Minta maaf kalau isu ini tidak menarik minat para penyinggah. Sebenarnya masih ada lagi isu Maulidurasul yang ingin saya ulas, namun saya masih menunggu sahabat untuk send maklumat melalui email. Setakat ini masih belum ada lagi. Tunggu lagi ya.
Semalam ketika ke pasar ikan di kampung baru terjumpa ikan parang dan ikan sardin yang masih fresh, saya terus beli sebab nak buat keropok lekor. Dah lama umi tak buat keropok, Abi dan Ierfan memang dan sangat suka makan keropok lekor.
Kat sini umi berkongsi sikit bahan2nya. Ini resepi orang banjar. Tok gurunya tak lain tak bukan Presiden Banjar Bintulu, Abang Mat dan Family. Bahan2nya ( untuk makan 3 orang ).
Semalam ketika ke pasar ikan di kampung baru terjumpa ikan parang dan ikan sardin yang masih fresh, saya terus beli sebab nak buat keropok lekor. Dah lama umi tak buat keropok, Abi dan Ierfan memang dan sangat suka makan keropok lekor.
Kat sini umi berkongsi sikit bahan2nya. Ini resepi orang banjar. Tok gurunya tak lain tak bukan Presiden Banjar Bintulu, Abang Mat dan Family. Bahan2nya ( untuk makan 3 orang ).
- 1 kg ikan sardin
- 1 kg ikan parang
- 1 kg tepung kanji
- ais batu
Cara nak membuat.
- Selepas dibersihkan ikan parang + ikan sardi, dikisar sehingga hancur lumat termasuk dengan tulang2nya. Baru manis, ada ummph.
- Uli tepung kanji bersama daging ikan yang dah dikisar tadi. Uli tepung tadi bersama ais batu, sebenarnya air pun boleh, tapi kami jenis yang tak pro, guna ais batu aja.
- Pada masa yang sama panaskan air ( dicampur dengan minyak sedikit ) sehingga menggelegak.
- Gentel tepung yang dah diuli tadi sehingga jadi panjang dan bulat2, mengikut selera kita.
- Selepas itu, masukkan dalam periuk yang berisi air panas tadi dalam keadaan air itu sudah mengelegak. Selepas masukkan dalam periuk, biarkan ianya sehingga keropok tadi timbul.
- Angkat keropok td, toskan di dalam bekas yang jarang supaya keropok tadi kering.
- lepas tu potong dan goreng. Hidanglah untuk keluarga.
Ini resepi banjar, saya rasa klu orang pantai timur ada caranya tersendiri, kena belajar dengan kak Mazidah atau Cikgu Zainuddin.
Kepada rakan2 yang jauh di hujung dunia, Azral di Riyad, Fauzi di UK, Ust Fadli di Mesir atau sahabat yang tidak disebut di sini yang jauh dari bumi Malaysia, cubala kalau terasa teringin nak makan keropok lekor, klu tak letak ikan pun tak pa, cuba la pulak letak udang atau sotong, mana yang terjumpa, yang halal. Nanti ada masa terluang, saya turunkan ilmu buat umai pula. Umi dah pandai buat, tapi umai Mukah sangat sedap, kena pergi rumah Ustaz Ibrahim Fikri kat Mukah mcm ni.
Gambar2 mengikut urutan, cara membuat keropok lekor
Rebus dalam air yang dicampur minyak sedikit supaya keropok tak
melekat antara satu sama lain. Rebus sehingga timbul
melekat antara satu sama lain. Rebus sehingga timbul
mengikut citarasa masing2 dan goreng mcm biasa
3 comments:
Ustaz Baim, mana nak dapat mesin kisar tu... wah bestnya kopok leko... Apa nama mesin tuh?
Mesin pengisar daging, dekat kedah pun banyk kot, kat sini mahal, harganya rm50. kalau kat sana mgkn boleh dapat rm30 / rm40.
as`salam,, boleh saya tahu selain di Kedah,kat mana saya boleh beli mesin ni ye,,? saya memang mencari mesin ni,, mohon tolong bagi info,,
Post a Comment