Disediakan Oleh: Ustaz Mohd Amir Ridhwan Abdullah
Pegawai HIKMAH Wilayah Tengah Sarawak
PENDAHULUAN
Segala puji bagi Allah yang telah mengutuskan RasulNya dengan petunjuk dan agama yang benar bagi sekalian agama walaupun golongan musyrik mengingkarinya. Sesungguhnya jalan kebenaran adalah luas terbentang. Jalan kebenaran adalah jalan para Nabi dan Rasul. Hanya jalan itu dapat membawa kejayaan dan kebahagian kepada manusia dunia dan Akhirat. Usaha dan misi Nabi Muhammad SAW dan para sahabah yang mengajak manusia mentaati kehendak Allah dan keselamatan yang hakiki perlu diteruskan sehingga Hari Kiamat. Atas maksud inilah usaha dakwah telah dilaksanakan di berbagai kawasan Wilayah Tengah Sarawak, khususnya di Ulu Kota, Pakan, Bahagian Sarikei, Sarawak.
Berkat kesungguhan dan pertolongan Allah, penduduk masyarakat Iban di Ulu Kota telah ramai memeluk Islam. Namun apa yang perlu kita lakukan setelah membawa mereke ke dalam Islam? Apa yang perlu kita lakukan terhadap mereka tatkala dan saat mereka menghadapi kesulitan dan ksesusahan? Inilah perlu difikirkan oleh umat Islam yang ada kerisauan tentang umat ini. Mereka adalah Saudara kita…
Firman Allah SWT di dalam Kitab Suci Al-Qur’an yang mulia:
[10] Wahai orang-orang yang beriman! Mahukah Aku tunjukkan kamu sesuatu perniagaan yang boleh menyelamatkan kamu dari azab seksa yang tidak terperi sakitnya? [11] Iaitu, kamu beriman kepada Allah dan RasulNya, serta kamu berjuang membela dan menegakkan ugama Allah dengan harta benda dan diri kamu; yang demikian itulah yang lebih baik bagi kamu, jika kamu mengetahui (hakikat yang sebenarnya). (Surah as-Saff, ayat 10-11).
1. LATARBELAKANG PENDUDUK SAUDARA BARU DI ULU KOTA PAKAN
1.1 LOKASI/ PERJALANAN
Rumah Bandok, Ulu Kota merupakan sebuah perkampungan kecil yang terletak jauh di pedalaman Bahagian Pakan dan Julau Sarikei. Jarak perjalanan dari Sarikei ke rumah panjang Ulu Kota mengambil masa lebih 3 jam.
Keadaan jalan agak sukar - berbukit dan berlumpur serta berlubang, menyukarkan perjalanan untuk sampai ke Ulu Kota. Bagi memudahkan perjalanan yang mencabar, para penduduk dan orang yang melawat biasanya menggunakan pacuan 4 roda (4×4W) serta lasak. Ini juga merupakan salah satu perkara yang menghalang pihak kami untuk pergi ke sana pada setiap bulan. Lantaran itu kadang-kadang kami terpaksa bekerjasama dengan badan-badan tertentu untuk ke sanan seperti YADIM dan BaitulMal. Walaubagaimanapun mereka juga agak terbatas kerana banyak tugas lain yang perlu diselesaikan di tempat lain dan mengikut peruntukan yang telah ditetapkan setiap tahun.
1.2 DEMOGRAFI PENDUDUK
Penduduk di Ulu Kota merupakan kaum Iban Sarawak dan penduduk tetap yang mendiami perkampungan Ulu Kota. Jumlah penduduk rumah panjang sekitar 500 orang dengan 2 buah rumah panjang bersebelahan. Bagi yang beragama Islam seramai 33 orang. Manakala yang telah menganut agama Kristian dianggarkan seramai 50% daripada 500 orang penduduk rumah panjang.
1.3 SUMBER EKONOMI UTAMA
Sumber ekonomi utama penduduk di sini ialah pertanian. Namun ada juga dalam kalangan mereka yang telah berhijrah ke bandar untuk mencari pendapatan dan bidang pekerjaan yang lain.
1.4 SIKAP DAN HUBUNGAN PENDUDUK DENGAN ORANG LUAR
Semasa lawatan sebelum ini, terdapat ibu bapa Saudara kita berminat anak mereka dihantar ke sekolah agama bagi mendalami Ilmu-Ilmu Islam. Pada peringkat awal, kami dapati bahawa penduduk rumah panjang di sini amat baik dan sentiasa mengalu-alukan kedatangan kami dan orang luar termasuklah yang sudah beragama Kristian. Malah ada sebahagian daripada penduduk rumah panjang lain juga turut mengalu-alukan kedatangan kami dan ingin mengetahui tentang agama Islam. Bahkan ada juga yang telah beragama Kristian berhasrat memeluk Islam pada masa akan datang.
1.5 MASALAH YANG DIHADAPI MUALLAF/ SAUDARA KITA DI ULU KOTA
Sebagaimana dijelaskan sebelum ini, hubungan penduduk rumah panjang dengan orang luar sememangnya amat baik sebelumnya. Malah kemasukan kepada agama Islam di kampung ini semakin bertambah setiap kali kami mengadakan lawatan dan ziarah. Secara umumnya semua penduduk rumah panjang telah boleh menerima kehadiran kami dengan baik.
Namun akhir-akhir ini berlaku kekecohan dan permasalahan yang ditimbulkan oleh pihak Missionnary (Kristian) di kampung ini berikutan kebimbangan mereka terhadap bertambahnya penganut Islam di Ulu Kota.
Pihak Kristian yang mulanya diwakili oleh guru sekolah yang tinggal di situ telah bekerjasama dengan pihak gereja untuk melakukan suatu agenda bagi menghalangi penyebaran Islam di situ.
Lantaran itu penduduk Islam di sini telah difitnah dengan berbagai keadaan dan dipulaukan oleh masyarakat mereka.
1.6 MEMOHON SUMBANGAN PEMBINAAN RUMAH DAN SURAU
Rentetan dari konflik dengan pihak Kristian di rumah panjang mereka ini, menyebabkan mereka telah mengambil langkah untuk berhijrah ke penempatan baru (lihat gambar di bawah), dengan harapan agar dapat melaksanakan ajaran Islam dengan baik dan terhindar dari gangguan pihak tertentu.
Pada masa sekarang pihak Saudara kita yang diketuai oleh Encik Azhar bin Abdullah, sedang mengusahakan pembinaan rumah mereka yang sementara dan dibina daripada bahan buluh-buluh dan seumpamanya. Ini kerana mereka tidak mempunyai peralatan seperti mesin pemotong kayu balak, tiada dana yang mencukupi untuk membeli atap dan sebagainya. Pihak kami amat terharu melihat keadaan mereka ini.
Sebelum ini pihak BaitulMal ada menyumbangkan RM2,000 bagi membina Surau. Jumlah ini amat jauh daripada mencukupi untuk membina sebuah Surau apatah lagi untuk membina sebuah rumah. Pada masa sekarang belum ada mana-mana pihak yang telah menghulurkan sumbangan untuk membantu mereka dalam membina rumah baru.
Keperluan mereka masa terdekat ini adalah seperti berikut:
1. Atap zink bagi pembinaan rumah
2. Tiang kayu
3. Alat/ mesin pemotong
4. Papan
5. Tong air
KESIMPULAN
Penduduk Saudara baru di Ulu Kota adalah Saudara seagama dengan kita, dan saudara yang diikat atas dasar I’ktiqad yang satu yakni penyaksian bahawa Tiada tuhan yang patut disembah dengan selayaknya melainkan Allah dan Muhammad adalah utusan Allah. Ikrar inilah yang mengikat hubungan kita dengan mereka. Mereka adalah Saudara kita yang menghadapi tekanan dan permasalahan di tanah air sendiri. Oleh itu, saya menyeru kepada semua yang ingin membantu, bantulah mereka ini agar dapatlah mengurangkan bebanan yang mereka hadapi.
Mereka ini memerlukan rumah dan Surau. Namun kos untuk melaksanakannya agak besar dan sulit bagi mereka. Justeru, sumbangan berupa bahan binaan atau wang ringgit daripada sahabat-sahabat, saudara-saudara sekalian adalah diperlukan untuk membantu mereka ini.
CATATAN: SEBARANG PERTANYAAN, BOLEH BERHUBUNG DENGAN:
1. Ustaz Mohd Amir Ridhwan Bin Abdullah
Pegawai HIKMAH Wilayah Tengah Sarawak.
E-mail: daieallah@hotmail.com
Telefon: 019-8643076
2. Encik Azhar Bin Abdullah (Ketua Saudara Kita Ulu Kota)
Telefon: 013-5786991
3. Saudara Mukhtar Suhaili
Pengerusi AMAL Sarawak
Tel : 016 -890 9717
email : al_akhyar81@yahoo.com
http://muhtarsuhaili.wordpress.com/
4. Saudara Ibrahim Mat Isa
Pengerusi JK Pembelaan Saudara Kita Ulu Kota
merangkap Pengerusi Unit Kebajikan & Kemasyarakatan AMAL Sarawak
Tel : 019 - 4535 119
Email : abuierfan@gmail.com
http://abuierfan.blogspot.com/
SUMBANGAN WANG TUNAI BOLEH DISALURKAN TERUS KE DALAM AKAUN SAUDARA KITA DI ULU KOTA IAITU:
0 comments:
Post a Comment