Monday, March 16, 2009

REHLAH DI MIRI BERSAMA BIC


Sewaktu menikmati makan tengahari di Miri. Banyaknya lauk umi

Ramai rakan yang menunggu berita ini keluar. Sebenarnya saya sengaja mengakhirkan berita ini kerana lebih mengutamakan untuk kemaskini blog http://bintulu-iqracenter.blogspot.com/. Update blog BIC kena lama sikit, kerana bahasa kena standard, berbeza update blog sendiri. Apapun terima kasih di atas kunjungan sahabat, samada di Borneo ataupun semenanjung.

Memang telah tercatat di dalam diari saya, bahawa pada 14 Mac iaitu hari Sabtu, kami sekeluarga akan ke Miri untuk mengikuti Mesyuarat Agung YAM Sarawak. Memang diluar jangkaan, BIC menghantar wakil seramai lebih kurang 50 orang dengan konvoi kereta sebanyak 12 buah. Jadi mengambil kesempatan dari aktiviti konvoi itu, saya telah menyusun aktiviti yang memberi faedah kepada ahli. Apa aktivitinya, ya! rehlah keluarga di Esplanade Luak Bay. Ya la, bukan senang kita nak merancang untuk membuat program sebegini. Ini dah terkumpul di Miri, apa lagi buat la aktiviti. Asyik kat Bintulu aja buat program, kali ini kami keluar pula.

Perjalanan kami bermula pada pukul 11 pagi, setelah taklimat diberi kepada peserta konvoi di Masjid Darul Hidayah. Kami tiba ke tempat destinasi pada pukul 1.30 tengahari. Selepas solat Zuhor para peserta chek in ke tempat yang telah disediakan iaitu di asrama Masjid at-Taqwa, para peserta yang mempunyai keluarga chek in kat Dynasty Hotel. Kami janji akan bertemu kat Luak Bay Esplanade pada pukul 5.00 petang.


Pada waktu yang dijanjikan, semua ahli BIC sudah berkumpul di pantai. Ramai juga manusia pada petang ini, ye la, cuti hujung minggu. Aktiviti bermula dengan ucapan alu-aluan dan seterusnya pengisian rohani yang telah disampaikan oleh Saudara Ishak. Selepas itu, Ustaz Lotfi mengisi program dengan soalan kuiz yang diajukan kepada semua peserta. Ada hadiah menanti kepada mereka yang menjawab tepat. Banyak juga soalan diajukan dan kesemua soalan yang diajukan dapat dijawab oleh peserta. Alhamdulillah.

Seterusnya, aktiviti yang ditunggu-tunggu, aktiviti makan. Katering tidak lain tidak bukan, Abang Mat dan Kak Jan. Terima kasih kepada mereka sekeluarga atas usaha bersusah payah menyediakan makanan untuk kami. Aktiviti berakhir pada pukul 6.30 petang. Selepas itu, semua peserta pulang ke tempat penginapan masing-masing. Selesailah aktiviti pada hari itu.

Apapun di dalam kita bergembira dan berseronok, mesej yang ingin disampaikan ialah tentang hubungan ukhuwah yang perlu dijaga dan dipelihara untuk memastikan segala gerakerja dan program yang akan datang dapat dilaksankan bersama -sama. Insyaallah. Saya bersyukur pada Allah kerana dianugerahi rakan-rakan yang sentiasa berfikir dan berjuang untuk kebaikan dan membangunkan agama Allah, mudah-mudahan aku akan terus istiqamah sehingga akhir hayatku.

Pengalaman pertama Ierfan di dalam Bilik Hotel.
Banyak benda yang dirasakannya pelik.

Abang Mat ceria sewaktu di Luak Bay,
mungkin teringat zaman muda-muda dahulu


Bersama abi di Pantai Luak Bay Miri.

Ierfan bebas berlari-lari di kawasan lapang

Sewaktu sarapan pagi di Dynasty Hotel. Makanlah Ierfan sepuas-puasnya.

0 comments:

 

Labels

About This Blog

Labels

Labels

Powered By Blogger

Labels