Wednesday, March 4, 2009

PTK..... OH..... PTK

Percubaan kali ke 2 abi dan umi ambil PTK. Yang pertama sekadar cuba nasib, kata org nak tgk2 soalan tanpa usaha yg lebih. Oh nampak gayanya kena usaha lebih ni. Tp ada juga kawan2 kami yang lepas. Mgkn rezeki mereka.

Apa pun kali ini, kami masuk gelanggang dengan persediaan, klu nak kata cukup tu blm tau lg, tgk serangan mcm mana, mampu tak kami bertahan atau menyerah kalah sahaja. Seumur hidupku belum pernah aku menyerah kalah, biar pun tanpa persediaan, namun aku cuba jua, mana tau nasib menyebelahi ku.

Kali ini exam, baru kami beli buku, terbitan Fajar Bakti pilihan kami . Banyak kena baca tu. Kalau sekali pandang PTK memang membebankan, dua kali pandang mmg bagus sbg refresh maklumat yang perlu ada dan sepatutnya ada ttg pengetahuan sbg penjawat kakitangan awam.

Kalau di area semenanjung, khabarnya ada cikgu2 yg sanggup buat kelas tuisyen untuk memastikan kelulusan mereka. Seronoknya di sana. Tapi di sini, belum pernah dengar lagi. Kita mgkn tak nampak kebaikan untuk bersegera lulus PTK, tp jangka masa panjang mgkn akan berasa kerugian jika kita terlmbt lulus PTK.

Minggu lepas kami mengikuti ceramah PTK, anjuran Kesatuan Guru Sarawak. Ramai juga guru yang terlibat. Penuh la dewan. Mgkn ini adalah usaha kami agar PTK kali ini milik kami. Insyaallah.

Buat sahabat2 yg dah lepas PTK, doakan lah kami pula, teringin nak gerakkan gaji ke anjakan yg paling maksimum. PTK akan kami hadapi pada 19 Mac 2009 ( Khamis ) di tempat yang sama, brgkali dewan yg berasingan di SMT Bintulu.

Untuk Ierfan, jgn lasak2 sngt, abi dah belikan banyak mainan, bg peluang pd abi dan umi untuk study. Semoga Allah memudahkan urusan kami.

Sewaktu ceramah PTK anjuran Kesatuan Guru Sarawak ( STU )

Rajin juga Ustazah Siti Bahiyah dan Ustazah Maryati ni dengar ceramah

Ierfan sedang mengaji " Iqra "

5 comments:

perantau.tt said...

all the best yer.. gud luck!

abuierfan.blogspot.com said...

TQ. Azral...doakan kami, doa anta org kat Jeddah makbulsb dkt ngan Kaabah.

FarEastNajmi said...

Semoga berjaya...Doakan juga kesihatan bapa ana yang sekarang berada di CCU yer kena heart attack...

abuierfan.blogspot.com said...

TQ atas support, bapa yg mana ni, bapa mertua ke. Insyallah...lama tak dengar cerita.

Anonymous said...

Insya Allah cemerlang kali ni syeikh..dengar cerita pun persediaan tahap maksima kali ni..

 

Labels

About This Blog

Labels

Labels

Powered By Blogger

Labels