guru OKM mcm ni.


Pasangan suami isteri, Cikgu Let dan Cikgu Rodiah

Nampak keletihan pada wajah Cikgu Rozalani, Tgk baju tu, ni baru pengorbanan, lepas ni turun 5 kg.

Ierfan juga keletihan, tak larat nak buka mata

Sampai masa keputusan akan dimumkan, saya berbisik dengn GB, supaya bersedia, mana tau SK OKM menang tahun ni, siapa sangka. Memang tepat, walaupun saya hakim tetapi saya tidak mengadili sepanduk untuk kategori sekolah. Sepanduk kami memang kreatif, bentuk quran. Dengan bangganya GB mengambil hadiah beserta piala dan duit RM 1000.00. Tahniah SK Orang Kaya Mohammad. Kali terakhir kami dapat no 1 ialah pada tahun 2005. Itupun dapat RM 300 aja. Tahun ni rm1000.00, banyak tu.

Guru besar SK Orang Kaya Mohammad ( Puan Abidah Semail ) menerima piala beserta dengan baucer wang rm1000.00

Sepanduk SK OKM yang telah terpilih memenangi sepanduk terbaik kategori sekolah rendah.

Apapun jutaan terima kasih kepada semua yang memberi kerjasama di dalam usaha untuk menyiapkan sepanduk, terutama orang kuat membuat sepanduk Ustaz Nor Asrida. Memang pada tahun ini boleh dikatakan hampir semua mengambil bahagian untuk mencantikkan sepanduk. Alhamdulillah. Boleh diteruskan lagi pada tahun hadapan.

Para pemenang pertandingan sepanduk 2009

Sahabat KISAS, Pegawai JAIS di Kuching, Ustaz Helmi Nahrawi, anak Imam Besar

Inilah sahaja gambar yang sempat saya masukkan untuk tatapan sahabat yang tidak berkesempatan untuk bersama pada hari ini. Photo lain saya akan upload dlm bentuk album porta. Tunggu....

Sewaktu sedang menyiapkan sepanduk. Kak Kiah, Ustz Rozaini dan cikgu Let sedang tekun menyiapkan sepanduk

1 comments:

Unknown said...

ermm macam maner skolah sendiri leh menang ni syeikh..bagi markah lebih kat skolah sendiri ker? hehehe ..apa2 pun alfun mabruk..

 

Labels

About This Blog

Labels

Labels

Powered By Blogger

Labels