Monday, March 16, 2009

19 RABIULAWAL DALAM KENANGAN

Gambar kenangan Allahyarham atuku, Haji Mat Din Bin Mustafa ( berbaju melayu putih).
Gambar ini diambil sewaktu konvokenyen 2002. Ibubapa dan adik ku juga bersama.

Sedar tak sedar sudah sudah 4 tahun atuk ku meninggalkan kami, memulakan kehidupan baru di alam barzakh. Tarikh 29 April 2005 bersamaan 19 Rabiulawal 1426H menjadi tarikh penting dalam hidup kami. Ini adalah kerana pada tarikh itu, atuk kami menghembuskan nafasnya yang terakhir di Hospital Tuanku Rahimah di Klang, Selangor. Malangnya, cucu yang diharapkan untuk memandikan, mengkafankan dan menyembahyangkan tidak ada pada waktu itu, kerana aku berada di seberang laut, yang tidak dapat pulang kerana ketiadaan kapal terbang pada waktu itu.

Allahyarham adalah seorang yang sangat dikenali di kampung. Ini adalah kerana kemesraan dan kelucuannya kerana sering membuat orang terhibur samada di kedai-kedai kopi atau di mana sahaja beliau berada. Aku memang sangat biasa dengan atukku, ini adalah kerana aku dibesarkan bersama atukku sehingga aku berumur 17 tahun baru aku berpisah, itupun kerana aku belajar dan bekerja. Lama juga aku tinggal dengan atukku, sehingga banyak peragaiku dan tingkahlaku ku dipengaruhi oleh atuk ku. Atuk ku mengajar aku mencari duit sendiri seawal umurku 7 tahun, atukku mengajarku mengopek kelapa seawal umur ku 10 tahun, sehingga aku boleh mengambil upah mengopek kelapa sewaktu aku di sekolah rendah lagi bersama dengan kawan baik ku Roskarbani. Sekarang ini Roskarbani seorang ahli perniagaan di Kuala Lumpur, dengar khabar dah ada kilang percetakan sendiri. Atukku juga mengajarku mengambil buah kelapa sawit, sehingga aku amat mahir selok belok kepala sawit. Cuma ilmu menanam padi aku tidak berapa mahir, kerana masa aku tinggal dengan atuku, anaknya yang sulong, iaitu Pak Long ku yang mengerjakannya. Jadi tak dapatlah peluang itu.

Banyak pengalaman dan perkara yang aku belajar dengannya, kerana kehidupan kampung kalau tak tau semua tu amat rugi sekali. Sekarang aku sudah tinggal di kota, sudah tidak ada lagi peluang untuk aku membuat seperti itu. Pengalaman 20 tahun yang lalu masih segar dalam kamus hidup ku. Biarlah aku abadikan pengalaman ku dan aku juga akan memastikan anak-anaku ku juga tahu selok belok bidang pertanian. Ini adalah kerana abi dan umi berasal dari kampung, pernah hidup susah dan merasai kemiskinan. Kini hidup ku Alhamdulillah, dengan berkat usaha, doa ibubapa dan rahmat ilahi, aku terus hidup di dunia yang fana' ini dan aku berdoa dan terus berdoa agar diberi kekuatan iman agar terus istiqamah dalam deen Allah.

Buat atuk ku yang amat ku sayangi, hanya al-Fatihah dan bacaan al-Quran sebagai penghubung kita sekarang, mudah-mudahan atuk ku berbahagia di tempatnya sekarang. Buat semua pembaca, sedekahkanlah al-Fatihah untuk atuk ku Allahyarham Haji Mat Din Bin Mustafa. al _ Fatihah.....

0 comments:

 

Labels

About This Blog

Labels

Labels

Powered By Blogger

Labels