Sunday, March 8, 2009

BINTULU MENYAMBUT MAULIDURRASUL

Aktiviti Penceramah di sekitar Bintulu

Tahun 2009 / 1430H, Bintulu menjadi tuan rumah " Sambutan Maulidurasul Peringkat Negeri Sarawak ". Semua jabatan dan agensi berganding bahu untuk menjayakan pelbagai acara yang telah diatur. Pada ketika catatan ini dibuat sedang berlangsung Majlis Pelancaran Bulan Dakwah Peringkat Negeri Sarawak yang diadakan di Dewan Suarah.

Aktiviti bermula dengan siri ceramah yang disampaikan oleh Prof. Madya Dr. Zainurrashid Zainuddin yang diadakan di Masjid Darul Hidayah. Tajuk ceramah yang telah disampikan ialah " Penyembelihan Gaza ". Banyak info dan maklumat yang diperolehi dari ceramah yang disampaikan oleh beliau kerana penyeramah ini terlibat sebagai sukarela di Gaza. Paling akhir beliau berkhidmat di sana, ialah pada bulan Disember yang lalu.

Ceramah dengan menggunakan audio dan visual sangat memberi kesan kepada penyampaian ceramah beliau, yang mana ada hadirin yang menangis bila melihat kejadian yang menimpa saudara Islam kita di Palestin. Ramai juga jemaah yang hadir pada masa tersebut. Mengikut anggaran saya lebih kurang 350 orang yang hadir termasuk kanak-kanak.

Apapun terima kasih kepada pihak penaja terutama JKIM MLNG yang menaja penceramah untuk berceramah sepanjang seminggu dengan ceramah selepas Maghrib, selepas Subuh, Zuhor dan Bengkel menjadi penceramah.

Beginilah suasana di Bintulu ketika perayaan hari kebesaran Islam, Badan-badan Islam dan agensi berganding tenaga dan wang ringgit untuk meninggikan syiar Islam. Sebagai umat Islam terutama di Bintulu, hendaklah kita mengambil peluang dan sentiasa melapangkan masa untuk bersama program yang sebegini.

Antara jemaah di Masjid Darul Hidayah yang mengikuti
siri ceramah Prof. Madya Dr. Zainurrashid Zainuddin

0 comments:

 

Labels

About This Blog

Labels

Labels

Powered By Blogger

Labels